Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Thursday, January 15, 2015

GADIS CENGENG : BAB 5

BAB : 5


SEAWAL jam 7 pagi, dia sudah tercongok di hadapan pintu kaca di tingkat 18 itu. Sangkanya, suasana terang benderang yang akan menyambutnya memandangkan semalam, Imtiyaz beriya-iya benar menyuruhnya supaya sampai awal ke pejabat.

Namun, betapa sakit hatinya apabila dilihat suasana senyap sunyi dan gelap gelita yang menyambutnya pagi itu.  Cuma ada lampu display saja yang terpasang di bahagian meja penyambut tetamu.

“Kurang asam boi punya Bos! Beriya suruh aku datang cepat, tapi satu batang hidung pun tak ada lagi! Huh!” Ammara membebel sendiri.

Mahu tidak mahu, dia meleretkan access cardnya pada mesin yang terdapat disebelah pintu kaca tersebut dan setelah memasukkan passwordnya, dia terus menarik pintu kaca tersebut dan melangkah masuk ke dalam ruang pejabat yang sunyi sepi.

Perlahan-lahan dia melangkah dengan mata sibuk meninjau-ninjau sekeliling untuk melihat kalau-kalau ada kelibat staff yang sudah tiba lebih awal darinya.

Sedang dia asyik terhendap-hendap, terasa bahunya disentuh dari arah belakang. Dia pun apalagi, akibat terlalu terkejut, tangan yang mendarat dibahunya terus dicapai dan tanpa melihat siapa yang menyentuhnya, lengan orang itu terus dipulas ke belakang dan tubuh yang lebih besar darinya itu dijatuhkan ke atas lantai dan dengan kudrat kakinya yang melutut dia menahan tubuh itu dari bangkit. Akibatnya, si empunya badan sudah mengerang kesakitan.

“Apa … Apa yang awak buat ni ha??? Awak dah gila ke??Arrggghhh! Lepaslah!”

Automatik cengkaman tangannya pada lelaki bersut hitam itu terlepas apabila mengenali suara yang menyergahnya itu. Dia yang terduduk di atas lantai mengesot menjauhi tubuh yang masih tertiarap itu.

“Awak dah kenapa?? Dah hilang akal ke apa ha??” Dalam kesamaran cahaya yang ada, Ammara dapat melihat wajah Imtiyaz yang sudah menyinga memandang kearahnya. Dia duduk bertentangan dengan Ammara sambil tangannya mengelus sebelah lagi tangannya yang dipulas oleh Ammara.

“So … Sorry Bos! Saya tak tahu pun Bos yang pegang bahu saya. Sorry Bos! Saya tak sengaja” Terketar-ketar Ammara menjawab sambil kedua tangan dicantumkan ibarat rakyat mengangkat sembah kepada Sang Sultan saja lagaknya.

Hakikatnya, Ammara memang begitu. Janganlah ada orang yang menyergah atau menyentuhnya secara tiba-tiba. Pasti serba sedikit ilmu mempertahankan diri yang diajar Ammar akan dipraktikkan.

Imtiyaz masih menayangkan wajah bengis.

Tak padan kecik. Sekali dia libas, boleh tahan jugak sakitnya minah cengeng ni. Imtiyaz mendengus dalam hati.

Perasaan marah, malu, terkejut dan bermacam-macam rasa lagi bercampur baur dalam dirinya.

Hendak dimarah, dia tahu silapnya juga kerana menyentuh bahu gadis itu secara tiba-tiba dalam keadaan pejabat yang gelap-gelita itu. Mujur tangannya tidak patah dikepak Ammara.

“Bulan ni potong lagi gaji awak RM100 untuk kos perubatan saya”

Buntang mata Ammara memandang Imtiyaz. Bibirnya diketap kuat. Tubuh sasa yang berusaha untuk bangun di hadapannya itu dilihat semankin mengecil dipandangan mata bulatnya.

