Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, December 30, 2014

TUHAN BERI AKU CINTA : BAB 2 & BAB 3

BAB 2 :

SUDAH lebih setengah jam fail berkulit keras yang berlabel Ava Tower dibelek-beleknya. Tak ada satu pun patah perkataan yang lekat dikepalanya.

"Woi bakal pengantin! Berangan apa tu?" tepukan keras dimejanya menyebabkan dia sedikit tersentak. Berkerut-kerut keningnya memerhatikan sesusuk tubuh tinggi lampai sedang mengambil tempat duduk di hadapannya sambil tersenyum gembira kerana dapat menyakatnya.

"Kau ni dah kenapa Encik Ziyad Akhtar? Orang, kalau nak kahwin, muka berseri-seri tau. Bukan macam kau ni. Asyik berkerut je 24 jam" jejaka yang segak berkemeja warna biru laut dan berseluar slack berwarna hitam lengkap dengan tali leher berjalur biru gelap dan putih menatap wajah yang berkerut seribu di hadapannya itu sambil tersengih.

"Banyaklah kau punya seri! Mana ada orang yang kena paksa kahwin muka berseri-seri?" tajam pandangan mata jejaka bernama Ziyad Akhtar itu tepat keanak mata rakan sekerja yang merangkap sahabat baiknya yang sedang galak mentertawakannya sedari tadi.

"Kau ni kelakarlah. Biasanya la kan, perempuan je yang kena paksa kahwin tau. Tapi, kes kau ni, terbalik la pulak" semankin galak Ziyad Akhtar di tertawakannya. "Encik Mohd Lutfi, awak tak ada kerja yang perlu diselesaikan? Rasanya Projek kita yang dekat Putrajaya tu, kita ada meeting dengan client kan hari Jumaat ni?" geram sungguh dia apabila terus menerus dijadikan bahan seperti itu. Bukan dia tak tahu perangai sahabatnya itu. Kalau dapat mengenakannya, memang takkan habislah idea menyakat yang akan keluar dari kepala otaknya itu.

"Ala .. Relaxlah Bro. Dari malam tadi aku perah kepala nak siapkan kertas kerja untuk Projek tu tau. Bagilah aku nak release tension sikit" sisa tawa Lutfi masih kedengaran. "Eh, seriously la Bro. Kau ni betul-betul ke nak kahwin dengan budak lepasan sekolah tu? Kalau lepasan U, aku boleh tahan lagi. Ni lepasan SEKOLAH tau" wajah kacak bermata redup kelabu kehijauan di hadapannya ditatap. Kali ini dalam nada yang lebih serius.

Satu keluhan berat terlepas dari mulut Ziyad Akhtar. Keduabelah tangannya diletakkan di belakang kepala. Dia duduk bersandar sambil matanya masih tertumpu pada Lutfi yang setia menunggu jawapan dari mulutnya.

"Kau ni cakap macamlah bakal bini aku tu masih budak-budak sangat kan. Apa kau ingat aku ni pedophile? Please la Luth. She's already 19 years old ok" akhirnya Ziyah Akhtar menjawab lemah.

Lutfi tersengih. "Untung la kau dapat anak dara sunti! Fresh from the oven!" mengekek-ngekek Ziyad Akhtar ditertawakannya. Dek kerana geram, pen Parker di tangannya dicampak dan mengena tepat ke dada Lutfi. "Sakitlah woi! Tak sayang kawan la kau ni Aad" berkerut-kerut dahinya menahan sakit sambil tangannya mengusap-ngusap dadanya yang agak sakit terkena balingan tepat Ziyad Akhtar.

"Padan muka" giliran Ziyad Akhtar pula tersenyum dan ketawanya meletus apabila Lutfi hanya mencebik kearahnya dengan muka yang masih berkerut menahan kesakitan.

