Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, January 27, 2015

KISAH KAMI : BAB 24

"LAA … Kat sini rupanya dia. Patutlah Mak Som melalak-lalak panggil dari tadi tak dengar. Tengah berangan ingatkan laki dia la tu” Suara lantang Mak Som membuatkan semua kenangan lampau yang terimbau sebentar tadi hilang entah kemana. Aku hanya tersengih memandang tubuh gempal itu menghampiri aku yang masih duduk di atas jambatan yang merintangi kolam ikan koi yang aku tatap sedari tadi.

Mak Som turut melabuhkan punggung di sebelahku. Kakinya dijuntaikan juga. Hampir tergelak aku memerhatikannya cuba meniru apa yang aku buat. “Buat apa Saf duduk kat sini sorang-sorang ni? Sejak hantar Rania ke sekolah pagi tadi, Saf terus duduk sini. Ni sarapan pun tak lagi kan?” Mak Som mencapai makanan ikan dari tanganku dan dia turut mencampakkankannya ke dalam kolam.

Aku melepaskan keluhan tanpa kusedari.”Aik? Mengeluh pulak dia? Ni macam ada masalah besar je ni. Ni mesti rindukan Rayyan kan? Sabarlah. Dia dah pergi dua minggu kan? Jadi, esok dia balik lah tu”Mak Som mengelus bahuku lembut. Aku tersenyum memandangnya. Tudung yang kupakai kubetulkan sedikit.  Mak Som sudah kuanggap seperti ibuku sendiri. Dialah yang rajin melayan aku bersembang sejak aku berpindah duduk ke sini. Kepadanya lah aku ceritakan segalanya. Cuma ada satu perkara yang aku tidak ceritakan kepada sesiapa pun. Termasuk kepada keluarga ku sendiri.

“Diam je ni. Janganlah buat Mak Som risau. Saf tak sihat ke? Ke … dah ada … “Pandangan Mak Som yang tertumpu pada perutku dengan nada suara yang sedikit berubah itu membuatkan aku terjerit. Bulat mata aku memandangnya. ”Mak Som!! Mana ada la!!” Aku menyucuk-nyucuk pinggang Mak Som sehingga terlatah-latah orang tua itu dibuatnya. Aku ketawa gelihati.

“Dah lah tu. Dah nak tengahari ni. Jom kita masuk, masak. Kita bagi Bibik Jannah dengan Suryanti cuti hari ni” Aku sudah bangun sambil menarik-narik tangan gebu Mak Som mengajaknya masuk ke dalam rumah. Aku takut semankin lama, mankin pelik pula soalan yang akan diutarakan padaku nanti.

Tengahari itu aku dan Mak Som berkerjasama untuk masak juadah ala kampung. Sayur kangkung tumis belacan, masak lemak cili api ikan pari salai, kerabu pegaga, ulam-ulaman, sambal belacan dan juga ayam goreng kunyit dan sup cendawan khas untuk Rania tidak aku lupakan.

Bunyi ketukan yang bertalu-talu di pintu membuatkan tanganku yang sedang menyusun makanan yang sudah siap dimasak di atas meja makan terhenti. “Takpe Mak Som, biar saya yang pergi tengok” Aku menegah Mak Som yang baru hendak melangkah. Aku menuju ke pintu sambil membetulkan sedikit tudung yang kupakai.

“Assalammualaikum”

Mataku terpaku pada sesusuk tubuh sasa yang sedang berdiri di hadapanku sambil melebarkan senyuman yang paling menawan pernah aku nampak.”Waalaikummussalam” Lambat aku menjawab.

“Kenapa ni? Terpegun tengok saya ke?”Aku tersedar ketika hidung dicuit oleh Rayyan yang sudah meloloskan badan ke dalam rumah.Keningku sedikit terangkat. Pelik. Awal dia balik. Bukan esok ke sepatutnya dia balik? Lagi membuatkan aku pelik, selama ni kalau dia balik dari bertugas, aku memang tak pernah ditegurnya. Apatah lagi hendak bergurau senda seperti itu.

“Waaahh … Sedapnya bau masakan Mak Som. Masak apa tu?” Ketika langkah kuatur ke dapur dapat kulihat Rayyan menghampiri Mak Som yang sedang leka mengacau masak lemak cili api ikan pari salai yang baru menggelegak itu.

“Eh Rayyan. Bukan esok ke patutnya kamu balik?” Soalan dari Rayyan dijawab dengan soalan. Sedikit terkejut wajah Mak Som apabila terpandang Rayyan yang masih lengkap beruniform dengan topi dikepitkan dicelah ketiak sudah berdiri di belakangnya. “Flight tak delay. Cepatlah saya sampai Mak Som” Dia tersenyum lagi. “Okla Mak Som. Saya pergi mandi dan tukar pakaian dulu. Nanti saya turun, kita makan sama-sama ye” Rayyan terus berlalu namun tangannya sempat mencuit hidungku lagi sebelum dia berlalu naik ke bilik kami di tingkat atas. Mankin berkerut keningku dibuatnya.