“Encik Imtiyaz. Gaji saya bukannya sampai RM10 ribu sampai semua kos sara diri Encik nak saya bayarkan” akhirnya terkeluar juga kata-kata bantahan dari Ammara yang turut sama bangun sambil berdiri tegak di hadapan Imtiyaz.

Agak terkejut Imtiyaz dibuatnya apabila gadis yang dianggap cengeng itu membidas balik kata-katanya penuh berani.

“Kos sara diri awak kata? Awak sedar tak, semua yang saya minta ni adalah kos yang awak kena tanggung di atas kesilapan awak sendiri?” Lelaki itu sudah bercekak pinggang memandang Ammara yang hanya setinggi paras hidungnya saja. Itupun kerana dia memakai kasut tumit setinggi 3 inci. Jika tidak pasti lebih rendah dari itu.

“Ok. Fine. Kos yang RM200 sebulan tu memang silap saya. Tapi, yang ini bukan salah saya. Saya cuma bertindak untuk mempertahankan diri. Stricly self defense! Encik Imtiyaz yang salah sebab Encik tiba-tiba sentuh saya dari belakang” Ammara tidak mahu mengalah. Dadanya sudah berombak laju menahan sebak.

Dia memang begitu. Berdebat, berdebat juga. Namun, pasti akan ada titis air jernih yang mengiringi keberaniannya itu. Biarpun hidungnya sudah mula kembang kempis menahan rasa. Namun untuk berdiam diri, tidak sama sekali.

Good morning Boss”

Terbantut kata-kata yang hendak diluahkan oleh Imtiyaz sebaik sahaja satu suara yang mendayu-dayu kedengaran menyapanya.

Airmata yang baru menjengah ditubir mata lekas-lekas diseka oleh Ammara dan langkah kaki dihayun menuju ke tandas. Dia tak mahu Suraya melihat wajah cengengnya.

Good Morning Suraya” Imtiyaz melemparkan senyuman pada Suraya yang mendekat sebelum dia melirik kearah Ammara yang semankin menjauh.

Pandangan Suraya silih berganti diantara Bosnya dan Ammara. Terasa seperti ada sesuatu yang pelik antara mereka berdua. Dia mula diserang rasa kurang senang.

‘Tak boleh jadi budak hingusan ni. Baru masuk kerja dah pandai nak caras jalan aku pikat Bos ke?’ Suraya berdialog dalam hati. Dengan lenggok menggoda, dia membontoti langkah Imtiyaz yang sudah melangkah menuju ka biliknya. Sempat dia melirik penuh curiga pada Ammara sehingga bayang gadis itu hilang dari pandangannya.

Ammara membasuh mukanya beberapa kali. Kertas tisu dicapai dan wajahnya yang kebasahan dilap sehingga kering sebelum tudung yang disangkutkan pada kepala pili air dikenakan semula dikepalanya.

Hari kedua di tempat kerja baru, hatinya sudah diduga lagi kesabarannya. Terasa panas berbahang seluruh wajahnya menahan rasa hati yang masih menggelegak.

Belum pun seminggu dia berada di Muz Holding, sudah bermacam-macam peristiwa pahit yang dialami olehnya. Entah kenapa malang sungguh nasibnya. Dia melepaskan keluhan berat.

Reflek wajahnya yang kemerahan dicermin ditatap lama.

“Mengucap Ara, mengucap. Banyak-banyak istighfar. Kau kena kuat. Kau boleh nak hadapai semua ni! Tuhan takkan menduga hambaNYA dengan sesuatu yang tak mampu dipikul oleh hambaNYA itu” Ammara cuba memotivasikan dirinya. Dia mencari semula kekuatan dalam dirinya.

Sekiranya dahulu, selepas diaibkan oleh Fath pun dia masih mampu bangkit, apalah sangat apa yang Imtiyaz telah lakukan padanya. Dia perlu mengembalikan semula semangatnya untuk melawan serangan psikologi orang-orang disekelilingnya.

Ammara mengenakan secalit lip gloss dibibirnya dan mengemaskini penampilan diri sebelum melangkah keluar menuju ke mejanya.

