Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, February 17, 2015

CERPEN : DIA ... MENGAJARKU TENTANG CINTA

“KAMU jangan nak bergurau dengan Umi. Kenapa tiba-tiba nak ke Bali sorang-sorang macam ni? Dah buang tebiat?” Bebelan Umi masih lagi berkumandang meskipun sudah sejam hasrat hatiku yang agak merapu itu aku suarakan padanya.

“Kalau ya pun kamu tu kecewa takkan la sampai buat benda yang bukan-bukan macam ni. Umi tau kamu tengah bersedih sekarang ni. Tapi cubalah jangan ikutkan sangat kata hati tu” Umi melabuhkan punggungnya di atas birai katil, hampir denganku yang sedang sibuk menatap skrin laptop yang sedang memuatnaik  hasil carian Encik Google berkenaan Taajuk  Backpacker ke Bali’ yang baru kutaip.

“Mi … Mana ada Kim buat benda bukan-bukan. Sebelum ni pun macamlah Kim tak pernah pergi backpacker macam ni kan. So, don’t worry kay. I’ll be okay la” aku memandang sekilas wajah Umi sambil tayang senyuman manja. Selalunya Umi pasti tewas dengan senyumanku itu.

“Kamu ni … haihhh” kan dah betul aku cakap. Umi mesti cair punya lah. Dia terus duduk kat atas katil bujang aku sambil tarik badan aku yang semankin mengecil  ini ke dalam pelukkannya. Aku turut membalasnya, erat.

Semenjak Ayah meninggal dunia 10 tahun yang lepas, Umi lah segala-galanya untuk aku. Dialah Ibu, dialah Bapa dan dialah juga sahabat padaku.

“Umi bukan apa … Kamu tu kan baru je putus tunang. Emosi tengah tak stabil. Aunty Lara bagitau Umi, Adeeb dengan isterinya pun dalam perancangan nak bercuti ke Bali. Ni kalau kamu terserempak dengan si Adeeb macamana?” Soalan Umi yang seakan-akan sebilah pedang menyucuk tepat ke jantungku itu kubiarkan berlalu tak disahut. Mengingati Adeeb dan pertunangan kami yang selama 3 tahun itu terputus dipertengahan jalan angkara orang ketiga sememangnya memeritkan. Adeeb yang aku kenali sejak 10 tahun yang lalu sudah menjadi manusia yang berbeza. Manusia kejam yang sanggup bersikap kejam terhadap aku, insan kerdil bernama Kamelia Azra.

Lebih memeritkan lagi adalah kenapa mesti dia berbulan madu ke Bali?? Itulah destinasi bulanmadu pilihanku bersamanya satu ketika dulu. Adeeb memang sengaja mahu terus menyakitiku. Entah apalah salahku padanya.

Walau segala-galanya sudah hampir setahun berlalu dan Adeeb sudah pun mendirikan rumahtangga bersama insan pilihannya, namun hati aku masih tercarik luka yang sangat dalam.

Airmata yang baru hendak menitis lekas-lekas aku seka. Tak mahu Umi melihat satu-satunya anaknya ini menangis lagi. Cukuplah Umi menjadi saksi sedu-sedanku selama 3 hari 3 malam selepas ditinggalkan tunang hanya selang beberapa minggu sebelum tarikh aku bergelar isteri.

“Mana ada baru Mi … Dah nak dekat setahun pun kan Kim putus dengan dia. Si Adeeb tu pun dah selamat nikah dengan kekasih hatinya tu” aku melepaskan rangkulan Umi sambil tergelak kecil. Cuba sebaik mungkin menayang wajah tenang dan ceria walau gelora di hati dah macam Tsunami menggila.

“Kamu jangan nak tipu Umi. Umi yang kandungkan kamu 9 bulan 10 hari Kim.  Umi tahu hati kamu masih lagi berdarah … Kalau tak, takkan anak Umi yang dulunya montel boleh jadi kurus kering macam sekarang ni? Hurrm?” Kedua belah pipiku sudah diapit oleh tangan Umi. Mata bundarku ditenung dalam membuatkan rasa sebak tiba-tiba menyerbu datang. Akhirnya aku tewas sekali lagi dengan emosi sendiri. Umi menarik aku kembali ke dalam pelukannya dan di dadanya aku hamburkan tangisan kecewa buat kesekian kalinya.

****

“KAU ni memang perempuan tak tahu malu kan??! Adeeb dah jadi laki orang pun kau masih terkejar-kejarkan dia lagi buat apa hah??! Jangan kau fikir bila badan kau dah solid molid macam ni, si Adeeb ni nak balik kat kau ye … Over my dead body!!”

Pijar pipi yang baru dilayangkan tamparan maut oleh perempuan yang sudah menjerit-jerit bagai orang gila di hadapan aku tika ini bagaikan tak terasa apabila tersedar yang drama sebabak yang tiba-tiba melibatkan aku ini sudah menjadi tontonan umum. Tuhan saja yang tahu betapa malunya aku ketika ini.

“Anje … Apa you ni terjerit-jerit macam ni. Malu la orang tengok” Adeeb yang dah macam kera kepanasan cuba mententeramkan isterinya yang masih menyinga memandang aku mengalahkan singa lapar.

Tanpa menunggu lebih lama, aku terus angkat kaki hendak berlalu dari situ namun agak tersentap apabila lenganku sudah diraih kasar oleh isteri Adeeb yang ternyata masih belum puas hati terhadap aku.

“Hei pompuan! Kau jangan nak blah macam tu je ye! Aku belum habis buat perhitungan dengan kau ni!” Sakit terasa lenganku dicengkam oleh jemari berkuku panjang berwarna merah menyala itu. Kepalaku sudah ditunjal-tunjal ganas.

Entah kenapa, aku jadi terlalu lemah untuk melawan saat ini. Mungkin kerana kejadian ini langsung tidak aku duga akan terjadi memandangkan niat asal aku ke sini hanya untuk menikmati hidangan Spaghetti Carbonara kegemaran aku di restoran Secret Recipe ini namun lain pula halnya yang berlaku.