"Aad!" tawa Ziyad Akhtar terhenti sebaik sahaja pintu biliknya diterjah kasar dari luar dan seorang wanita berpakaian sendat menghampirinya dengan muka yang kemerahan menahan marah.

"Err ... Maaf Encik Ziyad. I .. I have tried to stop her" tergagap-gagap Linda, setiausaha merangkap PAnya bersuara. Takut benar jika dia dimarahi oleh Bosnya itu kerana biliknya diceroboh begitu. "It's ok Lin. I'll handle it from here" Ziyad bersuara tenang. Linda mengangguk sebelum berlalu keluar dan pintu dikatupkan kembali. Sempat matanya menjeling kearah wanita bergaun serba sendat yang meredah masuk ke dalam bilik CEOnya itu tanpa adab.

"Are you kidding me Aad?!! 19 tahun?? Kalau iya pun you nak cari pengganti I, boleh tak you cari yang matured sikit?" wanita yang sudah berdiri sambil bercekak pinggang di hadapannya di pandang tanpa reaksi. Ziyad Akhtar masih mempamerkan riak muka selamba. Perlahan-lahan tangannya melonggarkan tali leher yang dipakainya.

"Err .. Aad. Aku keluar dululah ye. Nak sambung buat paperwork projek Putrajaya tu" teragak-agak Lutfi bersuara sebelum keluar meninggalkan sahabatnya itu sendirian dengan bekas isterinya. Ziyad Akhtar hanya mengangguk.

"Kenapa dengan you ni? Cuba duduk dulu. Apa-apa kita bawalah berbincang. Masalah takkan selesai kalau you terjerit-jerit macam ni" suaranya masih lagi tenang. Wajah wanita yang pernah dipujanya siang malam suatu ketika dulu ditatap lembut. Wanita itu melepaskan keluhan panjang. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang diduduki Lutfi sebentar tadi. Kakinya disilangkan.

"Now, Izara Iris. Tell me apa yang you tak puas hati dengan I ni?" nada suaranya masih lembut. Keduabelah tangannya dicantumkan dan diletakkan di atas meja. Tumpuannya masih pada wajah bekas isterinya yang putih melepak ditepek bedak yang entah berapa inci tebalnya itu.

"My mom bagitau I tadi yang parents you nak kahwinkan you dengan orang kampung you. Itu I tak kisahlah sangat. Tapi, a 19 years old girl? You biar betul Aad. Setahu I, taste you bukan budak-budak mentah macam tu. You are more interested with independent and matured WOMEN" Izara Iris sudah mampu mengawal perasaannya. Sejak dari dulu, pujukan lembut Ziyad Akhtar sering membuatkan amarahnya cepat reda.

Jika bukan kerana tiada persefahaman antara mereka lagi, dan juga kerana sikap mata keranjang bekas suaminya itu tidak mungkin mereka bercerai.

Mahupun dia atau Ziyad Akhtar sudah tidak mampu lagi untuk hidup bersama tanpa rasa cinta. Lagipula, pertemuannya semula dengan bekas kekasihnya, Isa, yang pernah sama-sama menuntut di Amsterdam suatu ketika dulu telah melenyapkan terus rasa cintanya pada Ziyad Akhtar. Lagipula, sikap Ziyad Akhtar yang masih gemar melayan perempuan lain walaupun sudah beranak dua sering membuatkannya rasa insecure. Namun, mereka masih berhubung baik demi anak-anak mereka, Zafran Hakimi dan Ixora Iman.

"Lagipun, you rasa budak hingusan tu boleh ke jaga si Zafran dan Xora tu nanti? I yang Ibu diaorang ni pun kadang-kadang tak boleh nak handle. Inikan pula budak mentah macam tu" selamba sahaja Izara Iris memperlekeh bakal isteri Ziyad Akhtar.

"Don't underestimate people like that Zara. Kita tak tahu lagi. Siapa tahu, dia akan dapat jaga anak-anak kita tu jauh lebih baik dari you sendiri" sengaja Ziyad Akhtar berkata begitu untuk membalas kata-kata Izara Iris yang seolah-olah merendah-rendahkan pilihan Ibu dan Ayahnya.

