Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, August 13, 2013

Izz Zayani : BAB 6

Petang Ahad itu setelah melalui sesi drama airmata kasih yang agak panjang pada sebelah paginya, akhirnya aku selamat sampai di rumah sewa Laila di Shah Alam.


"Terima kasih abang Zack" Aku mencapai beg bajuku dari tangan Abang Zack yang sedang tersenyum manis. "Kasih diterima" Cermin mata hitamnya ditanggalkan dan disangkutkan di poket baju kemeja jeans yang dipakainya."Esok pagi Abang jemput Izz. Dalam pukul 8 Abang sampai la" Abang Zack mencapai beg sandang yang sederhana besar dari tanganku. Mungkin kasihan dengan aku yang masih terkial-kial mencapai beberapa beg kertas yang berisi makanan yang dibekalkan Mak Su Siah dari kampung.


"Err .. oklah" Aku menyahut walau agak lambat. 'Takkan nak menyusahkan Laila kot. Dia mesti sibuk nak ke kuliah esok. Nak naik teksi ke bas ke, mana la aku tahu kat mana kilang kawan Abang Zack ni' Aku berkira-kira dalam hati sambil kaki melangkah masuk ke dalam rumah, beriringan dengan Abang Zack setelah Laila berteriak memanggil kami.


"Hisshh .. Melalak-lalak macam Kak Pon la dia nih" Abang Zack menegur sambil membuka kasut."Aik. Abang nak masuk ke? Selalunya hantar Laila kat depan pintu pagar je lepas tu lesap entah kemana" Laila mengusik abangnya. "Bisinglah dia ni. Tak nampak ke abang tolong Izz angkat beg ni" Abang Zack mendengus, pura-pura marah. Aku hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik ini.


"Bilik kau kat atas. Sebelah bilik aku. Nanti aku tolong kau angkat beg ke atas ye" Aku mengangguk-angguk mendengar kata-kata Laila. Kami sama-sama melepaskan lelah di atas sofa. "Eh. Aku pergi buat air kejap ye" Sekejap sahaja Laila sudah hilang di sebalik dinding yang memisahkan ruang dapur dan ruang makan di sebelah ruang tamu tempat kami duduk.


Mataku sibuk memerhati kesekeliling rumah.'Mewah jugak rumah Laila ni' Kagum aku dengan perabot-perabot yang menghiasi rumah sewa Laila ini. Cukup mewahla padaku bagi Laila yang masih bergelar siswazah itu."Rumah ni memang dah siap ada perabot. Lagipun ni rumah kawan Abang. Dia duduk dengan parent dia. So, rumah ni dia sewakan lah" tutur Abang Zack yang duduk berhadapan dengan aku seperti dapat membaca fikiran aku saja lagaknya dia ni.


"Mesti mahalkan sewanya ni" Mata aku tertumpu padanya.Dia tersenyum. "Takdelah. Harga sewa kawan-kawan je. Abang yang bayarkan sewa. Nak harapkan si Laila tu, duit pinjaman pun cukup-cukup je untuk belanja dia sorang" Abang Zack mula rancak bercerita.


"Haaa .. mengumpat kita lah tu dia ni" Laila muncul dengan menatang dulang berisi air Sunkist untuk kami. Dulang diletakkan di atas meja dan segelas demi segelas air diisi oleh Laila."Mana ada. Perasan" Gelas berisi air Sunkist yang diletak ais dicapai pantas oleh Abang Zack. Laila menjeling geram."Abang tak pergi dating ke hari ni? Biasanya hari Ahad petang-petang camni sibuk berkepit dengan Nora la, Ikin la, Milah la" Sinis nada suara Laila menegur Abangnya sambil mengambil tempat duduk di sebelah aku.


Tersedak Abang Zack mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya itu. Tergelak besar Laila melihat muka abangnya yang berubah kemerah-merahan. Kotak tisu yang dihulurkan disambut kasar oleh Abang Zack. Mukanya menunjukkan riak tidak puas hati.


"Pecah lubang la dia ni. Abang baru je nak mengayat si Izz ni" Kata-kata selamba dari mulut Abang Zack membuatkan aku juga hampir-hampir tersedak."Tak malu! Siapa ntah yang nak kat dia tu. Setakat lelaki macam Abang ni, Izz tak hairanlah!" Laila menguru-ngurut belakang badanku sambil mencebik kearah abangnya. Panjang ketawa Abang Zack kerana berjaya menyakat adik bongsunya itu.