Ini semua angkara Adeeb!! Yang dia gatal mulut nak menegur aku tadi kenapa? Kalau ye pun ternampak aku sedang makan berseorangan, tak perlulah terlalu ‘baik hati’ nak menemankan aku sedangkan ‘Mem’ besar ada sama. Tunggu je la Mem besar dia ni kat depan tandas! Sekarang ni bukan dia yang kena. Aku! Aku yang diaibkan depan orang ramai sekarang ni! Bukan dia!! Arrrggghhhhh !!!!

Excuse meSorry sayang … Abang lambat sikit. Tadi last minute ada dokumen yang perlukan tandatangan Abang. Err … Is everything alright here? Errmm … Miss, why are you holding my fiancées’ hand like that?” Entah dari mana munculnya, seorang lelaki berbadan agak sasa sudah berdiri di sebelahku sambil memeluk bahuku erat.

Pandangan Taajam yang diberikan kepada isteri Adeeb yang tidak kutahu namanya itu menyebabkan pegangannya pada lenganku akhirnya dirungkaikan. Aku hanya mendongak memerhati wajah tampan yang sememangnya asing pada pandangan mataku itu tanpa berkelip.

You ni siapa?” Berkerut wajah singa di hapadan aku ini tanda tak puas hati kerana sessi pembuliannya pada aku diganggu.

Sorry. Lupa nak perkenalkan diri. Saya Taaj Iskandar. Tunang kepada Kamelia Azra. And you guys are …. ?” Tangan dihulurkan kepada Adeeb yang nampak agak tercengang-cengang. Jangan katakana Adeeb, malah aku yang masih dalam dakapan lelaki ini pun terus diburu kehairanan. Siapa dia ni? Macamana dia boleh tahu nama aku?? Niat untuk meleraikan rangkulannya dibahunya terbantut apabila terpandang wajah singa kelaparan di hadapanku ketika itu.

“Encik? Ehem!!” Kedengaran lelaki yang masih utuh memeluk bahuku ini berdehem kuat apabila Adeeb memerhatikan aku tanpa berkelip sambil tayang muka keliru.


“Err … Saya Adeeb tun .. Err … kawan lama Kim. Ni isteri saya, Zuera” tergagap-gagap Adeeb menyahut apabila mendengar deheman kasar ‘tunangku’ itu.

“Ada apa-apa masalah ke tadi Encik Adeeb? Look like macam your wife tak puas hati dengan Kim” sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya sambil pandangannya tidak putus-putus memandang Adeeb dan Zuera di hadapan kami silih berganti. Aku sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dah macam orang bisu pun ada. Otak cuba mencerna apa yang sebenarnya sedang berlaku ini. Lengan ku cubit beberapa kali. Sakit! Maknanya, ini semua bukanlah mimpi!

“Ehh … Err .. Tak ada apa-apa. We just say ‘Hi’ dan memang dah nak gerak balik ni pun” cepat Adeeb menjawab. Wajah Zuera kulihat sudah berubah riak. Mulutnya sudah mula mengukir senyuman menggoda. Matanya memandang ‘tunanganku’ tanpa berkedip.

Eiiii!! Dasar perempuan miang! Dah ada laki pun masih nak telek muka lelaki lain macam nak telan. Gumam aku dalam hati. Entah kenapalah Adeeb boleh memutuskan pertunangan kami semata-mata kerana wanita terlebih gedik ini?!! Hatiku mula menyumpah seranah wanita bernama Zuera itu berkali-kali.

Are you okey Kim?”
Pertanyaan berbaur prihatin yang menyapa gegendang telingaku terus melenyapkan segala sumpah seranahku pada makhluk bernama Zuera itu tadi.

Tersedar yang pelukannya dibahuku sudah dileraikan, aku menjarakkan sedikit kedudukan kami berdua.

“Err ... You ni siapa? And how do you know my full name?” Berkerut-kerut dahiku memandang seraut wajah tenang di hadapanku ketika ini. Dia hanya tersenyum. Kacak! Ya, itulah yang terlintas di dalam fikiranku tiap kali memandang wajahnya. Memang kacak first class! Tapi, siapa dia? Macamana dia tahu nama aku? Nama penuh pula tu. Haish! Tak boleh jadi ni. Aku mesti kena tahu sekarang jugak!

“Yang awak senyum, senyum ni kenapa? Kelakar ke pertanyaan saya tu?” Aku sudah berpeluk tubuh dengan pandangan Taajam kutalakan padanya.

Well .. Like I said before, my name is Taaj Iskandar. You don’t know me Kim, but I surely know you. Saya sebenarnya ada urusan lain ni. I’ll see you again when I see you ok my little fiancée” tanpa menjawab soalan aku, lelaki itu mengenyitkan matanya padaku sambil terus berlalu pergi meninggalkan aku tercengang-cengang seorang diri.

***

YOU did what Umi???” Hampir gugur jantungku dibuat dek Umi. Seluruh alam aku rasakan seakan-akan berpusing. Sebelum aku pitam lebih baik aku duduk dulu, cuba tenangkan diri. Kepala yang tiba-tiba rasa berdenyut aku urut perlahan. Aku sandarkan kepala kesofa dan mata kupejamkan cuba mencari kekuatan menghadapi kebenaran yang baru disampaikan Umi.

“Umi bukan tak mahu bagitau Kim. Tapi, Umi rasa itu cara terbaik untuk anak Umi ni lupakan si Adeeb tu” terasa bahuku diusap-usap lembut.

“Umi … Ada banyak lagi cari lain kan …” lemah saja aku bersuara. Mata masih terpejam. Ada bermacam rasa di dalam dadaku saat ini. Kecewa, marah, tertetakan, semuanya bercampur baur.