Walau hatinya sendiri tidak pasti dengan kemampuan bakal isterinya itu nanti, tapi dia tak boleh membiarkan Izara Iris terlalu memandang tinggi terhadap dirinya sendiri. Cukuplah 10 tahun dia menahan sabar dengan sikap Izara Iris yang terlalu ego dan tidak boleh melihat orang lain lebih darinya. Sekarang, wanita itu bukan lagi isterinya dan dia tak perlu lagi hendak terus-terusan menjeruk rasa dengan sikap Izara Iris.

Seperti dijangka,  Izara Iris hanya mendengus kasar. Namun, segaris senyuman penuh sinikal terbit dibibirnya.

"Ok. We will see. I nak tengok sejauh mana bakal isteri you sanggup nak jaga anak-anak kita tu. Anyway, I've got to go. Isa is waiting for me at the lobby. Send my regards to your parent and our kids" Izara Iris bangun dari duduknya. Skirt sendat yang sedikit terangkat menampakkan pehanya yang putih melepak ditarik ke bawah.

Dia beruntung kerana masih memiliki bentuk tubuh yang langsing walaupun sudah beranak dua. Oleh kerana itulah, pakaian sendat yang menampakkan susuk tubuhnya yang terbentuk cantik sering menjadi pilihannya sejak dulu lagi. Oleh kerana itu juga, dia dan Ziyad Akhtar sering bertengkar. Sikap Ziyad yang melarang dia berpakaian sebegitu tetapi pada masa yang sama masih suka berpoya-poya dengan wanita yang mengenakan pakaian sepertinya dianggap hipokrit. Berlainan dengan Isa yang sering kelihatan bangga menayangkannya kepada kawan-kawannya apabila mereka keluar bersama.

"Jangan lupa jemput I ke majlis perkahwinan you nanti ye" Izara Iris tersenyum lagi. Masih sinis. Dengan gaya lenggang lengguknya dia meninggalkan bilik Ziyad Akhtar dengan wajah selamba. Ziyad Akhtar hanya memandang sehingga kelibat Ibu kepada anak-anaknya itu hilang di sebalik pintu biliknya. Untuk kesekian kalinya, dia mengeluh lagi.

*****************************************************
 
BAB 3 :
 

"HUJUNG minggu ni bakal mertua Riss datang ambil Riss" tersedak Arissa dibuatnya apabila  mendengar perkhabaran dari Mak Long Asmah dimeja makan pagi itu. Air teh yang tertumpah di atas meja segera dilap dengan kain pengelap yang kebetulan ada di sebelahnya. Amin yang turut sama bersarapan memandang Arissa sambil tertawa kecil.

"Hish Along ni. Takkan dengar ayat 'Bakal Mertua' je pun dah kalut sampai macam ni?" Amin mula mengusik kakaknya yang sudah mempamerkan wajah yang kemerahan.

"Mana ada Along kalut! Ada orang sebut nama Along la ni. Tu yang sampai tersedak tu. Ni mesti si Fat tengah mengumpat Along ni" Arissa cuba menutup rasa gugupnya. Tak pasal-pasal nama Fatihah diheret sama. "Yelah tu" Amin mencebik. Senyuman masih menghiasi bibirnya. Lucu melihat wajah putih mulus kakaknya yang sudah kemerah-merahan menahan malu. Mak Long Asmah hanya memerhati sambil turut tersenyum.

"Eh, diaorang nak ambik Along pergi mana Mak Long?"persoalan yang sememangnya ingin diajukan Arissa terlebih dahulu diluahkan Amin. Kini mata kedua-dua beradik itu tertumpu pada Mak Long Asmah yang sedang enak menikmati hirupan air tehnya.