******************

Pagi itu, selesai solat subuh, selesai mandi, aku sibuk menggosok baju yang akan kupakai pada hari pertama kerjaku di kota Kuala Lumpur. Nasi goreng dan telur mata sudah siap aku sediakan untuk sarapan aku dan Laila.


Blaus lengan panjang warna kuning cair dengan seluar slack berwarna beige aku kenakan dan gayakan di hadapan cermin. Rambut yang panjang lurus melepasi bahu kubiarkan lepas. Cekak halus kukenakan kerambut agar tampak kemas. Gincu berwarna pink kuoleskan nipis kebibir. Aku tersenyum melihat refleksi diri, puas hati dengan penampilan sendiri. Beg tangan berwarna merah aku capai sebelum menuruni tangga ke tingkat bawah untuk bersarapan.


"Wow. Cantiknya kawan aku ni" Laila yang sedang menungguku di meja makan memuji dengan senyuman lebarnya."Terima kasihlah atas pujian saudari itu ye tapi saya nak belanja makan pun, saya baru masuk kerja hari ni. Gaji pun belum dapat" Aku duduk disebelah Laila dengan senyuman meleret."Tak mintak pun. Aku puji ikhlas lah. Dari dulu lagi aku cakap kau ni cantik. Tapi kau tu yang susah nak percaya. Muka kau ni kategori pan asian tau. Jenis muka yang memang tengah hot kat pasaran" Lancar mulut Laila memuji. Tapi, oleh kerana pujian itu datang dari Laila, aku sudah naik lali. Malah aku rasa, Laila sekadar memuji kerana aku adalah kawan baiknya. Laila mencedokkan nasi goreng ke dalam pingganku."Hmmm .. Tapi aku tak la sepandai kau" Giliran aku pula memujinya sambil menuangkan air nescafe untuk kami berdua."Baru lah adil macam tu kan. You are the beauty and I'm the brain. Sebab tu kita boleh jadi BFF" Laila tersengih. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala.


Tepat jam 8, Abang Zack sudah sedia menunggu aku di luar pagar rumah. Selesai bersalaman dengan Laila aku segera mengambil tempat duduk disebelah Abang Zack."Dah breakfast ke?" Tanya Abang Zack sebaik sahaja aku mengenakan tali pinggang keledar."Dah" Aku menjawab ringkas. Kereta di pecut laju menuju ke kilang kawan Abang Zack.


Setelah 10 minit perjalanan, kereta di belokkan di sebuah kedai makan."Err .. Saya dah breakfast tadi Bang. Lagipun, takut nanti lambat pula Abang nak hantar saya ke tempat kerja.Marah pula kawan Abang tu nanti" Teragak-agak aku bersuara. Yela. Aku baru sahaja bersarapan dengan Laila sebentar tadi. Takkan nak melantak lagi kot. Lagipun, tadi masa Abang Zack bertanya, rasanya aku ada memberitahunya yang aku sudah bersarapan. Aku memandangnya dengan muka sedikit blur.


"Izz teman abang makan kejap. Tak sempat nak breakfast tadi. Lapar pulak. Lagipun, kilang kawan abang tu dah dekat dah ni. Tak sampai 10 minit sampai lah" Abang Zack tersenyum melihat riak wajah aku ketika itu. Aku menurut.Takkan nak bantah pula kan. Dah la datang kerja tumpang orang. Aku berbahas dengan diri sendiri.


Meja yang berhampiran dengan kolam buatan ikan koi menjadi pilihan Abang Zack. Tak sampai 5 minit pelayan perempuan yang aku agak berbangsa Indonesia menghampiri meja kami untuk mengambil pesanan. Dek kerana perut yang masih kekenyangan, aku hanya memesan air limau ais manakala Abang Zack memesan Nasi lemak ayam kukus dan Kopi O ais.


Mataku tertacap pada ikan-ikan koi yang berenang-renang di dalam kolam di sebelah meja kami."Rasanya dulu Izz tak macam ni kan?" Kata-kata Abang Zack membuatkan aku berpaling kearahnya. Keningku kerutkan kurang faham."Tak. Maksud Abang masa sekolah dulu. Kalau tak silap Abang, Izz ni selalu je rambut pendek kan? Gaya pun ala-ala ganas je" Abang Zack menerangkan. Aku tergelak kecil. Lucu bila Abang Zack merasakan aku dulu ganas.


"Biasalah bang. Masa tu budak lagi. Masih mencari identiti diri. Nasib baik lah kawan dengan Laila. Dia la yang ajar saya sikit-sikit macamana nak bergaya macam perempuan ni" Aku masih tersenyum. Teringat peristiwa yang menyebabkan aku dan Laila menjadi rapat sewaktu tingkatan 3 dulu.


