Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Wednesday, August 7, 2013

Izz Zayani : BAB 3

Kecoh suasana di kilang aku malam itu. Semuanya gara-gara Abang Zack yang menghantar aku hingga sampai ke depan lobi kilang disebabkan hujan yang masih lebat ketika kami sampai tadi. Kebetulan pekerja shift malam ada yang baru sampai kerana hujan.


"Wow .. Siapa tu Izz. Boyfriend baru ke? Hensem. Tapi, aku tak pernah nampak pun .." Sakinah, Operator yang terkenal dengan mulut becoknya mula menyoal siasat ketika aku melangkah ke tempat punch card."Abang kawan baik aku la" Aku menjawab ringkas. Uniform kerja yang seperti kot doktor tapi bewarna biru turquoise kusarungkan ketubuh."Eh ..  sejak bila Abang kawan baik kau jadi driver kau pulak ni" Sakinah masih menyoal tidak puas hati. Aku hanya tersenyum sambil melangkah ke mesin-mesin operasi yang perlu aku periksa sebelum Operator shift malam menggunakannya."Eleh .. berlagak" Sakinah mencebik bibir sambil berlalu ke stesyen kerjanya.


Memikirkan tentang Abang Zack, fikiran aku tak tenang. Perasaan sewaktu zaman persekolahan kembali lagi. Berdegup-degup jantung aku tatkala pandangan mata redup itu berlaga dengan pandanganku. Rasanya sudah agak lama aku tidak bertemu dengannya. Waktu beraya ke rumah Laila pun memang tak pernah aku terserempak dengannya. Samada dia tiada di rumah atau dia sudah balik ke Kuala Lumpur. Itu saja jawab Pak Ali apabila ditanya Mak Su Siah dan Pak Su Omar. Abang Haikal, Abang Ngah Laila yang bekerja sebagai Programmer di KL tu adalah jugak aku terserempak.


"Hoii!!!!Berangan!!!" Tepukan di bahu membuatkan aku nyaris-nyaris melompat kerana terkejut. Kuat ketawa Iskandar, seorang lagi Juruteknik shift malam apabila melihat aku menjengilkan mata kearahnya. Fail rekod mesin yang terakhir aku periksa, ku letakkan semula ketempatnya.


Tanpa mempedulikan Iskandar yang asyik membontoti aku, aku terus sibuk menghidupkan mesin-mesin operasi supaya operator-operator pengeluaran boleh memulakan tugas mereka. Jam sudah menunjukkan ke angka 11 malam.'Aduh. Terlambat setengah jam dah ni' keluh aku dalam hati.


"Siapa hantar kau tadi?" Soalan yang sama terkeluar dari mulut Iskandar."Kau pun nak jadi macam Sakinah ke? Kepochi betul laa .." Tombol pintu bilik yang tertera tulisan 'Technician Only' kupulas. Kerusi beroda kutarik ke meja dimana terletaknya komputer untuk memantau prestasi mesin-mesin sebanyak 14 buah yang beroperasi di bawah jagaanku dan Iskandar.


"Tak sangka ek .. Ganas-ganas kau ni ramai jugak pakwe." Iskandar menarik kerusi duduk disebelah aku."Mana ada. Pandai-pandai aje kau ni" Dahi aku berkerut tanda tak setuju dengan kata-kata Iskandar yang sudah 5 tahun bekerja di situ. Wajahnya yang iras penyanyi Akim Ahmad peserta Akademi Fantasia 7 itu aku jeling sepintas lalu."Tak ada konon .. Abang Lokman, Technician kat bangunan B tu bukan? Si Izat, budak stor tu bukan? Aku ni pun, bukan stok pakwe-pakwe kau ke?" Tubuh Iskandar sudah menyentuh bahu aku.


"Eeeiii .. Apa kau ni. Tolong sikit yeee .. Nama-nama yang kau sebut tu termasuklah yang last sekali tu adalah senarai jejaka-jejaka yang syok sendiri. Lepas tu bawak mulut sana sini kata aku ni Makwe korang. Kau ingat aku tak tau ke?" Aku berdiri dan berjalan menjauhi Iskandar menuju ke mesin kopi yang ada berhampiran dengan mesin photostat di penjuru bilik. Punat Black coffee ku tekan. Semerbak bau Kopi di bilik yang sederhana besar itu. Hirupan perlahanku membuatkan mata menjadi lebih segar.


"Kau ni jual mahal sangat la Izz. Tak elok tau. Nanti tak laku" Iskandar tersengih. Badan disandarkan ke kerusi sambil memandang aku yang bersandar di mesin photostat sambil menikmati air kopi kegemaranku. Aku mencebik tanda tidak ambil peduli dengan kata-kata Iskandar padanya sebentar tadi.Iskandar ketawa sambil mengeleng-gelengkan kepala dengan perangai aku."Kau jangan Izz, nanti aku geram aku terus masuk meminang baru tau" Pandangan tajam dari Iskandar masih aku tak pedulikan. "Belum tentu aku nak terima kan?" Aku tersenyum nakal.


Mug berisi kopi yang masih lagi berbaki separuh aku letakkan di atas meja sebelum kaki melangkah keluar dari bilik itu. Iskandar masih mengekori aku dari belakang.


"Izz! Izz!" Aku memalingkan muka tercari-cari suara yang memanggil aku. Terpandang wajah cemas Kak Jie, Lineleader di di stesyen 4 tidak jauh dari tempat aku dan Iskandar berdiri.


"Kenapa Kak Jie?" Aku bertanya apabila dia sudah kuhampiri."Cuba kau tengok mesin kat stesyen Glueing ni. Gam tak lekat la. Tak cukup panas kot. Tolong la tengokkan. Habis kotak-kotak tisu ni terbuka semuanya. Target jauh lagi nak dapat ni. Baru dapat 500 kotak" Kotak tisu berbentuk segiempat sama ditangan Kak Jie bertukar tangan. Mesin yang terletak di penghujung meja yang sepanjangnya 5 kaki itu aku hampiri. Dengan bantuan Iskandar tidak sampai 20 minit, mesin itu telah berjaya kami baiki.


"Temperature dia ada problem sikit Kak Jie. Takpe. Saya dengan Iskandar dah kasi settle" Kak Jie tersenyum girang mendengar penjelasan aku."Ok. Terima kasih la ye".


Sepanjang malam seperti biasa aku sibuk membuat pemeriksaan dari satu baris ke satu baris dimana terdapatnya sejumlah 7 buah mesin untuk memastikan segalanya beroperasi dengan baik. Iskandar sudah tidak mengekori aku. Dia juga sibuk memantau 7 mesin yang lain.

0 comments:

Post a Comment

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template