"Pergi Kolumpo la, rumah diaorang" perlahan cawan yang sudah tinggal separuh isinya diletakkan di atas piringnya semula. Bulat mata Arissa dan Amin memandang Mak Long Asmah yang memaparkan riak wajah selamba.

"Eh. Kenapa pula diaorang nak Riss ikut dia orang Mak Long? Lagipun, janji hari tu, tunang setahun kan? Jadi, sementara Riss belum jadi isteri orang ni, biarlah Riss berpoya-poya sepuas hati dulu" Arissa memprotes. Muncungnya sudah panjang berdepa. Pinggan berisi nasi lemak yang masih ada berbaki separuh ditolak ke tepi. Mak Long Asmah yang memerhati hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Pelik la Min Mak Long. Apalah yang Haji Basir tu nampak kat Along ni sampai dia berkenan sangat nak jodohkan dengan anak buahnya tu. Nak kata lemah lembut, punyalah brutal Min tengok. Kat sekolah tu pun, kalau ada yang berani mengorat memang nak makan penumbuk Along la jawabnya" Amin menyambung gelak. Merah padam mukanya memtertawakan Arissa yang menjelengnya tajam. Pantas peha adiknya dicubit kasar.

"Adoi! Sakitlah Along!!" tawa Amin mati serta merta dek penangan cubitan berbisa Arissa. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit. Hendak di balas takut pula dia terkena penumbuk Arissa yang lagi berbisa. Dalam diam dia menyesal  kerana tidak menyertai Kelab Taekwondo di sekolahnya . Kalau tidak, pasti dia sudah sama taraf dengan Arissa yang sudah memiliki tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri itu.

"Min rasa, Along ni bakal jadi Mak Tiri paling menggerunkan di abad ke 21 la jawabnya. Asyik nak mencubit dengan menumbuk orang je kerjanya" Amin sempat bangun dari tempat duduk sebelum Arissa sempat menghadiahkannya sebuah lagi cubitan. Arissa mendengus geram.

"Sudahlah tu. Kamu adik beradik ni, kalau tak bergaduh sehari memang tak sah!" Mak Long Asmah akhirnya mencelah apabila dilihatnya Arissa sudah mula hendak bangun  untuk mengejar Amin yang sudah bersedia untuk melarikan diri. Ketawa meledak lagi dari mulut Amin apabila dilihatnya wajah Arissa semankin mencuka.

"Orang dah nak kahwin tak boleh nak kasar-kasar sangat. Along kena amik kursus 'Bagaimana Jadi Wanita Melayu Terakhir' dulu dari Kak Fat la Min rasa" sempat lagi Amin menggiat Arissa sebelum dia berlalu dari meja makan dan menuju ke luar rumah. "Ha. Nak kemana pula tu?" tegur Mak Long Asmah apabila diperhatikan Amin sudah menyarungkan selipar jepunnya.

"Nak pergi lepak rumah Zali kejap" Amin tersengih sebelum berlalu kearah basikal yang digunakan setiap hari ke sekolah yang terletak di bawah pokok rambutan bersebelahan dengan sebatang sungai yang memisahkan halaman rumah mereka dengan jalanraya. "Cuti sekolah tak pernah lekat kat rumah" gumam Mak Long Asmah perlahan. Wajah Arissa yang masih mencuka di hadapannya ditatap.

"Keluarga Mertua Riss nak kenal-kenal dengan Riss katanya. Lagipun, Riss takde buat apa pun kan kat kampung ni. Elok juga kalau Riss ke sana. Cuba la biasa-biasakan diri dengan bakal anak-anak tiri Riss" Mak Long Asmah cuba menerangkan tujuan sebenar  bakal Mertua Arissa.

Terngiang-ngiang lagi ditelinganya perbualan telefonnya dengan Datin Ramlah tempohari. Beriya-iya Datin Ramlah memintanya untuk memujuk Arissa agar bersetuju untuk di bawa ke Kuala Lumpur. Tujuannya hanya satu. Ingin mengenal Arissa dengan lebih rapat lagi. Juga untuk menemukan gadis itu dengan bakal suaminya dan mendekatkan Arissa dengan bakal anak-anak tirinya.