Laila merupakan salah seorang mangsa kenakalan aku. Baldi yang berisi air yang aku letakkan di atas pintu tandas yang aku tujukan khas untuk Miza menjadi permulaan segala-galanya antara aku dan Laila. Miza, Pengawas sekolah  yang suka menggedik dan perasan bagus itu betul-betul membuatkan aku rasa geram dan meluat. Laila yang kebetulan kena penyakit cirit birit hari itu menjadi mangsa dendam baldi berair aku. Habis lencun bajunya. Mungkin kerana kasihan dengan aku, dia hanya berkata 'Tak Tahu' apabila Cikgu Amir, guru disiplin kami menyoalnya walau dia tahu itu semua angkara aku.


"Tak habis lagi senyum ke? Air sampai pun tak perasan" Suara Abang Zack mengejutkan lamunanku. Aku tersipu-sipu. Malu dengan kealpaan sendiri.


Jam menunjukkan hampir ke pukul 8.45 pagi apabila Abang Zack memarkirkan keretanya di hadapan sebuah bangunan yang tertulis 'WISMA RASYDAN'di dinding pagar utamanya.


Sedikit terpegun aku ketika melangkah masuk ke ruangan lobi Wisma tersebut. Abang Zack menyuruh aku duduk di atas sofa di ruang menunggu sementara dia melangkah ke meja Penyambut tetamu.


Majalah Maskulin di atas meja aku capai. Sekadar untuk membelek-belek untuk menghilangkan sedikit rasa gemuruh yang mula melanda.'Hensemnya mamat ni' Hati aku berdetik sambil menatap wajah yang terpampam dimuka hadapan majalah tersebut.


"Hello my friend!" Suara Abang Zack yang sedikit kuat membuatkan aku memalingkan muka kearahnya. Tiba-tiba mataku bertaup pada sepasang mata yang kebetulan sedang memandang kearah aku juga."Ehem" Abang Zack berdehem untuk menarik perhatian lelaki yang berdiri di sebelahnya dari terus memandang kearah aku tanpa berkedip. "Amboi .. Pantang tengok perempuan cantik" Aku terus menundukkan muka mendengar usikan Abang Zack pada lelaki itu.


"Raz, ni aku kenalkan Izz Zayani. Kawan adik aku yang aku ceritakan tu" Tanpa sedar, Abang Zack sudah berdiri di hadapanku dengan lelaki tersebut memandangku dengan senyuman yang sangat-sangat menggoda.Aduh! Boleh gugur jantung aku dibuatnya.


"Hello. Apa khabar. Saya Raziq Hanan. CEO di Wisma Rasydan ni" Lelaki itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangannya. Aku berdiri sambil meletakkan tangan didada tanda perkenalan. "Saya Izz Zayani. Panggil Izz je" Walaupun aku ni jenis tak bertudung, pesan Mak Si Siah agar aku menjaga tatasusila dengan lelaki bukan muhrim akan sentiasa aku semat dihati. Lelaki bernama Raziq Hanan itu tersenyum dengan riak wajah yang sukar aku baca. Mungkin dia tak sangka gadis yang tak bertudung seperti aku akan memberikan reaksi yang sebegitu."Izz .." Walau agak perlahan, telingaku dapat juga menangkap jejaka itu menyebut namaku berulang kali.


Raziq Hanan mempelawa aku dan Abang Zack ke pejabatnya yang berada di tingkat 12.


"So, Izz ni specialist in Machine inspection la ye" Raziq Hanan memulakan bicara sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam lif yang kosong sambil tangannya menekan punat nombor 12."Takdelah specialist sangat. Basic tu boleh la" Aku merendah diri. Anak rambut yang menutup pandangan mata aku seka ke belakang.


"Ala Raz. To be a specialist, experience must be gain kan? Aku yakinlah. Kalau dia ni kerja dengan kau, tak sampai 2 tahun mesti dia boleh jadi master of the machine specialist" Bahu Raziq Hanan di tepuk perlahan oleh Abang Zack. Aku tersenyum malu. Mata memandang ke arah CEO yang ku kira masih muda itu untuk melihat reaksinya dari kata-kata Abang Zack tadi."Boleh. No hal lah" Dia menatap lagi wajahku agak lama membuatkan aku berpaling ke arah pintu lif yang tiba-tiba kurasakan amat lambat bergerak.

0 comments:

Post a Comment

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template