Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Wednesday, January 14, 2015

GADIS CENGENG : BAB 3 & BAB 4

BAB : 3

SO … Awaklah rupanya staff baru kat sini yee” Sesak nafas Ammara dibuatnya apabila lelaki yang merupakan Bosnya itu melangkah menghampirinya dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya.

Ammara tidak tahu apa yang ingin dikatakan. Akhirnya dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.

Segala isi perutnya terasa kecut apabila Bosnya itu memandang tajam kearahnya sambil berjalan mengelilinginya dan meneleknya dari atas ke bawah bagai singa lapar yang hanya menunggu masa untuk menerkam mangsanya.

“Dah berapa lama awak bekerja di cawangan Kelana Jaya tu?” Ammara menarik nafas lega apabila Bosnya itu melangkah ke kerusi empuknya semula dan duduk bersilang kaki dengan mata masih tertumpu padanya.

“Baru nak masuk 2 tahun Bos” jawab Ammara. Dia cuba memberanikan diri membalas pandangan Bosnya itu.

“Tak perlu panggil saya Bos. Panggil saya Encik Imtiyaz macam semua staff panggil saya” nada suara lelaki itu sudah tidak sedingin tadi.

Eh, bukan PA kerek dia panggil dia Bos ke tadi? Ke sebab PA kerek tu special sikit dari staff-staff dia yang lain? Tu yang dia panggil ‘Bos’. Sempat lagi Ammara memprotes dalam hati.

“Duduk”

Akhirnya ayat yang dinanti-nanti kedengaran juga setelah hampir setengah jam Ammara tercegat ibarat patung cendana di situ.

“Memandangkan awak dah hampir 2 tahun bekerja dengan Muz Holding, saya assume awak dah sedia tahu serba sedikit konteks kerja awak sebagai Admin Exec kat sini.  So, kita dapat jimatkan masa and cut things short.” Imtiyaz bersuara tenang seperti tiada apa yang pernah terjadi antaranya dan Ammara.

“Saya tak tahu macamana awak bekerja masa di Kelana Jaya dulu, tapi di sini saya nak ingatkan awak yang teamwork sangat penting. Kalau ada urgent tender yang perlu disiapkan, semua orang kena stayback and finish the job as a team” serius sahaja wajah Imtiyaz saat memberi penerangann. Ammara hanya mendengar dengan penuh teliti.

“Lagi satu. Saya tak suka ada Paparazzi tak bertauliah kat dalam syarikat ni. Just do your job and mind your own business” suaranya masih lagi tegas.

Ammara segera teringatkan Kak Ros. Patutlah sewaktu bercerita mengenai PA kerek dan Bos mereka tadi, wanita berusia pertengahan 30an itu beriya-iya berbisik padanya. Hampir tergelak dia mengingatkan memek muka Kak Ros sewaktu bercerita tadi.

“Awak senyum-senyum ni kenapa? Faham tak dengan apa yang saya terangkan ni?” Suara sergahan Imtiyaz yang berkumandang membuatkan Ammara kembali berpijak di bumi yang nyata.

“Errkk … Tak ada apa-apa Bos ... Err … Encik Imtiyaz … Faham. Saya faham”

Ammara Safiyya!!! Kenapa dengan kau ni??? Depan Bos pun nak mengelamun ke?? Ammara memarahi dirinya sendiri. Wajahnya sudah terasa hangat. Pasti wajahnya sudah bertukar warna saat ini. Aduh! Rasa nak menyorok bawah meja sekarang jugak!!!

“Awak ni dah mula buat saya risau. Kalau macam ni pun awak dah tak boleh focus, macamana saya nak percayakan awak untuk handle mana-mana projek penting Muz Holding?” Kedua belah tangan sudah dikepalkan di atas meja. Mata semankin mencerlung tajam kearah Ammara.

“Maaf Bos.. Err .. Encik Imtiyaz. Selalunya saya memang focus. Cuma hari ni je saya macam out of focus sikit” Ammara menjawab dengan menayangkan wajah tagih simpati seperti yang biasa ditayangkan kepada Mama dan Papanya sekiranya dimarahi.

Wajah tegang Imtiyaz masih tidak berubah. Ammara kembali kecut isi perut.