“Umi tahu Taaj pasti boleh bahagiakan Kim. Taaj takkan sia-siakan Kim macam Adeeb. Sebenarnya, dari dulu lagi Umi memang nak jodohkan Kim dengan Taaj tapi masa tu Kim dah cintakan si Adeeb tu sangat-sangat. Jadi Umi tak mahu memaksa” penerangan Umi membuatkan aku membetulkan dudukku sambil pandangan tunak terarah ke wajah lembut Umi.

Ahhh …. Menatap wajah tenang itu, terus hilang semua kemarahanku. Aku takkan sesekali tega untuk menyakiti wanita ini. Wanita yang ku kasih melebihi nyawaku sendiri.

“Jadi, inilah dia anak Aunty Tiara yang Umi pernah kenenkan kat Kim dulu?” Teringatkan pada kesungguhan Umi satu ketika dulu untuk mengenalkan aku dengan anak kawan baiknya. Namun, ketika itu aku sudah punya Adeeb. Lalu ku terus butakan hati dan pekakkan telinga terhadap kata-kata Umi ketika itu. Malah, undangan Umi supaya aku berkenalan dengan Taaj juga aku tolak mentah-mentah.

Tapi kini, setelah apa yang Adeeb lakukan pada aku, Umi telah merealisasikan impiannya. Menerima lamaran dari Aunty Tiara tanpa bertanyakan persetujuan aku terlebih dahulu!

Bijak sungguh Umi mengatur rancangan sepanjang 2 minggu percutianku ke Bali tempohari. Patutlah walau pada mulanya menentang perancangan aku itu, selang beberapa hari, Umi pula yang terlebih excited ketika menyuruhku meneruskan rancangan berbackpacker ke Bali. Ini rupanya muslihat Umi. Ceh!!

Inipun mujur aku tergerak untuk menceritakan perihal aku diserang isteri Adeeb tempohari dan tentang si Taaj Iskandar yang tiba-tiba muncul sebagai penyelamat.Kalau tidak, entah-entah sampai tiba masanya aku diakadnikahkan pun aku masih tak tahu yang aku sebenarnya sudah menjadi tunangan orang untuk kali kedua dan kali ini dengan calon pilihan Umi!

“Mi … Kim belum sedia lagi la … Umi ni kenapa tiba-tiba buat keputusan terburu-buru?” Aku masih ingin membantah.

“Mana ada terburu-buru. Dah 10 tahun Umi mengidam nak tengok Kim dengan Taaj bersatu. Lagipun, sekarang umur Kim pun dah masuk 30an. Nak tunggu apa lagi?” Amboi Umi ni. Takkan sampai mengidam kot. Haila. Apa agaknya yang si Taaj ni dah rasuah Umi aku ni. Sampai teridam-idam orang tua ni nak jadikan dia menantu.

“Umi dengan Aunty Tiara ni main jodoh-jodohkan kami ni dah check ke belum dengan si Taaj tu. Entah-entah, girlfriend dah keliling pinggang” teringatkan akan kekacakkan lelaki bernama Taaj Iskandar itu, terus saja ku ajukan hal itu kepada Umi . Yelah. Takkan la wajah kacak macam tu takde teman wanita.

Umi tersenyum. Hai … Lain macam je senyumannya tu. Macam ada gaya nak mengusik pun ada juga.

“Kenapa? Kalau ada pun, Kim cemburu ke?” Haaaa … Kan aku dah cakap. Mesti nak mengenakan aku la tu. Aku cemburu? Aku? Memang taklah. Dulu sepanjang dengan Adeeb pun mana la aku tau cemburu. Sebab tu la si Zuera tu senang-senang je boleh pasang jeratnya menggoda Adeeb. Pergi balik kerja berjemput pun aku masih tak reti nak cemburu. Hurmmm …

“Kim cemburu? Memang taklah kan. Umi macamlah tak kenal anak Umi ni. Cemburu tu tak ada dalam kamus hidup Kim ok” semyuman Umi meleret panajng mendengar jawapanku.

“Umi tau anak Umi ni memang tak pernah kenal pun makna cemburu tu. Tapi, Umi harap Kim dapat belajar dari pengalaman. Cemburu ni ada masanya perlu juga. Bukannya bertujuan untuk mengongkong pasangan kita. Tapi, untuk menunjukkan kepada pasangan kita yang kita ni ambil berat. Kan orang selalu cakap yang cemburu tu tandanya sayang” bahuku dielusnya lagi. Lembut kata-kata Umi menyapa cuping telingaku.

“Umi …. Masa dengan Adeeb tu pun Kim tak pernah ada rasa cemburu, ini kan pula dengan Taaj yang Kim langsung tak kenal Umi nak Kim cemburu? Kelakar la Umi ni” aku tergelak kecil. Entah apa yang lucunya pun aku tak tahu. Mungkin lebih kepada mengejek diri sendiri rasanya.

Dalam diam, aku mengiyakan juga kata-kata Umi. Mungkin sepanjang aku dengan Adeeb, aku kurang menunjukkan sayang aku padanya. Yelah. Aku ni jenis pencinta yang praktikal. Bukan emosional. Agak pelik untuk seorang perempuan tapi itulah aku. Anak perempuan yang lebih mengikut perangai Babah. Bagi aku, cukuplah dia tahu yang antara ramai-ramai lelaki, dia yang aku pilih untuk menjadi teman hidupnya dunia dan akhirat. Nak lebih-lebih tunjuk perasaan cinta biarlah selepas berkahwin.

Tapi aku silap … Adeeb rupanya inginkan layanan yang lebih. Atas sebab itulah dia memilih Zuera yang baru dikenalinya hanya beberapa bulan dan sanggup meninggalkan aku yang setia mencintainya bertahun-tahun lamanya. Arrggghh!!! Kenapalah insan bernama Mohd Adeeb Ikmal ini juga yang aku ingat!!

 “Kim ikut je la Umi. Apa yang Umi rasa terbaik untuk Umi, terbaiklah juga untuk Kim. Kim nak naik atas dulu. Nak solat Asar” akhirnya aku mengalah. Malas sudah hendak menolak. Apa saja takdir aku selepas ini aku redhakan saja la. Aku melangkah ke bilikku di tingkat atas meninggalkan Umi yang semestinya sudah tersenyum lebar mendengar persetujuan ku itu.