“Rindu kat Saf la tu” Mak Som berkata sambil tangannya lincah menyedok ikan pari salai masak lemak cili api yang sudahpun masak ke dalam mangkuk kaca. Aku hanya tersenyum hambar.

Sejak bila lah pula dia pandai nak rindu kat aku. Depan orang lain memanglah dia melayan aku dengan mesra tetapi bila tinggal kami berdua, dia akan menjadi orang yang berbeza. Nama saja tidur sebilik. Dia tidur di atas sofabed dan aku pula tidur di atas katil. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku tidur bersama dengan Rania setiap malam. Tapi, memikirkan nanti kalau Mak Som tahu, apa pula yang akan dikhabarkan kepada Ibu dan Bapa Mertuaku.

Sebenarnya aku sendiri tak berapa nak kisah. Rasa lega pun ada kerana sekurang-kurangnya aku rasa dia tak memaksa aku untuk 'bersama' dengannya. Dia juga tidak pernah meninggikan suaranya pada aku. Jadi, aku memang dikahwini, untuk menjadi Ibu kepada Rania semata-mata. Bukan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Rayyan Iskandar. Mungkin dia masih teringatkan arwah isterinya. Tapi, walau apapun, aku masih menjalankan tugas aku sebagai seorang isteri kepadanya dengan sebaik mungkin. Makan pakainya aku sediakan dengan sesempurna yang boleh.

“Alamak Mak Som! Dah pukul 1 la! Saya kena ambil Rania ni. Nanti Mak Som temankan Rayyan makan ye” Setelah menyedari aku sudah terlambat menjemput Rania di Taska, kunci kereta di atas meja segera kucapai dan terus bergegas kearah kereta BMW 3 series yang sudah menjadi kenderaan rasmi aku sejak tinggal di banglo mewah ini. Kereta Myvi kesayanganku telah kutinggalkan untuk Umi gunakan sekiranya hendak kemana-mana ketika Babah tiada di rumah.

Sesampainya aku di Taska, Rania yang rambutnya masih terikat dua seperti yang aku siapkan pagi tadi telah sedia menunggu dengan muncung yang sudah panjang sedepa. Aku tersenyum sambil menghampirinya yang sedang duduk di luar pagar Taska sambil ditemani salah seorang gurunya yang aku panggil Cikgu Linda. “Terima kasih Cikgu sebab tolong temankan Rania” Cikgu Linda mengangguk sambil tersenyum dan berlalu masuk ke dalam Taska.

“Kenapa Mummy lambat?” Dia berpeluk tubuh dengan matanya mencerlung tepat kearah aku yang sudah berlutut mengadapnya.”Sorry la sayang. Daddy Rania dah balik. Mummy sediakan makanan untuk Daddy dulu tadi sebab Daddy dah lapar, nak makan” Aku memberi jawapan yang kukira dapat memujuk anak kecil itu.”Daddy dah balik? Yeeaaayyy!! Jom la kita balik cepat Mummy! Boleh kita makan sekali dengan Daddy” Semudah itu Rania berubah mood. Dia sudah menarik-narik tanganku ke kereta. Aku hanya tersenyum. Terhibur sedikit hatiku melihat keletah anak kecil itu.

Sebaik sahaja kereta diparkirkan sederet dengan 3 buah biji kereta mewah yang menghiasi garaj rumah mewah milik Puan Sri Maria itu, Rania terus meluru keluar dari kereta. Benar-benar tidak sabar untuk berjumpa dengan ayahnya. Rindu yang teramat lagaknya. Aku hanya tersenyum sambil terus menggeleng-gelengkan kepala. Pintu di bahagian tempat duduk penumpang yang dibiarkan terbuka kututupkan untuknya. Aku menapak perlahan mengikut jejak anak kecil itu.

Melangkah sahaja ke dalam rumah, Rania ku perhatikan sudah duduk di meja makan bersama Rayyan dan Mak Som. Senyuman lebar menghiasi seraut wajah mulus itu. "Mummy! Jom lah makan! Kami tunggu Mummy ni. Cepatlah Mummy .. Rania dah lapar ni" Rania merengek manja sebaik sahaja terlihat kelibat aku. Aku tersenyum sambil menghampiri mereka di meja makan dan mengambil tempat duduk di sebelah Rania seperti kebiasaannya. Rambutnya kuelus lembut. Mangkuk nasi kucapai dan mencedukkan ke dalam pinggan kami bertiga.

"Eh, Mak Som nak kemana tu. Makan la sekali. Macam tak biasa pula" Mak Som yang baru sahaja ingin berlalu aku tegah. Selama Rayyan tiada, memang Mak Som lazimnya akan duduk makan bersama aku dan Rania. Serba salah pula aku lihat gelagat Ibu tua itu. Sesekali matanya memandang kearah Rayyan yang sedang tekun melayan kerenah Rania. "Duduk je la Mak Som. Takkan dengan Rayyan pun nak segan kot" Kata-kataku membuatkan Rayyan mengangkat kepalanya memandang kearah Mak Som. "Duduk la Mak Som" Mendengar Rayyan bersuara, perlahan-lahan kerusi di hadapanku di tariknya.