“Ok. Saya bagi awak sebulan tempoh percubaan. Kalau performance awak tak mencapai standard yang saya nak, I’m sorry to say that Muz Holding is not a place for you

Ammara mula rasa tercabar  mendengarkan kata-kata amaran dari Imtiyaz. Dia perlu buktikan kredibilitinya pada lelaki itu. Dia tidak mahu nanti, Bos lamanya, Encik Mahmud di cawangan Kelana Jaya kecewa dengannya. Kerana kredibiliti dan prestasi kerja yang membanggakan di tempat kerja lamanya lah dia diberi kepercayaan oleh Encik Mahmud untuk dipindahkan ke HQ dan dinaikkan pangkat dari Admin Clerk kepada Admin Exec.

I promise you Encik Imtiyaz. I will do my very best to ensure all my work complete on time with excellence.” Ammara berkata penuh yakin.

Imtiyaz menyunggingkan senyuman. Entah kenapa, hatinya sedikit terusik dengan keyakinan yang tiba-tiba ditunjukkan oleh Ammara. Gadis cilik bertahi lalat dipenjuru bibir yang pada pertemuan pertama mereka hampir saja merembeskan airmata di atas kecuaian gadis itu sendiri.

Good! So I expect a superb performance by  you Miss Ammara Saffiya. Welcome to Muz Holding” Imtiyaz bangun dan tangan dihulurkan bagi mengalu-alukan Ammara ditempat kerja barunya.

“Err … InsyaAllah Encik Imtiyaz. I will do my very best. That I’ll ensure you. And thanks for welcoming me here” Ammara turut bangun. Tangan Imtiyaz dibiarkan sepi tak bersahut. Dia hanya meletakkan tangan didada sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

Terangkat kening Imtiyaz dengan tindakbalas dari gadis di hadapannya itu. Tangan yang dihulurkan digenggam dan ditarik semula.

Ammara hanya tersenyum manis.

Mintak maaflah la Bos. Saya tak salam dengan orang yang bukan muhrim. Ammara berbisik dalam hati.

“Oh ya Ammara … “ Baru saja pintu bilik hendak dipulas, namanya dipanggil semula oleh Imtiyaz menyebabkan Ammara kembali menoleh kearah Bosnya.

“Kos repair kereta saya tu saya potong dari gaji awak. Sebulan RM200 sampai settle” Bulat mata Ammara mendengar kata-kata selamba dari mulut Imtiyaz yang sedang khusyuk menulis sesuatu di atas salah satu kertas di atas meja.

Senyap sunyi. Tiada jawapan yang diberikan.

“Ammara, awak dengar kan apa yang saya cakapkan ni?” Imtiyaz mendongakkan kepalanya dan ternyata Ammara sudah tiada di hadapannya . Yang tinggal adalah pintu biliknya  yang sudah ternganga luas.

Sekali lagi dia menyunggingkan senyuman. Dalam kerapuhan hatinya, ternyata Ammara berani meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya secara fizikal. Entah kenapa timbul pula rasa seronok kerana dapat mengusik gadis bernama Ammara Saffiya itu.

“Tak guna punya Bos. Calar sikit pun nak berkira ke?? Habis kereta aku yang kemek tu siapa yang nak tolong bayarkan???” Ammara membebel sendiri sepanjang perjalanan kembali ke tempat duduknya. Mujur Suraya tiada dimejanya. Jika tidak, maka akan bertambahlah lagi rasa sakit hatinya dengan tingkah PA kerek itu.

“Aik. Kenapa masam je muka ni Ara? Kena marah dengan Bos ke?” Kak Ros bertanya prihatin sebaik sahaja Ammara melabuhkan punggung di atas kerusinya.

“Eh, takdalah Kak Ros. Encik Imtiyaz ok je” Ammara malas hendak memanjangkan cerita. Nanti banyak pula soalan-soalan susulan yang perlu dijawab sekiranya insiden kemalangan kecil pagi tadi diceritakan.

“Okla kalau macam tu. Eh, dah dekat pukul satu ni. Ara tak pergi makan ke?” Sebaik saja mendengar pertanyaan Kak Ros, Ammara baru teringat akan perutnya yang kelaparan kerana hanya beralaskan sekeping biskut Jacob weetameal sahaja  sedari pagi tadi.

“Kak Ros tak makan ke?” Perasan yang Kak Ros juga masih berada di pejabat walau waktu rehat, Ammara segera bertanya.