***

Bihun goreng yang masih berbaki di dalam pinggan aku kuis-kuis manakala sebelah lagi tangan kugunakan untuk menongkat dagu sambil memerhatikan lelaki di hadapanku ini bersembang dengan seorang wanita berambut perang yang entah dari mana datangnya.

“Okla Taaj. I’ll see you tomorrow in the office la just like usual” aku hanya memandang tanpa perasaan tatkala wanita itu mengelus lembut bahu sasa Taaj sebelum berlalu pergi dengan lengguk ala modelnya.

Sorry. Tu PA client Abang”

Uihh … Letih aku mendengarnya. Masuk kali ni rasanya dah dekat 10 kali dia luahkan alasan yang sama tiap kali ada perempuan yang menghampirinya sepanjang kami makan sejak sejam yang lalu. Ada lelaki, ada juga perempuan tapi kebanyakkannya perempuan lah.

“Memang macam ni selalunya kalau awak pergi mana-mana?” Aku saja bertanya. Bukan kisah sangat pun tapi yela … Mana tahu jodoh aku memang kuat dengan si dia ni, haruslah aku buat persediaan mental kalau nanti masa kami honeymoon ada mana-mana perempuan yang approach bakal laki aku ni secara tiba-tiba.Errk … Honeymoon? Apakah? Oh no Kamelia Azra! Kau ni dah jauh sangat fikir ni!

“Kim, are you okay?” Aku tersentak sendiri apabila terdengar ketikan jari di hadapan mataku. Mulalah aku buat muka nak cover malu. Aduyaiii … Kenapalah aku suka sangat mengelamun bila dengan si Taaj ni.

“Kot ye pun berangankan Abang, tunggulah nanti bila Abang tak ada depan mata. Ni sementara ada depan mata, takyah la nak berangan dulu” tersungging senyuman senget di bibir nipis Taaj membuatkan muka aku terasa membahang sendiri.

“Eh .. Mana ada saya berangankan awak. Perasan!” Bihun yang masih bersisa aku masukkan ke dalam mulut tanpa memandang kearahnya lagi.  Kedengaran Taaj tergelak perlahan melihat reaksiku. Kurang asam! Tu mesti seronok tengok muka aku dah merah macam udang kena bakar.

“Kim tak nak tau ke Abang kerja apa dan kenapa dari tadi ada je perempuan yang datang tegur?” Air jus tembikai laici disedut perlahan sambil matanya aku rasa masih merenung kearahku. Bahuku jongketkan sambil mencebik bibir tanda aku tak nak ambil tahu. Wajahnya ku pandang sekilas lalu.

“Ok. Kalau Kim tak nak tahu tak apalah. Jangan nanti bila dah kahwin, Kim cakap Abang tak nak bagitau” aku masih tak menunjukkan sebarang reaksi terhadap kata-kata Taaj.

“Kenapa dari tadi awak bahasakan diri awak Abang ye?” Aku bertanya sebaik saja bihun goreng sudah habis licin aku kerjakan. Sirap limau aku hirup perlahan. Kini giliran wajahnya pula menjadi sasaran mataku.

Dia tersenyum senget lagi. Haila … memang kacak betullah makhluk Tuhan depan aku ni. Jantung aku yang selalunya berdenyut dengan kadar normal pun boleh berdegup laju bila tengok senyumannya itu. Ditambah pula dengan pandangan dari mata helangnya itu. Aduh, dah kenapa dengan aku ni? Takkan semudah itu aku boleh jatuh cinta lagi?

“Ehem .. Tak payah la nak main lawan-lawan tenung mata. Tolong jawab je la soalan saya tu” aku melarikan pandangan kearah lain apabila tersedar sudah beberapa saat kami saling merenung antara satu sama lain. Bukan apa, takut jantung aku ni melompat keluar je kalau aku terus tenung mata cantik si Taaj ni.

“Umur Abang dah masuk 36 tahun dan rasanya umur Kim baru masuk 30 kan? So memang patutlah kalau Kim panggil Abang ni ‘Abang’. Lagipun, tak lama lagi kan kita nak kahwin. Jadi, tak salah rasanya kalau practice dari sekarang. Kan?” Keningnya terjongket menanti aku untuk mengiyakan kata-katanya.

“Macamana awak boleh setuju terima cadangan Mak awak untuk jodohkan awak dengan saya ye? Awak tak ada girlfriend ke?” Tanpa memberi reaksi terhadap kata-katanya tadi, aku mengajukan pula soalan yang lain.

Taaj ketawa lagi. Dia menyandarkan tubuhnya kekerusi sambil kedua belah tangannya menyeka rambutnya ke belakang. Dengan kemeja putih yang lengannya dilipat hingga ke siku dan beberapa butang teratas kemejanya terbuka membuatkan dia kelihatan seolah-olah model iklan Hugo Boss di kaca TV.

Girlfriend ramai …”

Haaa … Kan aku dah cakap dengan Umi. Lelaki handsome macam dia ni memang tak normal lah kalau tak ada girlfriend.

“Tapi, yang istimewa rasanya cuma Kim sorang” Aduh! Tergolek dah jantung aku bila dengar ayatnya yang terakhir tu.

“Eleh … Yela tu” aku mencebik cuba menyembunyikan rasa hati yang sudah mula berbunga-bunga. Ceh! Entah bila lah pandai jadi minah bunga ni Cik Kamelia oiii!!

Kedengaran Taaj tergelak besar dengan reaksiku itu. Muka aku mula rasa membahang lagi. Bencilah aku macam ni!! Pipi ni pun satu, tak sudah-sudah nak blushing lagi tadi. Memang tak reti nak cover perasaan Tuan punya badan langsung la! Isk!

