Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, August 6, 2013

Izz Zayani : PROLOG

Aku masih terpinga-pinga. Sukar untuk kepala otak seorang kanak-kanak seusia aku untuk menghadam apa yang telah berlaku hari ini. Tangan aku kepal-kepalkan. Kaki kanan yang bertindih dengan kaki kiri aku goyang-goyangkan. Mata meliar mencari-cari wajah Pak Su Omar dan Mak Su Siah. Sudah lebih 20 minit aku ditinggalkan duduk di sini sendirian. Bau ubat yang mencucuk-cucuk hidung sedari tadi mula mengundang rasa tidak selesa.


"Izz, Izz tunggu kejap kat sini. Mak Su dengan Pak Su nak jumpa Doktor sekejap" Pak Su mengelus lembut rambutku yang ditocang Ibu pagi tadi sebelum aku ke sekolah. Aku hanya mengangguk patuh.


" Tidak doktor! Tidak! Tak mungkin itu abang saya !!" Teriakan sayu itu membuatkan aku bangun dan terus berlari menuju kemana datangnya suara yang ku kenali itu.


Dari jauh dapatku lihat Mak Su Siah sudah terjelepuk di atas lantai Hospital sambil menangis hiba dan dipapah Pak Su Omar untuk duduk dibangku yang berhampiran. Seorang lelaki berkot putih dan bercermin mata dengan stetoskop tergantung kemas dileher berbicara sesuatu dengan Pak Su Omar. Aku berdiri kaku memerhatikan mereka. Esakan yang diselang seli dengan ucapan Istighfar dari Mak Su Siah membuatkan langkah kaki aku terhenti.


Tiba-tiba pandangan Pak Su Omar beralih kearah aku yang berdiri kaku tidak jauh dari mereka bertiga."Izz. Mari sini sayang" Pak Su Omar menggamitku. Perlahan-lahan langkuh ku atur ke arah mereka. Masih teragak-agak.


Tubuhku pantas dirangkul Mak Su Siah sebaik sahaja aku menghampirinya. Esak tangisnya semankin kuat. Aku yang masih tak mengerti apa-apa ikut sama menangis. Menangis hanya kerana Mak Su Siah menangis. Entah bila aku terlelap pun aku tak sedar.


Aku terpisat-pisat bangun selepas terdengar bacaan Yassin berkumandang. Mata memerhati ruang tamu yang penuh dengan tetamu. Masing-masing dengan kitab Yassin di tangan. Mak Su Siah yang duduk di sebelah aku turut mengalunkan bacaan Yassin. Senyum terukir dibibirnya apabila melihat aku yang tadi tidur di sisinya sudah bangun dan memandangnya sambil menggosok-gosokkan mata. Tangannya menggamit aku supaya duduk dekat dengannya.Tangan kanannya memeluk aku sambil tangan kirinya masih memegang Kitab Yassin. Aku turut sama memandang kearah Yassin yang sedang dibaca dengan pandangan mamai.


Setelah beberapa saat merenung kearah permukaan kitab Yassin yang masih aku tak tahu cara bacaannya, mataku mula meliar memerhati sekeliling. Sedari tadi baru aku perasan. Wajah Ibu dan Babah tak sekali pun aku terpandang. Kepala kudongakkan. Pandangan mataku terarah ke wajah Mak Su Siah yang iras wajah Babah. Hidung mancung. Dagu terbelah. Kulit cerah. Cantik. Pada pandangan budak berusia 7 tahun seperti aku, memang Mak Su Siah ku ini cukup cantik. Kata Babahku dulu, nenek sebelah ayah Babah ada darah kacukan Belanda. Mungkin kerana itu kulitku juga agak cerah walau hidungku tak semancung Babah.


"Kenapa sayang..?" Leka merenung wajah Mak Su Siah sampaikan aku tak terperasan yang pandanganku berbalas. "Babah dengan Ibu mana Mak Su? Sambil tersenyum malu aku bertanya perlahan. Riak wajah Mak Su Siah terus berubah. Pelukannya padaku dieratkan.


"Babah dengan Ibu Izz dah pergi jauh. " Sebak kedengaran suara Mak Su Siah."Diaorang pergi mana Mak Su?" Keningku berkerut. Rasa tidak puas hati menguasai diri. Kenapa Ibu dan Babah tinggalkan aku? Soalan itu bermain-main difikiranku.


Mak Su Siah tidak menjawab. Airmatanya semankin deras. Kepalaku didekatkan kedadanya dan tubuh kecilku dirangkul dengan lebih kemas. Aku kehilangan kata-kata. Hendak terus bertanya, takut tangisan Mak Su Siah akan semankin menggila. Akhirnya aku diamkan saja.

0 comments:

Post a Comment

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template