“Akak puasa” jawapan ringkas dari Kak Ros melahirkan tindakbalas ‘owh’ dari Ammara.

Setelah bertanya panduan kedai makan dengan Kak Ros, Ammara terus mencapai dompet dan telefon bimbit menuju ke lif untuk ke kedai makan di tingkat bawah bangunan itu.

Ketika punat lif ditekan terasa ada tangan yang turut sama menekan. Seraya itu Ammara menoleh pantas kearah si empunya tangan.

Isssskkkk!! Balik-balik muka mamat ni je yang aku jumpa hari. Apa dalam dunia ni dah pupus ke lelaki-lelaki lain??!! Hatinya berteriak geram. Kelihatan Imtiyaz memandang kearahnya tanpa riak sambil mengenakan cerminmata hitamnya.

“Awak nak pergi lunch ke?”

Apa punya soalan daaa … Sah-sahlah sekarang ni waktu rehat. Mestilah nak pergi lunch. Takkan nak pergi berenang kot. Tak habis lagi Ammara membebel dalam hati.

Ammara melemparkan  senyuman dan hanya menganggukkan kepalanya . Terasa malas pula hendak bersuara.

Suasana antara mereka hanya sepi saja selepas itu. Masing-masing lebih senang melayan perasaan sendiri.



BAB : 4

“KENAPA tak pergi report polis je? Kalau tak, boleh claim insuran je nak repair kereta Ara ni” berkerut seribu kening Ammar dibuatnya sebaik sahaja Ammara menceritakan tentang kemalangan kecil yang terjadi pagi tadi yang menyebabkan keretanya kemek.

“Malaslah Along. Nanti mesti kena bayar denda lagi sebab Ara yang salah. Takpela. Bukan kena enjin pun. Tunggu hujung bulan la baru Ara hantar ke bengkel” Ammara menghempaskan tubuh di atas sofa dan remote tv ditekan satu persatu mencari siaran yang menarik untuk ditonton.

“Orang yang Ara langgar tu ada minta ganti rugi tak?” Ammar masih belum puas hati apatah lagi melihat sikap acuh tak acuh adik tunggalnya itu. Sudahlah berlanggar pun, dia tidak diberitahu. Jika ada apa-apa yang menimpa Ammara, apa yang hendak dilaporkan kepada Papa dan Mamanya nanti?

“Tak ada” bohong Ammara.

Malas dia hendak memberitahu yang dia terlibat kemalangan dengan Bosnya sendiri dan dia dipaksa melangsaikan kos pembaikan kereta secara ansuran bulanan melalui skim potongan gaji. Jika diberitahu, pasti Ammar akan pergi bersemuka dengan Imtiyaz. Dia sudah cukup arif benar dengan sikap Abangnya yang terover protective itu.

Silap haribulan, mahu bertelur kepala Imtiyaz dibuatnya. Almaklumla. Abangnya merupakan seorang pemegang tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri taekwando. Nanti tak pasal dia terpaksa cari kerja di tempat lain pula.

“Yeke? Takkan ada orang baik macam tu kat KL ni … Lagi-lagi bila dia nampak yang langgar dia ni seorang gadis cilik yang lemah dah cenggeng” dalam kerisauannya sempat lagi Ammar mengusik Ammara.

“Oppsss … Along terlupa nak sebut gadis cilik yang cantik, menarik dan Ara memang debooom” Ammara melayan saja usikan Abangnya.  Tertawa Ammar dibuatnya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah adiknya itu.

“Kak Fatin mana? Senyap je” mata Ammara melilau kearah dapur dan tangga apabila menyedari suara Kakak Iparnya itu tidak kedengaran langsung.

“Kenapa? Rindu ke?” Pertanyaan tak masuk akal dari Ammar disahut dengan memek muka ala-ala mahu termuntah dari Ammara. Meledak lagi tawa Ammar dibuatnya.

“Dia pergi jemput adik lakinya kat ERL”

Sebaris jawapan dari Ammar membuatkan otak Ammara terus teringat memori lama. Satu-satunya memori yang kalau boleh hendak saja dia padamkan terus dari kotak ingatannya. Kalaulah ianya semudah memadam tulisan pensil di atas kertas, sudah lama dulu dia melakukannya.

Melihatkan adiknya yang terus membisu apabila mendengar jawapan darinya, pandangan dari kaca TV dialihkan kearah wajah Ammara yang putih bersih kemerahan.

