Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Wednesday, August 21, 2013

Izz Zayani : BAB 9

Semenjak aku bekerja di Shah Alam ini, hampir setiap malam Mak Su Siah akan menghubungiku melalui telefon talian tetap yang sememangnya siap dipasang di rumah sewa Laila ini. Mujur telefon talian tetap di rumah sewa Laila ini disambungkan ke dalam bilik aku dan Laila.Tidaklah kami terkejar-kejar hendak turun ke bawah bila telefon berbunyi.


Setiap perkara yang berlaku akan aku ceritakan pada Mak Su Siah. Namun peristiwa hitam yang terjadi kepadaku beberapa minggu yang lepas tidak akan sesekali aku ceritakan padanya. Takut tidak tenang pula hati orang tua itu di kampung.


Mak Su Kiah juga memberitahu yang kereta kancilku telah selamat Pak Su Omar ambil dari bengkel Ah Yong. Bila aku tanyakan berapa yang perlu aku bayar untuk kos pembaikan, mati-matian Mak Su Siah enggan menerima sebarang bayaran dari aku. Katanya, aku baru mula bekerja. Perlu duit banyak untuk perbelanjaan harian. Lagipula, dia sangat memahami yang duduk di Kuala Lumpur serba-serbinya perlukan duit. Akhirnya aku akur. Malas hendak berbalah dengannya hanya kerana perkara sekecil itu.


"Kau sibuk ke Izz? Boleh aku masuk?" Terpancul wajah Laila di pintu bilik sebaik sahaja aku tamatkan perbualan telefon dengan Mak Su Siah."Tak lah. Baru lepas sembang dengan Mak aku. Masuklah. Macam tak biasa pulak" pelawaku. Dengan senyuman nakal, Laila terus melompak naik ke atas katilku. Melambung-lambung sedikit badanku dibuatnya membuatkan aku menggeleng-gelengkan kepala dengan perangai sahabat baikku yang seorang itu. Dia hanya tersengih dengan riak muka tak bersalah.


"Eh .. Esok kita pergi jalan-jalan nak tak?" Laila mengambil tempat disisi aku yang sedang duduk bersandarkan kepala katil dengan novel "Cinta Kau dan Aku" di tangan."Malaslah. Lagipun nak kemana?" Tumpuanku masih pada novel ditangan."Alaa.. Kita pergi la PD ke, Morib ke, air terjun ke ... Mana-mana ajelah. Janji aku boleh releasekan sikit segala rasa tension dan stress aku ni. Asyik study je, mau biol kepala otak aku dibuatnya" Kepalanya di sandarkan kebahuku.


"Pleasseeeee ... Takkanlah kau nak biar aku pergi sorang-sorang kot. Nanti kalau apa-apa jadi kat aku yang comel ni macamana .." Laila mencebikkan bibirnya dengan muka mengharap. Tangan aku digoyang-goyangkannya membuatkan bacaan aku terganggu."Hissh dia ni lah .. Suka tau paksa-paksa." Aku merenungnya tajam. Sedikit tidak puas hati dengan sikapnya yang suka memaksa.


"Okla, okla! Aku pergilah" Akhirnya aku mengalah juga. Bosan dengan pujukan dari Laila yang disertakan dengan memek muka yang meraih simpati ibarat watak Puss dalam filem animasi Shrek. Laila tersenyum girang sambil tubuhku dipeluk erat. "Sayang Izz!!".


**************


Pagi itu, seawal jam 6 aku dan Laila sudah bangun untuk menyediakan makanan untuk dibawa bersama ke destinasi yang telah dipersetujui oleh kami berdua iaitu Sungai Congkak.


Selesai urusan memasak, kami berdua segera menunaikan solat subuh. Aku yang sudah terlebih dahulu turun ke bawah, terus menyusun tupperware yang berisi bihun dan nugget ayam goreng ke dalam bakul sulam rotan beserta dengan sebotol besar air mineral dan 2 biji cawan plastik serta beberapa keping pinggan polistrin.


Hampir ke pukul 7, aku sudah siap sedia menunggu Laila di ruang tamu. Sedang aku asyik menonton siaran "Tanyalah Ustaz", kedengaran suara orang memberi salam. Aku segera menjengah dari celah tingkap dan kening sedikit berkerut kerana dalam kesamaran cahaya pagi yang baru menjengah, dapatku lihat Abang Zack menunggu di luar pagar rumah siap berbaju t-shirt dan berseluar pendek paras lutut.

Kunci pagar kucapai dan pintu segera kubuka.

"Waalaikummuasalam. Awalnya Abang Zack datang. Err ... Ada hal mustahak ke?" Terpamer senyuman diwajahnya yang dihiasi cerminmata hitam menyambut langkah kakiku yang menghampirinya. "Eh. Laila tak bagitau ke? Abang ikut korang pergi piknik la hari ni" Jawapan dari Abang Zack membuatkan tangan yang sedang membuka kunci pintu pagar terhenti. Wajahnya kupandang dengan kening terangkat."Hey! Kenapa ni? Takkan tak boleh kot kalau Abang nak ikut?" Ada sedikit rajuk di hujung suaranya."Err ... Eh. Takdelah. Boleh je. Izz terkejut je sebab Laila takde pun bagitau apa-apa" Kunci pagar segera kubuka setelah menangkap kelainan dalam nada suara Abang Sulung Laila itu.


Abang Zack menuruti langkahku masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di atas sofa, kedengaran suara Laila menyanyi-nyanyi kecil sambil menuruni tangga.