Lama juga dia bertapa di dalam bilik air sehingga tidak sedar jam sudah menginjak ke pukul 8.30 pagi. Mujur tiada siapa yang terserempak dengannya ketika di bilik air tadi. Jika tidak, dah timbullah pula satu cerita tentang budak baru yang meroyan menangis kena buli.

Baru sahaja melabuhkan punggung ke kerusi, lenggok Suraya yang menghampirinya dengan senyuman sinis dibibir membuatkan hatinya kembali kurang senang.

“Ammara. Bos panggil you masuk dalam bilik dia. Bawa sekali fail company TSL Sdn Bhd” Habis saja menyampaikan pesanan, gadis yang berskirt pendek ketat itu berlalu pergi.

Fail TSL? Fail apa pulak tu? Mana pulak aku nak cari ni? Meja Kak Ros yang masih kosong tak berpenghuni di pandang lama. Dia menggaru-garukan kepala beberapa kali. Rasa panik mula melanda.

Dia terpandangkan kabinet pasang siap buatan kayu yang dicat warna putih di belakang tempat duduk Kak Ros dan tanpa berfikir panjang, dia membuka satu persatu pintu kabinet tersebut sambil matanya sibuk mencari tulisan ‘TSL’ disetiap penanda deretan fail berkulit keras yang tersusun kemas di dalam Kabinet tersebut.

“Hai. Cari apa tu? Boleh saya tolong” Hampir bersilat Ammara dibuatnya dengan teguran yang kedengaran secara tiba-tiba dari arah belakangnya. Dadanya diusap laju-laju.

Ammara segera menoleh dan dia disambut dengan senyuman manis seorang lelaki tinggi lampai berkulit kuning langsat segak berkemeja warna maroon siap bertali leher yang sedang memandangnya dengan dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya.

“Ha?” Ammara seakan terpukau dengan senyuman versi pencair hati lelaki itu untuknya saat itu.

“Saya tanya awak tengah cari apa tu? Boleh saya tolong ke?” Semankin lebar senyuman lelaki itu melihat reaksi Ammara yang seakan terpana melihatnya. Dia mengenyitkan matanya, nakal.

“Oh .. Err … Saya cari fail. Err … Fail TSL. Bos suruh bawa ke bilik dia” Ammara seakan tersedar dengan kenyitan yang dihadiahkan kepadanya.

“Owh. Biar saya tolong awak” tanpa dipinta lelaki itu sudah berdiri di sebelah Ammara untuk menghulurkan bantuan.

By the way. Nama saya Haikal dari account department. You can call me, Karl” salam perkenalan dihulurkan.

“Saya Ammara. Panggil je Ara”

Seperti Imtiyaz, huluran tangan Haikal turut disambut dengan senyuman dan anggukan kepala sahaja oleh Ammara. Haikal menarik balik tangannya sambil menaikkan kedua belah bahunya seakan meluahkan kata-kata ‘Owh – Okay - Nevermind’

            Yes! Jumpa pun!” Haikal berteriak girang dan fail keras yang tertera tanda ‘TSL’ di bahagian sisi dan hadapan dihulurkan kepada Ammara.

            You owe me one!” Sempat dia mengenyit nakal lagi kepada Ammara yang tersenyum lebar.

            Berkerut dahi Ammara. Tolong sikit macam ni pun berkira jugak ke? Isk. Dasar lelaki. Memang macam tu kot. Tolong tak pernah nak ikhlas. Desis hati Ammara.

            “Esok saya belikan awak nasi lemak la ye” Ammara berkata sebelum bergegas meninggalkan Haikal untuk menuju ke bilik Imtiyaz.

            You owe me a lunch date! Saya tak mahu nasi lemak!”

            Ammara menyunggingkan bibirnya dengan dahi berkerut tatkala teriakan Haikal menyinggah kependengarannya. Dia terus saja berlalu, pura-pura tak mendengar. Malas hendak melayan lelaki hidung belang seperti Haikal lebih-lebih. Nanti ada pula penumbuk yang akan menyinggah ke muka.

