Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, January 13, 2015

GADIS CENGENG : BAB 1 [PENGENALAN]

BAB 1:

Sudah hampir 2 jam dia asyik berpusing-pusing di jalan yang sama. Sudah beberapa kali juga tangannya menyeka airmata jernih yang mengalir dipipinya. Jam di dashboard kereta Myvinya sudah menunjukkan angka 10 tepat. Rasa menyesal mula menggunung dalam hatinya.

“Kalau aku ikut cakap Along tadikan dah selamat aku sampai kat rumahnya. Tula kau Ara. Berlagak sangat. Dah tau kau tu memang buta jalan. Mengaku je la. Tak payah nak tunjuk macho sangat” Ammara Safiyya memarahi diri sendiri.

Sangkanya, dengan bantuan GPSnya, mudah saja hendak mencari kawasan perumahan Ammar Sofian yang merupakan satu-satunya adik beradik yang dia ada di dalam dunia ini. Namun sangkaannya meleset apabila alamat rumah Abangnya langsung tidak tersenarai di dalam sistem GPSnya kerana dia lupa hendak mengupdate data di dalamnya. Berkali-kali dia menyalahkan diri sendiri di atas sikap pelupanya itu.

Ini semua gara-gara kerana dia hendak membuktikan pada kakak iparnya, Fatin Syuhada yang sememangnya tidak sebulu dengannya sedari dulu itu bahawa dia, Ammara Safiyya bukanlah sekadar anak manja yang tahu menyusahkan Abangnya saja.

Sudahlah dia tidak berapa arif dengan kawasan Putrajaya itu. Memang berpusing-pusing bagai roller coaster la jawabnya dia mencari alamat rumah Abangnya yang baru berpindah di Precint 18.

Akhirnya, dengan penuh rasa sebal dengan diri sendiri, dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Saki baki airmata disapu dengan belakang tapak tangannya. Ya. Dia memang anak manja. Pantang ada kesukaran yang terpaksa dihadapinya, pasti airmatanya akan laju saja mengalir tanpa diundang. Oleh kerana itu jugalah, Fatin tidak menyenanginya kerana menganggapnya mengada-ngada dan dituduh sebagai attention seeker.

“Kalau tak kerana aku kena transfer kerja, jangan haraplah aku nak pindah duduk dengan Along dan terpaksa pulak nak mengadap muka perempuan kerek tu hari-hari. Tapi, memang aku ni anak manja apa. Nama pun anak bongsu. So, apa masalahnya pun kalau Along, Papa dengan Mama nak manjakan aku sekalipun. Biarlah. Dasar pendengki! Huh! Ni semua pasal kaulah aku boleh sesat ni!! Arrggghhh!! Macamanalah Along aku tu boleh kahwin dekat perempuan kerek macam kau haaa??!!” Ammara menjerit geram. Tak pasal-pasal Fatin menjadi bahan bebelannya.

Mujurlah suaranya cuma bergema di dalam kereta sahaja. Jika tidak, pasti orang yang mendengar jeritannya akan menyangka ada perempuan mengamuk di Jabatan Perdana Menteri yang betul-betul tersergam megah di hadapan matannya.

Setelah puas bertafakur dengan memerah kesemua neuron saraf otaknya supaya berfikir, akhirnya Ammara mencapai telefon bimbit iphone5 hadiah pemberian Papanya dan nombor Ammar ditekan.

“Ha, Ara dah kat mana ni? Kenapa tak sampai-sampai lagi?” Tidak sampai dua kali bunyi deringan, suara cemas Ammar terus menerobos corong telinganya.

Airmata yang hampir kering terus mengalir semula apabila mendengar suara Abang kesayangannya itu.

“Ara sesat” esak tangisnya terus kedengaran.

“Laaa … dari Kelana Jaya ke Putrajaya pun boleh sesat ke? Ara kat mana sekarang ni?” Ada tawa kecil dihujung ayat Ammar membuatkan Ammara terasa bengkek.

“Ara dah sampai lah Putrajaya. Cuma nak cari rumah Along ni je yang tak jumpa-jumpa. Entah kat hulu manalah rumah Along ni. Pusing-pusing, yang Ara jumpa asyik-asyik bangunan JPM ni je!” Luah Ammara, geram. Apatah lagi apabila kedengaran Ammar semankin kuat mentertawakannya.

“Tulah. Tadi Along offer nak jemput kat rumah, tak mahu. Sekarang kan dah sesat. Jauh pulak tu sesatnya. Dahlah rumah baru Along ni kena masuk dalam kawasan hutan sikit. Ara tidurlah dulu kat tepi jalan tu. Esok, lepas subuh baru Along datang jemput” Ammar sengaja mahu mengusik adik  tunggalnya itu. Terbayang wajah putih Ammara yang kemerahan menahan sebak. Tawa yang bakal meledak ditahan.

“Apa Along ni! Takkan Ara nak tidur dalam kereta kat tepi bangunan JPM ni. Kalau ada orang nak buat tak senonoh kat Ara macamana??! Sampai hati Along buat adik Along yang cantik menarik kebaboom ni macam ni tau! Nanti Ara report kat Papa dengan Mama baru tahu!” Kalut Ammara dibuatnya dengan kata-kata Ammar. Airmata semankin deras mengalir.