Berselera saja aku nampak Rayyan makan tengahari itu. Entah berapa kali dia bertambah nasi. Rania juga sama. Walaupun hanya makan berlaukkan ayam goreng dan sup cendawan, sudah dua kali dia meminta nasinya ditambah. Aku seperti biasa, cukup nasi separuh pinggan, aku sudah menyerah kalah. Almaklumlah, ibarat kata Umi, kantung perutku ni memang kecil, senang laki aku nak bagi makan. Pinggan-pinggan kotor ku bawa ke sinki untuk dicuci. Walaupun Mak Som melarang, aku berdegil juga ingin membuat kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk kotor yang sememangnya menjadi rutin aku sewaktu tinggal bersama Umi dan Babah.

Selesai makan tengahari, Mak Som terus menemani Rania membuat kerja sekolah di dalam biliknya manakala Rayyan ku lihat sedang duduk di ruang tamu sambil membaca suratkhabar. Setelah puas hati dengan keadaan dapur yang telah aku kemas, aku terus menuju ketangga untuk menjenguk Rania di biliknya.

"Saf bersiap. Saya nak bawa Saf keluar" Suara Rayyan mematikan langkahku yang baru hendak menapak menaiki anak tangga yang pertama. Cepat-cepat aku menoleh kearahnya. Dia masih khusyuk membaca suratkhabar. Rasanya aku tak salah dengar. Tapi, kenapa wajahnya kupandang tak beriak? Aku tersalah dengar kot. Tangga kembali kudaki. "Saf dengar kan apa yang saya cakap tadi?" Kedengaran sekali lagi dia bersuara. Aku menoleh kembali. Kali ini suratkhabar sudah dilipat kemas dan pandangannya tertumpu kepada aku. Sahlah aku tak tersalah dengar.

"Err ... Nanti saya siapkan Rania sekali" Segera aku berpusing untuk meneruskan langkah ke bilik Rania."Tak payah bawa Rania. Saf siaplah. Saya tunggu kat kereta" Agak terkejut aku mendengar kata-katanya. Selama tiga bulan perkahwinan kami, dia tidak pernah mengajak aku keluar berdua begini. Dalam kehairanan aku terus menapak menuju ke bilik. Pantas aku menyarungkan sehelai dress labuh warna kuning mustard dan ku padankan dengan tudung bawal batu berwarna hijau jed. Beg tangan berwarna putih dan coklat jenama LV yang menjadi hadiah hantaran aku tempoh hari aku sandangkan ke bahu. Sedikit minyak wangi  Issey Miyake kusemburkan ke badan.

Sebelum menuruni tangga, bilik Rania kutuju. Dia sedang leka dengan kerja rumahnya ketika pintu bilik kukuak. "Sayang. Mummy nak keluar kejap dengan Daddy. Rania nak Mummy belikan apa-apa tak?" Dia yang sudah memandangku dengan senyuman, kuusap kepalanya."Tak apalah Mummy. Rania tak terfikir nak beli apa. Semua dah ada" Semankin bijak anak ini berkata-kata."Errmm ... Oklah kalau macam tu. Kita jumpa nanti ye. Mak Som, tolong tengok-tengokkan Rania sekejap ye" Aku cium kepalanya penuh kasih sebelum berlalu sambil melemparkan senyuman kepada Mak Som yang turut tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya di sebelah Rania.

"Kita nak kemana ni?" Soalan pertama aku ajukan ketika kereta sudah mula menyusuri Lebuhraya. Rayyan diam tak menjawab. Hanya senyuman yang dihadiahkan padaku. Di sebalik cermin mata hitamnya, sukar aku tafsirkan riak wajahnya. Keningku sudah berkerut-kerut tidak puas hati.

"Cuba awak bagitau kita nak pergi mana ni? Tak naklah nanti kita balik lewat sangat. Kesian dekat Rania tu" Aku berkata geram. "Sejak bila jadi kurang sabar ni?" Kata-kata yang keluar dari mulutnya membuatkan dahiku mankin berkerut. Aku merenungnya tajam. Pandangan mata sengaja kukecilkan. Meledak ketawa dari mulut Rayyan ketika dia memandang wajahku. Entah apalah yang kelakar sangat tu! Semankin geram aku dibuatnya.

-----------------------------------------------------

Akhirnya ... Dapat jugak siapkan BAB 24 ni. Kepada yang sabar menunggu, terima kasih diucapkan. Segala cacat cela harap dapat dimaafkan kerana saya budak baru belajar ... Apapun, harap enjoy reading Bab terbaru ni !! 

Lots of Love,
-AdiaLuze-

0 comments:

Post a Comment

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template