Tanpa mempedulikan pandangan berlagak dari Suraya, pintu bilik Imtiyaz diketuk dan dia melangkah masuk apabila arahan ‘Masuk’ kedengaran.

Imtiyaz dilihatnya sedang khusyuk menaip sesuatu di laptop jenama Applenya. Tanpa sepatah kata, dia memberi isyarat tangan kepada Ammara supaya mengambil tempat duduk di hadapannya.

Ammara hanya patuh dan fail berkulit keras yang agak berat itu diletakkan di atas ribanya. Matanya mula meliar mencuri pandang kesekeliling pejabat yang agak luas itu.

Moden dan sophisticated. Dua patah perkataan yang dapat mengambarkan pendapat Ammara berkenaan bilik Imtiyaz.

Dengan perabot rekaan moden dari gabungan warna hitam dan putih dipadankan dengan cat bilik dari warna merah hati membuatkan bilik itu nampak ‘muda’ dan ‘garang’. Sesuai dengan perwatakan Imtiyaz yang agak metroseksual dipandangan Ammara itu.

Ammara mula dilanda kebosanan dan pehanya juga mula terasa lenguh apabila sudah hampir setengah jam berlalu, namun Imtiyaz masih lagi asyik dengan laptopnya.

Apabila Imtiyaz menutup laptopnya, Ammara mula terasa lega. Baru saja Bosnya itu hendak membuka mulut, telefon bimbitnya yang berbunyi membuatkan Ammara mengeluh perlahan.

“Hello sayang” meleret senyuman yang terpamer diwajah Imtiyaz sebaik sahaja telefon dijawab. Dia menyandarkan tubuhnya kekerusi empuknya sambil matanya memandang kearah Ammara dengan menunjukkan isyarat tangan supaya gadis itu dapat memberinya beberapa minit lagi.

Aik. Sayang la pulak . Bukan hari tu, Honey ke? Hurrmmm … Whatever la Bos. Memang confirm kategori hidung belang jugaklah ni. Lelaki, lelaki. Pantang muka hensem sikit, mulalah pasang jerat sana-sini. Huh! Nasib baiklah Along aku yang kacak dan bergaya tu tak macam ni. Syukur, Alhamdulillah. Sempat Ammara membebel dalam hati.

Ikut kata hati, memang dah lama Ammara angkat kaki dari bilik itu. Namun, memandangkan ini baru hari kedua dia bekerja di situ, hati cuba disabarkan semaksimum mungkin.

Sangkanya, lelaki itu akan menyingkatkan perbualannya ditelefon memandangkan dia sudah hampir sejam duduk tercongok di situ. Tapi, lain yang diharap, lain pula yang jadi.

Imtiyaz dengan selambanya bergurau senda dan bergelak-tawa ditelefon. Dari duduk bawa ke berdiri mengadap deretan cermin kaca yang menampakkan pemandangan Cyberjaya, masih tiada tanda yang panggilan itu hendak ditamatkan.

Ammara mankin bengang.

Mamat ni memang saja nak duga kesabaran aku agaknya. Haissshhh!! Nasib baiklah kau ni Bos aku tau! Kalau tak, memang dah lamalah aku terajang masuk dalam tasik depan Bangunan kau tu! Ammara merungut dalam hatinya yang mula terasa bengkek.

“Ok sayang. See you tonite. Love you too. Miss you. Muaah, muaahhh”

Hendak terkeluar rasanya segala isi perut Ammara mendengar ucapan meleleh dari Bosnya itu.

Tak malu betul! Depan staff sendiri pun nak berkasih gedik macam tu. Eiiii!!! Meluatnya!! Protes Ammara dalam hati.

Sorry about that. Okay. Let we start our discussion

Akhirnya … bermula juga sesi perbincangan mereka setelah hampir sejam Ammara berada di dalam bilik itu. Mujur bilik beraircond. Jika tidak memang banjir dengan peluhlah bilik itu jawabnya.

1 comments:

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template