“Alaa … Sikit-sikit nak report dengan Papa dengan Mama. Cengeng sangat la adik Along ni. Umur dah 23 tahun pun asyik menangis je. Nama je  graduan Universiti, tapi bila kena duga sikit dah menangis macam budak 6 tahun tak dapat gula-gula” Ammar masih seronok mengusik Ammara. Sekiranya Papa dan Mamanya tahu, memang bingitlah telinganya kena bebel.

“Biarlah. Ara kan anak kesayangan Papa dengan Mama. Biar padan muka Along kena bebel dengan Tuan Pensyarah” Ammara mengesat airmatanya. Terasa perit matanya kerana sudah terlalu banyak sangat menangis malam itu.  Untuk kesekian kalinya, proses lacrimation tubuhnya telah digunapakai dengan sepenuhnya hanya kerana gagal mencari rumah Abangnya.

“Yela, yela … Kejap lagi Along datang. Tunggu kat situ. Kalau ada orang ketuk cermin, buat-buat tak tahu je. Lagi 2 jam Along sampai” sempat lagi dia mengusik sebelum telefon diletak.

“Along!!!!” sempat juga jeritan tidak puas hati Ammara menyinggah kependengarannya sebelum talian telefon terputus.

Seperti yang diduga, menapak saja masuk ke dalam rumah Abangnya, kedengaran suara sindiran dari kakak ipar ‘kesayangannya’.

“Haaiii … jauh betul jarak dari Kelana Jaya nak ke Putrajaya ni ye? Sampai berjam-jam nak sampai sini” Fatin yang sedang menonton televisyen di ruang tamu sambil menayangkan wajah sinikal mengundang seribu satu rasa menyampah dihati Ammara.

“Saja je nak ronda-ronda dulu kat Putrajaya ni sebelum datang sini” Ammara tak mahu kalah. Dengan langkah separuh rela, kakak iparnya itu dihampiri dan tangannya disalam sekadar cukup syarat saja. Itu pun kerana dia ada sedikit lagi rasa hormat kerana Fatin adalah isteri Abangnya.

“Ronda-ronda sampai kena berjemput ke? Seronok sangat ke sampai tak jumpa jalan?” Semankin mendidih perasaan Ammara dibuatnya.

“Err … Bilik Ara kat tingkat atas. Mari Along tunjukkan” melihat wajah Ammara yang sudah mahu bertukar menjadi Incredible Hulk, Ammar segera memeluk bahu adiknya itu dan dibawa menaiki tangga. Dia tidak mahu tersepit diantara kasih pada isteri dan kasih pada adik kandungnya apabila peperangan saudara meletus diantara mereka nanti. Sebelum terjadi apa-apa, lebih baik dia bertindak memisahkan mereka yang sudah seperti Rusia dengan Amerika apabila bertemu.

“Ara tak faham betullah macamana Along boleh kahwin dengan perempuan mulut puaka tu!!” Tanpa amaran, Ammara terus melepaskan perasaannya pada Ammar sebaik sahaja pintu bilik tertutup. Punggung dihenyakkan kasar di atas birai katil. Wajahnya masih kemerahan menahan rasa marah yang terbantut tadi.

Ammar hanya tersenyum. Dia duduk di sebelah Ammara. Bahu adiknya itu dirangkul mesra.

“Tak kebaboom la adik Along yang cantik ni bila buat mulut itik camtu” hidung separa mancung Ammara dicuit namun pantas ditepis kasar oleh adiknya itu. Semankin lebar senyuman dibibirnya.

Ara, Ara … Kalau merajuk memang payah betul nak dipujuk. Ammar berbicara sendiri dalam hati.

“Dah dekat 2 tahun tau Along kahwin dengan Kak Fatin tu. Tapi, dari mula Along kenalkan dia dengan family kita sampailah sekarang, kenapa Ara masih tak dapat terima dia lagi? Ara kan dah besar. Takkan nak gaduh macam Ara bergaduh dengan Tania masa kecik-kecik dulu berebutkan teddy bear? Hurrmm?”Ammar masih menggunakan tonasi suara bass bagi memujuk Ammara.

Eh, Eh Along aku ni. Aku pulak yang nak disalahkan? Bukan mulut longkang bini dia ke yang selalu mulakan perang dengan aku dulu??? Ammara semankin diselubungi rasa tidak puas hati. Pandangan ala-ala nak telan orang diberikan kepada Ammar.

“Along. Sepatutnya, dia tu yang tua la mengalah dengan Ara. Bukan selalu cari pasal dengan Ara. Ini tidak. Asal jumpa Ara je, ada je bahan yang nak dibuat pasal. Sakit tau telinga Ara ni! Kalau ada tahi telinga, boleh cair, meleleh keluar macam lahar gunung berapi tau!”Tubuh Ammar ditolak menjauhinya.

“Euwww!! Pengotor la Ara ni! Muka je cantik tapi tahi telinga sampai meleleh!” Ammar segera angkat kaki keluar dari bilik itu sebelum kemarahan Ammara yang semankin meluap-meluap itu meletus bak gunung berapi Merapi.

“Alonggggggg!!!!” Bantal yang tak bersalah dilontar mengenai pintu bilik dek kerana bahang kemarahan yang semankin menggunung apabila diduga oleh Ammar.

0 comments:

Post a Comment

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template