Arissa melepaskan keluhan berat. Badannya disandarkan kekerusi. Bila difikir-fikirkan, menyesal pula rasanya bersetuju untuk dikahwinkan dalam usia semuda ini. Sudahlah dia tak kenal siapa bakal suaminya itu. Bakal anak-anak tirinya yang dua orang itupun kali pertama dia jumpa sewaktu majlis pertunangannya minggu lepas.

Zafran, 10 tahun dan Ixora, 5 tahun. Ixora nampak seperti mudah mesra. Cuma Zafran sahaja yang dilihatnya agak pendiam. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Ada ketikanya hanya dijawab dengan gelengan atau anggukan kepala sahaja. Terlalu asyik dengan iPadnya. Atau mungkin dia tak sukakan aku? Arissa mula membuat andaian sendiri.

"Macamana? Riss setuju ke? Kalau Riss setuju, malam ni Mak Long telefon Datin Ramlah bagitau dia" pertanyaan Mak Long Asmah menghentikan lamunan Arissa. Dalam keterpaksaan dia mengangguk lemah. Jika hendak menolak sekalipun, tak tahu alasan apa yang ingin diberikan. Mak Long Asmah tersenyum gembira. Lega hatinya apabila Arissa memberikan persetujuan.

"DAH siap kemas kain baju tu Riss?" Mak Long Asmah yang baru saja menjenguk ke dalam bilik Arissa bertanya kearah anak buahnya yang dilihat sedang khusyuk melipat baju dan dimasukkan ke dalam beg baju sederhana besar di atas lantai bilik.

"Ermm .. Ada lagi sikit Mak Long. Lagipun Riss bukannya nak duduk lama pun kat rumah Datin tu" wajah Mak Long Asmah dipandang sekilas sambil tersenyum. "Eh, apa pula tak lama. Rasanya Datin Ramlah ada bagitau Mak Long, kalau boleh, dia nak Riss duduk dengan dia sekurang-kurangnya sebulan" pantas Arissa memandang kearah Mak Long Asmah semula yang sedang mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Hisshh .. Lamanya Mak Long. Tak maulah Riss. Lagipun, nak buat apa pun Riss lama-lama kat sana tu. Dahlah Riss tak kenal sesiapa kat situ. Seganlah Mak Long" berkerut-kerut wajah Arissa dibuatnya. Semankin sesak nafasnya bila memikirkan yang dia terpaksa tinggal di rumah orang yang belum dikenali hati budinya lagi dalam waktu yang lama sebegitu. Tolong aku Fat! Dia menjerit dalam hati.

Mak Long Asmah tersenyum melihat Arissa mula menarik muka empatbelas. "Bukan rumah sesiapa pun. Bakal keluarga mertua Riss juga kan" bahu Arissa dielus perlahan. "Kalau dah kenal, nanti kalau dah kahwin, takdelah canggung sangat bila Riss dah kahwin dengan anak Datin Ramlah tu nanti. Lagipun, Riss kenalah juga cuba ambil hati anak-anak tiri Riss tu" Mak Long Asmah cuba memujuk.

"Mak Long ni. Dahlah Riss ni dengan budak-budak susah sikit nak mesra. Takut nanti, tak pasal-pasal Riss jadi Mak Tiri Cinderella pula" Arissa mengeluh lagi. Seribu satu rasa bergolak dalam fikirannya saat ini. Terpinga-pinga seketika dibuatnya dia apabila ketawa Mak Long Asmah kedengaran. Bahunya dipeluk erat.