“Ara … perkara tu dah lama jadi kan? Takkan sampai sekarang ni Ara masih berdendam dengan si Fath tu?” Bahu Ammara dielus lembut. Mengetahui sejarah silam antara adik iparnya dengan adik kandungnya itu, Ammar sedar yang Ammara takkan mudah memaafkan Fath begitu saja. Walau cengeng begitu, Ammara memang sangat keras hatinya. Andai dia membenci seseorang, memang payahlah untuk orang itu hendak meraih kembali kasih sayangnya.

“Ara penatlah Along. Ara nak naik atas dulu la. Nak mandi dengan solat” Ammara pantas bangkit dari sofa berlalu menaiki tangga menuju kebiliknya. Dia malas hendak membicarakan mengenai Fath. Lelaki yang telah melakar 1001 sejarah hitam dalam hidupnya. Dia tidak berdendam. Cuma dia belum bersedia untuk ikhlas memaafkan lelaki itu.

Ammar hanya mampu memandang Ammara berlalu meninggalkannya tanpa kata. Dia faham kenapa Ammara  begitu marah pada Fath. Malah dia sendiri masih berbekas terhadap apa yang adik iparnya itu telah lakukan terhadap adik kesayangannya itu. Hanya kerana Fath adalah adik Fatin, dia terpaksa belajar untuk memaafkan dan cuba melupakan.

Tubuhnya di henyakkan ke atas katil. Sebelah tangan di letakkan di atas dahi sambil mata merenung siling biliknya dengan pandangan kosong.

Fath Iqbal.

Sebaris nama yang sangat dibencinya. Dulu, kini dan mungkin selamanya. Lelaki berwajah bujur dan mempunyai raut wajah maskulin yang pernah dirinduinya saban malam satu ketika dulu sewaktu zaman pengajiannya di Universiti. Lelaki pertama yang berjaya membuatkannya jatuh cinta.

Malah ironinya, elaki itu jugalah yang pertama mengajarnya erti kekecewaan dalam bercinta dan yang telah meninggalkan luka yang maha dalam dalam hatinya. Luka yang takkan pernah sembuh sampai bila-bila. Mungkin.

Takdir dirasakan seolah-oleh cuba mengujinya lagi apabila lelaki yang telah melukakan hatinya itulah juga yang menjadi birasnya kini. Adik kepada Kak Fatin. Seorang lagi makhluk Tuhan yang tak sudah-sudah menduga kesabarannya saban waktu.

Sebuah keluhan kasar terkeluar dari bibir mungil Ammara.

Nampak gayanya, sepanjang Fath ada di situ, dunianya hanyalah bilik tidur dan pejabat sajalah selepas ini. Jangan harap dia hendak bertentang pandang lagi dengan lelaki yang pernah meremukkan hatinya dan memijak-mijak maruahnya suatu ketika dulu.

Usai mandi dan menunaikan solat Asar yang tinggal dihujung-hujung waktu saja itu, Ammara terus membaringkan diri di atas sofa Cleopatra di kaki katil sambil membelek-belek telefonnya sementara menunggu masuknya waktu Maghrib.

Sedang dia ralit bermain Candy Crush, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej Whatsapp yang masuk.

‘Ammara Saffiya’
Tomorrow, please come early to office
I want by 7.30 you already at your desk

Berkerut-kerut dahi Ammara apabila melihat mesaj-mesej bebaur arahan dari nombor yang tidak dikenalinya.

Siapa pulak la malaun ni?? Tak bagi salam tak apa, terus nak arah-arah orang pulak. Hisssshhhh!!! Bikin panas hati betullah!! Ammara mendengus geram.

‘Assalammualaikum w.b.t’
‘Siapa ni ye?’
Sorry la. Saya tak ada simpan nombor awak’

Walau dadanya meluap-luap dengan kemarahan, Ammara beristighfar beberapa kali sebelum membalas dengan kata-kata yang paling lembut mampu dikarangnya saat itu.

‘Waalaikummussalam w.b.t”
Why you don’t keep your Boss number???’
If you want to impress me, you can start by saving my number right now!’

Berderau darahnya apabila membaca mesej yang baru masuk.

Boss??? Takkan lelaki kerek tu kot??? Mana dia dapat nombor aku??? Pelbagai persoalan menyerbu benak fikirannya. Sejurus kemudian, dia menepuk dahinya berkali-kali.