***

IKUTKAN hati, memang malas aku nak beriya ke pejabat Taaj. Tapi, memandangkan Umi tak habis-habis berpesan dari aku mula celik mata pagi subuh tadi, maka terpaksalah juga aku memandu ke pejabat Encik Tunang aku yang ada kat kawasan Shah Alam bersebelah dengan Hotel Bluewave itu.

Sudahlah malam tadi aku tak dapat tidur lena dek kerana si Adeeb asyik menelefonku. Malas hendak melayan, akhirnya telefon aku offkan saja.

Semenjak peristiwa pergaduhan antara aku dengan isterinya dua minggu yang lalu, semankin kerap pula aku rasa dia menghubungiku. Mula-mula rajin la juga aku hendak melayan. Tapi, bila bicaranya mula berubah kepada merayu dan menggoda, terus aku biarkan saja segala panggilan dan mesej yang masuk tidak berjawab.

Sampai saja di hadapan lif yang terdapat di Lobi bangunan pejabat Taaj, punat 8 aku tekan. Berpandukan alamat pejabat yang Umi berikan aku gigih mencari sendiri walhal aku boleh saja menelefon Taaj untuk berjumpa di tempat yang aku sudah biasa.

Ala .. Tak ada salah pun kalau aku nak tahu kat mana bakal suami aku ni bekerja. Yela, memandangkan lagi sebulan kami akan berkahwin, rasanya elok juga aku belajar untuk mengambil tahu serba sedikit mengenai lelaki bernama Taaj Iskandar ini.

Nak skodeng kat Facebook memang tak dapat apalah kalau dalam Facebook pun infomasi tentang dirinya serba tak lengkap. Cuma ada gambar profil dia yang berkemeja pink dan berseluar slack dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam seluar, nama dan juga nama Syarikat tempat dia bekerja. Gambar pun ada la 2-3 keping je. Itupun gambar kereta. Huh! Nak skodeng apa macam tu? Tapi, paling tak tahan bab senarai rakannya la. Dekat 5 ribu! Perrggghhh!! Aku, 500 pun tak sampai. Dahla tu, kebanyakkannya, perempuan pula tu. Hurmmm …

Tapi, sekurang-kurangnya aku tahu la yang dia bekerja di Syarikat yang menawarkan khidmat nasihat untuk Syarikat-syarikat lain dalam bidang pemasaran dan pengiklanan. Sebab itulah kot masa kami makan bersama hari tu ramai sangat PA-PA clientnya yang bertegur sapa dengannya. Tapi, selain atas urusan kerja, aku yakin sangat yang dia didekati sebegitu sebab kekacakkannya.

Dalam pada berangan, sampai juga aku kat tingkat yang dituju.

“Selamat datang ke TI Consultant. Boleh saya bantu Cik?” Penyambut Tetamu bertudung satin berwarna maroon melemparkan senyuman kearah aku yang sedang melangkah teragak-agak menghampirinya. Aku turut tersenyum.

“Saya nak tumpang tanya Cik, errmmm … Ada tak pekerja bernama Taaj Iskandar kat sini?” Aku bertanya perlahan.. Tiba-tiba pula rasa gugup. Haisshh! Macam la aku nak pergi interview.

“Oh … Encik Taaj. Dia Bos kat sini. Boleh saya tahu apa urusan Cik dengan dia?” Bulat mataku memerhatikan gadis kecil molek di hadapanku itu. Apa dia kata tadi? Bos? Erk … Maksud dia ni Bos a.k.a Tuan Punya company ni ke atau sekadar Pengurus Besar?? Berlegar-legar soalan itu dikepalaku. Tiba-tiba aku ternampak nama Syarikat yang tertera di dinding belakang tempat Penyambut Tetamu itu. TI Consuntant. TI? Taaj Iskandar? Errkk!

“Err …. “

“Eh Kim. Apa Kim buat kat sini? Kenapa tak bagitau Abang Kim nak datang?” Baru saja aku hendak membuka mulat menjawab soalan gadis Penyambut Tetamu itu, kedengaran suara dari insan yang ingin aku jumpa berkumandang dari arah belakang. Pantas aku menoleh.

“Eh awak … Err … Saya datang ni just nak bagi ni kat awak. Umi yang suruh” sebuah beg yang tak aku tahu apa isinya kuhulurkan pada Taaj.

“Owh … Alang-alang Kim dah ada kat sini come, follow me. I’ve got something to show you also” beg kertas bertukar tangan dan Taaj terus menggamit aku mengikutinya.

“Liya, kalau sesiapa cari saya bagitahu saya tak ada ye. Take a message. Kalau betul-betul urgent, you just pass the line to Amri” sempat Taaj berpesan pada Penyambut Tetamu yang dipanggil Liya itu sebelum melepasi sebuah pintu yang memisahkan ruang itu dengan ruang dalaman pejabat.

‘Baiklah Encik Taaj” Senyuman dilemparkan pada aku dan Taaj. Kami membalas sebelum berlalu pergi.

Have a seat

Tercengang aku apabila melangkah masuk ke dalam bilik yang agak luas dengan rekabentuk yang sangat santai. Ala-ala ruang pameran IKEA pun ada jugak aku tengok. Sekali pandang dah macam workspace kat syarikat Google. Tampak ringkas, kemas dan selesa. Aku suka.

“Kenapa buat muka macam tu?” Taaj yang sudah duduk sambil bersandar dikerusi empuknya tersenyum memandang aku yang baru hendak melabuhkan duduk di hadapannya.

“Ha? Tak ada apa. Suka tengok deco bilik awak ni” Aku melarikkan senyuman sambil memerhati kesekeliling biliknya.

“Tadi awak kata ada benda nak tunjuk kat saya. Apa dianya?” Sedar akan suasana sunyi antara kami dan panahan mata Taaj yang tak lekang dari memerhatikan aku, aku bertanya laju-laju.

Seperti biasa, Taaj menjawab pertanyaanku dengan senyumannya. Kedua belah tangan dikepalkan dan diletak di atas meja.

“Dah cuba fitting baju ke?” Soalan yang dijawab dengan soalan. Sungguh aku tak suka.Tapi aku jawab juga dengan gelengan. Dia tersenyum lagi.