"Ha. Dah sampai pun. Ingat tadi, kalau lambat, kitaorang nak tinggal je" Laila mengambil tempat duduk di sebelahku. Skaf yang melilit kepalanya dibetulkan sedikit."Eh, ko dah siap kemas ke makanan yang kita nak bawa ni?" Matanya memandang kearah aku sampai menepuk pehaku lembut."Dah. Tu, siap masuk dalam bakul lagi tau. Nak tunggu kau, alamatnya lambat la kita nak bertolak" Aku menjawab sambil memuncungkan mulutku kearah bakul rotan di atas meja. Laila tersengih-sengih sambil memandang bakul yang aku maksudkan.


"Jomlah bertolak. Nanti kalau lambat, jem la pula. Nanti kalau dah ramai orang kat sana dah susah nak cari port yang cantik" Abang Zack sudah bangun dari tempat duduknya dan bersedia untuk melangkah keluar. Aku segera mencapai bakul rotan dan menuruti langkah abag Zack diikuti dengan Laila.


Laila menyuruh aku duduk di sebelah duduk pemandu dengan alasan supaya aku belajar serba sedikit selok belok jalan di sini. Malas hendak bertekak dengannya, aku hanya menurut tanpa bantahan. Abang Zack hanya memandang dengan senyuman. Jam 8.05 pagi, kereta Honda Civic Abang Zack mula bergerak.


"Abang nak minta maaf pasal tempohari. Abang rasa serba salah sangat dengan Izz" Abang Zack memulakan bicara setelah lebih kurang setengah jam kereta dipandu dalam keadaan masing-masing mendiamkan diri dan lebih senang melayan perasaan sendiri. Laila yang sudah enak dibuai mimpi kukerling seketika. "Takpela bang. Benda dah jadi. Lagipun, Izz ok" Aku cuba memberi jawapan yang paling sesuai agar Abang Zack tak terus-terusan diburu rasa bersalah. Dia menarik nafas dalam dan dilepaskan perlahan-lahan.


"Izz ... Kalau abang nak tanya satu soalan yang agak peribadi, boleh ke?" Wajahku dipandangnya sekilas. "Emmm .. Soalan apa tu Abang Zack? Kalau Izz boleh jawab, InsyaAllah, Izz jawab la" Pandangan mataku kini tertumpu pada seraut wajah yang pernah menjadi pujaan ramai sewaktu zaman persekolahan suatu ketika dahulu. Seingat aku, hampir semua pelajar junior yang seangkatanku amat meminati Abang Zack ketika itu.Walau aku tak termasuk dalam senarai mereka-mereka yang memujanya, aku tidak pernah menafikan aura yang dimiliki oleh lelaki bernama Adam Zachariya itu.


"Izz dah ada boyfriend ke?" Soalan yang keluar dari bibir yang berkumis nipis itu membuatkan aku tersentap dari lamunan dan untuk seketika aku jadi tergamam. "Hei, kenapa ni?" Abang Zack tertawa nipis melihat riak wajahku ketika itu dan tanpa aku duga tangannya sempat menarik hidungku. Menjerit aku dibuatnya. Tangan mengosok-gosok hidung yang terasa sedikit perit sambil menjeling geram kearah Abang Zack. Mankin kuat ketawanya melihat tindakbalas yang aku berikan.


"Apa bising-bising ni? Kita dah sampai ke?" Laila yang terbangun dek kerana ledakan tawa Abang Zack yang agak kuat dan menyakitkan hatiku itu mendongolkan kepalanya ditengah-tengah antara aku dan Abang Zack. Dia memandang kami silih berganti sambil menggosok matanya dan membetulkan skaf rambut yang sudah senget-benget agar lebih kemas.


"Hidung kau kenapa Izz? Dah macam rupa kartun sinchan kena selsema aku tengok" Laila tersenyum melihat hidungku yang mula kelihatan kemerahan akibat ditarik Abang Zack. Sememangnya kulit muka aku ini memang agak sensitif. Sedari kecil, pantang kalau ada nyamuk yang menggigit, pasti cepat saja biji-biji kemerahan yang akan muncul membuatkan Mak Su Siah dan Pak Su Omar sanggup memasangkan kelambu di katil bilikku dan melarang aku tidur dimana-mana tanpa ada kelambu tersebut. Tawa Abang Zack kedengaran lagi. Hati aku mankin sebal.


Kami bernasib baik kerana perjalanan ke Sungai Congkak hari minggu itu agak lancar dan kami tiba sewaktu belum ramai lagi pengunjung yang ada di situ. Maka dapatlah kami memilih tempat mandi yang paling strategik dan selesa. Abang Zack membentangkan tikar gulung yang dibawa di atas tanah lapang berhampiran dengan port air terjun yang menjadi pilihan kami manakala aku dan Laila meletakkan bakul rotan berisi makanan dan beg berisi baju persalinan kami di atas tikar tersebut.


Melihatkan keindahan alam sekitar yang sungguh mendamaikan jiwa membuatkan rasa marahku pada Abang Zack hilang serta merta. tanpa membuang masa, kami bertiga terus saja meluru kearah air terjun yang sedari tadi seolah-olah sudah menggamit kehadiran kami. Sejuk dan menyegarkan. Itulah yang aku rasa ketika kakiku terkena air. Hilang segala rasa tension dan stress yang aku rasa sepanjang minggu ini. Aku pasti Laila dan Abang Zack juga merasai perasaan yang sama seperti aku. Terima kasih Ya Allah di atas segala anugerahMu ini. Alhamdulillah. Aku bersyukur dalam hati.

0 comments:

Post a Comment

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template