Memanglah dia ada nombor kau ngok! Kan pagi tadi kau yang rela hati bagi kat dia?!! Baru Ammara teringat akan insiden kemalangan kecil antaranya dengan Imtiyaz pagi tadi.

Eleh! Speaking London konon. Menyampah betullah jantan spesis berlagak ni! Huh!

‘Okay Boss! Saved already

Malas hendak bertekak, Ammara membalas ringkas.

Good!’
So, don’t forget tomorrow. Please come early and this time, please be PUNCTUAL!’

Ammara mengetap bibir geram. Mahu saja dicekik-cekiknya lelaki itu sekiranya dia ada di hadapannya sekarang.

Nombor Imtiyaz segera disimpan sebelum dia terlupa. Nama ‘Encik Bos Kerek’ ditaip. Dia tersenyum puas sebelum butang ‘save’ ditekan.

Pintu bilik Ammara diketuk lagi. Termasuk kali ini, sudah tiga kali dia naik turun tangga untuk memujuk adiknya itu makan malam. Dan tiap kali itulah juga, jawapan yang didengar adalah ‘Ara tak lapar’.

Tapi dia tahu yang bukan itu sebabnya Ammara enggan keluar dari biliknya sejak petang tadi. Semuanya gara-gara Fath yang ada di rumahnya. Dia melepaskan keluhan berat untuk kesekian kalinya.

“Abang! Biarlah si Ara tu! Nanti kalau dia lapar, pandailah dia nak ke dapur! Dah besar panjang pun. Mengada-ngada betul!” Kedengaran suara teriakan Fatin dari bawah. Ammar hanya diam tak membalas. Andai dibalas nanti, bertambah panjang pula leteran yang akan keluar dari mulut isterinya itu.

Dia sendiri tak pasti kenapa Fatin begitu memusuhi Ammara. Ya. Dia akui yang Ammara sememangnya anak manja dalam keluarganya. Tapi, dalam kemanjaannya, Ammara bukanlah tergolong dalam golongan ‘a spoil brat’. Dia masih tahu berdikari sendiri. Malah dulu, sewaktu belajar, setiap kali cuti semester, dia pasti akan bekerja untuk mencari duit poket. Walau hakikatnya, tak perlu pun memandangkan, Mama, Papa dan dirinya sendiri mampu memberikan duit belanja kepada Ammara.

“Ara. Marilah turun makan. Pagi tadi pun Ara tak sarapan terus pergi kerja. Tengahari tak tahulah apa yang Ara makan. Tapi, takkan la boleh kenyang sampai ke malam kan?” Ammar cuba untuk memujuk Ammara lagi. Risau dia seandainya tubuh kecil molek Ammara akan menjadi kurus kering jadinya. Nanti, apa pula kata Papa dan Mamanya? Adik seorang pun tak reti nak jaga ke? Dia juga yang akan dipersalahkan.

“Ara kenyang la Along. Takpela. Ara makan banyak tengahari tadi. Masa tea break tadi pun Ara dah makan kuih-muih” Kali ini, kedengaran jawapan yang agak panjang dari Ammara diberikan.

“Lagipun, Ara nak tidur awal ni. Esok kena masuk kerja awal. Good nite Along. Love you” Ammara menyambung kata sebelum sempat Ammar mencelah.

“Okla kalau Ara cakap macam tu. Good nite munchkin. Sleep tight. Love you too” Ammar akhirnya mengalah. Dia tahu walau dipujuk macamana sekalipun, Ammara tetap takkan keluar dari biliknya kecuali dengan kerelaannya sendiri.

Ammara menarik selimut menutup seluruh tubuhnya.

Rasa bersalah pula kerana menipu Ammar. Walhal, tengahari tadi, dia cuma menjamah bihun sup saja.  Waktu tea break pun, dia hanya membancuh secawan Nescafe 3 in 1. Perutnya pun memang agak lapar ketika ini. Tapi, bila mengenangkan riak wajah Fath yang seakan-akan sedang mengejeknya, terus kenyang perutnya.

Akhirnya, mata yang tak mengantuk dipaksa juga untuk pejam. Dia perlu tidur awal supaya esok dia dapat masuk tepat pada masanya ketempat kerja. Terbayang wajah berlagak Imtiyaz. Hati Ammara bertambah sebal!

0 comments:

Post a Comment

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template