“Kim tak kerja ke hari ni?” Lagi satu soalan diajukan padaku dan aku jawab dengan gelengan juga.

“Dah breakfast ke?” Aku geleng lagi.

“Hari ni hari gelengan sedunia ke?” Aku cepat-cepat geleng kepala lagi. Tapi … Macam pelik je soalan yang terakhir tu. Hai … Encik Taaj Iskandar ni nak kenakan aku ke? Gelengan kepala terhenti.Kepala kupanggung kearah Taaj yang sudah tersengih lebar. Mulutku sudah mula memuncung sedepa.

Semankin geram aku dibuatnya apabila sengihan telah bertukar menjadi gelak besar pada lelaki di hadapanku itu. Aku menarik muka masam sambil berpeluk tubuh memandang Taajam kearahnya.

“Dahlah jom kita makan dulu. Dah pukul 10 ni. Tak elok biar perut kosong” setelah tawanya reda, Taaj bangkit dari kerusinya lalu melangkah kearahku dan lenganku ditarik untuk mengikutnya keluar.

“Laaa … Tadi kata ada benda nak tunjuk kat saya. Mana dia bendanya?” Lengan yang dipaut aku leraikan perlahan. Langkah terus kupaku di hadapan pintu yang baru hendak dibuka Taaj. Hangin pula aku dengan mamat ni. Suruh aku masuk biliknya semata-matanya nak soal aku dengan soalan yang entah apa-apa, lepastu gelakkan aku? Hailaaa… Ada yang makan kasut sniker cap B.U.M jugaklah hari ni nanti.

“Tak ada apapun. Saja nak Kim tengok office Abang. Lepastu, Abang saja nak telek muka tunang Abang ni. Dekat seminggu tak jumpa, rindu pula rasanya” lembut saja Taaj menjawab sambil tersenyum lawa. Terpegun dua saat aku dibuatnya. Jarak kami yang hanya terpisah sejauh beberapa jengkal ini membuatkan aku tiba-tiba rasa sesak nafas. Rasa habis sudah oksigen di dalam bilik itu aku sedut tapi masih terasa kurang.

“Abang rasa, better kita keluar cepat sikit. Lama-lama dengan Kim berdua macam ni takut nanti  Abang hilang kawalan …” terasa meremang bulu romaku tatkala Taaj membisikkan kata-kata itu dekat dicuping telingaku sebelum dia melangkah keluar.  

Arrrggghhhh!!! Kenapa aku boleh rasa nak cair kat sini jugak nih?? Ubat guna-guna cap apa yang si Taaj ni dah calit kat aku?!! Kenapa mudah sangat aku terpaut pada dia? Get a grip of yourself Kamelia Azra! Don’t fall in love that easily! NO! Not just yet!!

***

“KAMELIA, you tolong I siapkan proposal ni hari ni jugak sebab esok first thing in the morning, I ada meeting dengan Tan Sri Johan. Any additional information, I dah suruh Wawa emailkan kat you or you can just ask her directly” nampak saja muka aku awal pagi itu, belum sempat aku nak duduk, Encik Hamdan dah bagi tugasan mandatori untuk aku siapkan hari itu. Sebuah fail berkulit keras di serahkan kepadaku.

Aye, Aye Captain” aku menyambut fail sambil sebelah tangan memberi tabik hormat kepada Bos atasan aku itu. Memang begitulah selalunya aku dan Encik Hamdan. Memandangkan perbezaan umur yang tidak begitu jauh antara kami, hubungan aku dengannya sudah seperti hubungan Adik dan Abang.

“Jangan nak ber ‘Aye-Aye’ sangat ye. Kalau tak siap ni, you tak boleh balik hari ni tau” Encik Hamdan acah-acah mengugutku sebelum berlalu pergi.

“Nasib baik kau datang hari ni Kim. Kalau tak, aku lah yang kena siapkan proposal tu” baru hendak membelek fail yang berada di tanganku, suara Awin, teman sepejabat merangkap teman yang paling karib denganku setakat ini menegur sambil menempel di bucu meja kerjaku.

“Yela … Aku ni je la yang jadi mangsa kalau ada kerja yang kena stay sampai lewat malam kan … ?” Lembaran fail ditangan aku selak satu persatu. Aku sudah mula buat muka malas-nak-layan.

“Alaa … Kau macam tak kenal Encik Hamdan tu. Semua kerja yang dia bagi kalau bukan kau yang buat, ada jela yang tak kena. Sampai saiz font pun boleh jadi isu tau!” Awin sudah duduk bersilang kaki di atas mejaku. Nasib baiklah kawan aku sorang ni badan kecik cinonet. Kalau tak, mahu runtuh agaknya meja kerjaku ini.

Aku hanya mencemik sambil menaikkan kening tinggi.

“Kau ni … Sejak dua menjak nak kahwin ni, asyik nak sentap je dengan aku kan. Sementara kau belum kahwin ni, aku bagi la can kau staybacak kat office. Nanti, bila kau dah kahwin, aku tolonglah kau” Awin dah mula keluar ayat pancing untuk membodekku.

“Yela tu … Ada beza ke kalau aku belum kahwin ke belum? Aku tengok si Wawa tu walaupun dah kahwin, kena jugak stayback sampai 2-3 pagi” aku membalas kata-kata Awin dengan mata masih tertacap pada lembaran kertas ditangan. Cuba memahami prospektif yang dimahukan oleh client.

“Si Wawa tu PA Bos. Memanglah kena macamtu. Dah dalam job requirement dia kan. Tapi kita-kita ni kan cuma Admin cabuk je” Awin mendekatkan tubuhnya denganku seraya berbisik. Bimbang jika suaranya didengar oleh Encik Hamdan ataupun Wawa. Aku hanya tersenyum melihat kerenah kawanku yang seorang ini.