"Riss ni. Ada-ada jelah. Mak Long percaya, Riss takkan jadi sekejam itu. Masa nilah Riss boleh belajar kawal baran Riss tu. Budak-budak ni, kalau diaorang memberontak pun, mesti bersebab. Kalau Riss dapat cari sebabnya dan cuba perlahan-lahan ambik hati diaorang, mesti ok je la semuanya nanti. Mak Long percaya Riss boleh" kata-kata Mak Long Asmah serba-sedikit dapat juga mengurangkan keresahan hatinya. Segaris senyuman cuba duukirkan. Mak Long Asmah turut tersenyum.

"Assalammualaikum!!"

Suara nyaring Fatihah memberi salam sememangnya sudah dapat dicam oleh Arissa dan Mak Long Asmah. "Ha, tu kawan awak datang tu. Pergilah tengok. Mak Long nak ke kolam kat kebun  belakang tu sekejap, nak tengok si Amin dengan Pak Long kamu menjala ikan keli yang kedai Ah Long kat Pekan tu pesan. Bolehlah jugak Mak Long tolong apa yang patut" Mak Long Asmah sudah bingkas bangun. Arissa turut sama berdiri dan mereka berjalan beriringan keluar dari bilikya.

"Waalaikummussalam" tersenyum Arissa memandang Fatihah yang sedang berdiri sambil tersengih di kaki tangga.

"Kau dari mana ni?" Fatihah yang lengkap berbaju kurung bercorak batik kebiruan dan bertudung sedondon dipandang dari atas ke bawah. ""Aku baru balik dari kenduri kahwin saudara ayah aku kat Kampung Dua tadi. Eh, jom duduk kat sana tu. Sejuk sikit" tangan Fatihah menunjuk kearah pangkin kayu buatan suami Mak Long Asmah, Pak Long Amdan, yang terletak betul-betul bersebelahan dengan sungai dan bertentangan dengan pintu masuk ke dalam rumah. "Jom" Arissa menjawab ringkas. Tudung ala Arianni yang disangkut tidak jauh dari pintu dicapai.

"Aku dengar kau nak kena angkut pergi kolumpo. Betul ke?" pertanyaan dari Fatihah membuatkan Arissa terdiam.

"Wei! Aku tanya ni. Mengelamun pulak dia" bahu Arissa ditolak geram. Arissa hanya tersengih. "Tersengih-sengih pulak dah" Fatihah menarik muncungnya sepanjang yang mungkin. Tergelak Arissa dibuatnya. Pantas tangan Fatihah menampar peha Arissa.

"Adoi! Sakitlah makcik!" Arissa menggosok-gosok pehanya sambil menjeling Fatihah, tak puashati. Giliran Fatihah pula yang ketawa.

"Aku serius la wei. Bila kau kena pergi KL ni?" Fatihah bertanya lagi apabila ketawanya sudah agak reda. Arissa hanya memandang wajah sahabatnya tanpa riak. "Dia buat dah muka blur dia tu" mata Fatihah sudah berpusing-pusing apabila melihat wajah yang dipamerkan Arissa  ketika itu.

Arissa tersenyum sambil menarik nafas panjang. "Esok Mak Datin dan Pak Datuk tu datang jemput aku" rendah nada suaranya. Namun, cukup untuk telinga kuali si Fatihah mendengarnya.

"Ishk kau ni. Ada ke panggil bakal mak dengan pak mertua kau macam tu. Cubalah panggil mummy dan daddy ke, mama dan papa ke, father dan mother ke .. Lagipun, aku rasa, ada baiknya la kalau kau practice dari sekarang" kata-kata Fatihah yang kedengaran seperti mahu mengusiknya, dibiarkan tak berbalas oleh Arissa.

"Lama lagi la. Malas aku nak fikir" Arissa menjawab acuh tak acuh. Melihat sahabatnya itu seperti tidak mahu terus memperkatakan tentang keluarga mertuanya, Fatihah turut mendiamkan diri. Mereka sama-sama menghayati nikmat hembusan angin petang dan pemandangan sawah bendang yang menghijau di seberang jalan.

2 comments:

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template