“Oh ye … Semalam jantan tak guna tu datang sini cari kau”

Sebaris ayat yang baru keluar dari mulut mungil Awin membuatkan bacaaanku didada kertas terhenti serta- merta. Selama ini walau kerap menggangu ku ditelefon, Adeeb takkan sampai datang ke pejabat mencariku. Nampaknya keadaan sudah bertambah kritikal sekarang.

“Siapa? Adeeb? Hurmm … Ada apa lagi dia cari aku?” Acuh tak acuh saja aku bertanya. Fail ditangan kututup dan letakkan di atas meja. Wajah Awin kupandang tanpa riak.

Awin dah tayang muka bengang. Bukan dia tak tahu kisah cinta tak kesampaian aku dengan Adeeb. Setiap butiran kisah kami dia memang sudah sedia maklum. Kerana itu ketika dia tahu mengenai keputusan Adeeb untuk memutuskan pertunangan kami, dialah yang manusia yang paling marah dengan lelaki itu. Ini kalau aku khabarkan padanya tentang Adeeb yang sering mengangguku pasti dia yang akan mengamuk dahulu.

“Entah. Dia baru nak cakap aku dah ‘bahasa’kan dia cukup-cukup. Tak sempat dia nak bukak mulut, aku terus blah. Malas aku nak layan orang macam tu” Awin membelek kukunya tanpa rasa bersalah. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Awin, Awin. Selalu begitu. Aku yang terkena, dia yang bereaksi melebih-lebih.

“Kim, ada orang nak jumpa kau” baru saja aku nak membuka mulut, Ipin, budak dispatch di pejabat aku muncul menyampaikan pesanan sambil terus berlalu pergi. Tak sempat aku nak bertanya apa-apa.

Awin menaikkan kening membuat isyarat ‘siapa’ dan aku hanya menjongketkan bahu tanda tak tahu. Aku terus bangkit dan melangkah menuju ke ruang hadapan pejabat.

“Ada orang nak jumpa saya ke Kak Sya?” Penyambut Tetamu yang kupanggil Kak Sya memuncungkan mulut kearah tempat menunggu di belakangku. Segera aku berpaling dan alangkah terkejutnya apabila pandanganku bersatu dengan pandangan mata seorang insan yang paling aku ingin hindari. Adeeb!

“Hai Kim” Adeeb bangun dengan senyum dibibir saat aku menghampirinya dengan muka ketat.

“Ada apa awak cari saya lagi ni?” Aku bertanya hambar. Malas hendak berbasa-basi dengan manusia tidak tahu bahasa seperti Adeeb ini. Tidak cukup agaknya hadiah penampar yang isterinya beri pada aku beberapa minggu yang lepas.

“Kenapa awak tak jawab panggilan saya? I miss you a lot you know … ”

Mujurlah aku ini bukan jenis manusia yang ringan tangan. Kalau tidak, sudah sah-sah berbirat pipi Adeeb aku bagi sedas dua tamparan wanita. Biar dia rasa peritnya yang aku rasa selama ini. Mungkin tidak seperit yang aku rasa tapi cukuplah sebagai hadiah saguhati dariku.

“Apa yang awak mengarut ni” tangan sudah kusilangkan ketubuh. Wajahnya kupandang dengan pandangan geram.

Come back to me Kim. This time I promise to treat you better

Lagi sekali aku rasa macam nak uli orang macam aku uli tepung nak buat karipap. Apalah manusia bernama Adeeb di hadapanku ini sedang repekkan? Bikin semak kepala otakku lah dia ni!

“Awak dah gila ke? Zuera tu awak nak letak kat mana?” Nada suara masih ku kawal agar tidak didengar oleh seluruh isi pejabat. Kalau tak, aku juga yang akan menanggung malu.

“Zuera tu nanti saya uruskan la. Just say yes, and I will leave her for you

Aduh! Mudahnya lelaki ini berkata-kata. Seolah-olah perasaan wanita itu tiada nilai padanya. Ikutkan hati, memang sudah lama wajah kacaknya itu aku tinju. Biar pecah hidung mancungnya dan biar bersepai bibir merahnya.

“Sudahlah Deeb. Just move on ok. Awak dah ada Zuera dan saya pun dah bertunang. Tak lama lagi saya nak kahwin. So, please stop bothering me ok!” Malas hendak bertekak lebih lama dengannya, aku terus berlalu meninggalkannya begitu saja. Panggilan darinya yang bertalu-talu tidak kupedulikan. Pandangan kehairanan dari Kak Sya juga tidak aku endahkan. Bilik air kutuju laju. Kepala yang terlalu kusut saat ini perlu aku leraikan segera.

***

MALAM itu, hampir ke pukul 12 barulah proposal yang Encik Hamdan serahkan pagi tadi dapat aku siapkan. Mujurlah segala macam info penting dah lengkap dan memandangkan projek yang terlibat bukanlah besar mana, cepatlah aku dapat siapkan kerja. Kalau tidak, memang subuh esok pagi la baru aku nampak rumah.

Selesai semua aku cetak dan binding dalam beberapa salinan, aku terus meletakkannya di atas meja Encik Hamdan dan terus bergerak pulang. Mujur kereta kuparkirkan dekat dengan pintu pejabat pagi tadi. Kalau tidak memang mencabar la juga hendak ke basement seorang diri pada waktu-waktu begini.

“Kim …” tanganku yang baru saja hendak membuka pintu kereta terhenti apabila terdengar namaku dipanggil dari arah belakang.

Buntang mataku apabila terlihat Adeeb sedang melangkah menghampiriku. Melihat pada pakaiannya yang siap berkot dengan kemeja tanpa tali leher, aku pasti dia sudah menungguku sejak dari habis waktu pejabat tadi.

“Apa lagi ni Adeeb? Sudah-sudahlah tu. Antara kita dah tak ada apa-apa lagi. NOTHING okay!” Aku sudah mula hilang sabar.

Please bagi saya satu lagi peluang Kim. Saya merayu pada awak sangat-sangat” Adeeb memaut kedua belah tanganku dan digenggammnya kemas. Puas aku cuba leraikan tapi genggamannya terlalu kejap.

For God sake Adeeb! Awak tu dah kahwin. I repeat, DAH KAHWIN! Peluang apa lagi yang awak nak saya bagi ni ha?” Kesabaranku sudah semankin menipis. Wajah sudah terasa panas menahan amarah.

“Tapi saya tak dapat lupakan awak Kim … Zuera tak sama macam awak” tubuhku diraih Adeeb ke dalam pelukannya. Aku sudah mula panik. Selama kami bersama dulu, tidak pernah sekalipun Adeeb bertindak melampau seperti ini. Mataku meliar mencari Pak-Pak Jaga yang biasanya membuat rondaan diwaktu-waktu begini. Manalah pula diaorang disaat diperlukan macam ni? Makan gaji buta sungguhlah!

“Adeeb … Tolonglah jangan buat saya macam ni … Tolong lepaskan saya” dengan segala kudrat yang ada dari tubuh kecilku ini aku tolak dia jauh-jauh namun badannya masih juga mengeras dengan aku dalam pelukannya. Lemas aku jadinya. Semankin kuat aku meronta, semankin kuat pelukannya. Airmata sudah mula menitik.

What the hell you think you are doing ha?!!!”

Tatkala kudrat sudah semankin lemah, terasa tubuhku tercampak ke tanah. Mujur tanganku sempat menahan dari wajahku tersembam ke jalan yang bertar.

Airmata yang membasahi wajah kubersihakan dan di hadapanku jelas kelihatan Adeeb di tumbuk bertubi-tubi oleh sesusuk tubuh sasa.

Taaj! Ya! Rasanya mata aku belum rabun  lagi untuk mengecam bahawa lelaki yang sedang memukul Adeeb adalah Taaj, tunanganku.

Melihatkan Adeeb yang sudah terkulai layu menyembam ke bumi, segera lengan Taaj kutarik dan tubuhnya ku tahan dengan tubuhku dari terus mara meraih Adeeb yang sudah berdarah dihidung dan bibir.
You better stay away from Kim! You scumbag!! Ini kali terakhir aku warning kau ye!! Kalau aku nampak atau dapat tahu kau kacau lagi tunang aku, kau tahu lah akibatnya nanti!!” Aku yang sudah menyembamkan muka di dada Taaj sambil menahannya dari terus mara kearah Adeeb hanya mampu mendengar dikala kata-kata amaran itu dilaungkan olehnya.

“Kim balik dengan Abang. Come” Bahuku dirangkul kemas dan kami berjalan beriringan menuju ke kereta Taaj yang diletakkan di luar pagar.

“Aku takkan berputus asa! Kim is mine and will always be mine!!”

Jeritan Adeeb membuatkan hatiku menjadi remuk. Mujur Taaj hanya membiarkan saja tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk berpatah balik kepada Adeeb. Jika tidak, aku rasa, sudah arwah Adeeb malam ini dikerjakan Taaj.

Selepas membantu aku duduk ditempat duduk penumpang, Taaj bergegas ke tempat duduk pemandu dan kereta Misubishi Lancernya memecut laju meninggalkan perkarangan pejabatku yang telah melakarkan satu episod duka yang baru dalam diari hidupku.

***

SEMENJAK peristiwa hitam tempohari, aku telah diarahkan oleh Encik Taaj Iskandar untuk ketempat kerja dengannya. Aku tidak dibenarkan untuk memandu seorang diri kemana-mana pun. Dalam keadaan terpaksa rela, aku ikutkan saja. Nombor telefon pun dipaksanya aku supaya menukarnya. Itu pun dia yang membelikan sim kad yang baru.

Kepada Umi langsung tidak ku ceritakan tentang apa yang terjadi. Bimbang jika dia terlebih risau. Biarlah ianya hanya menjadi rahsia antara aku, Taaj dan Adeeb.

‘Abang masih dalam meeting ni. Tapi, sebelum pukul 8 Abang datang ambil. Ingat! Tunggu DALAM office. Jangan pandai-pandai nak tunggu kat luar’

Panjang lebar mesej yang aku terima dari Taaj hari itu. Mesej yang lebih kurang sama isi kandungannya tiap kali dia terpaksa menjemputku lewat gara-gara kerjanya. Aku hanya tersenyum sambil menaip perkataan ‘OK Bos!’ dan dihantar padanya.

“Amboi kawan aku ni … Semankin dekat tarikh kahwin mankin bahagia aku tengok. Pergi balik kerja pun dah berjemput sekarang” aku mengosok-gosok lengan yang ditepuk Awin sambil tayang senyuman lebar sampai ketelinga.

Memang aku bahagia pun. Rasa bahagia yang aku tak pernah rasa sewaktu bersama Adeeb dulu. Sikap Taaj yang amat melindungi aku membuatkan aku rasa selamat bila berada dengannya. Malah aku rasa lebih disayangi dan dihargai.

“Eleehh … Menyampah la wey tengok muka kau tu! Macam tak pernah bercinta!” Awin sudah tayang wajah meluatnya. Aku hanya ketawa.

“Kim, ada orang nak jumpa” Kak Sya yang tiba-tiba muncul di sebalik dinding kubikel tempat kerjaku mematikan perbualan antara aku dan Awin.

“Siapa kak? Lelaki ke perempuan?” Aku sudah mula cuak. Bimbang sekiranya Adeeb masih mencariku lagi.

“Perempuan. Katanya kawan Kim. Lupa pulak Akak nak tanya nama tadi. Kim pergilah tengok sana. Akak nak buat air kejap. Mata mengantuk pulak pagi-pagi ni” Kak Sya terus berlalu menuju ke pantri yang terletak tidak jauh dari kubikelku.

“Kawan kau? Siapa wey?” Awin bertanya dengan dahi berkerut. Aku hanya menjongketkan bahu sebelum berlalu menuju ke ruang Penyambut Tetamu.

“Zuera?” Terkejut aku apabila melihat isteri Adeeb itu sedang duduk di atas sofa diruangan menunggu dengan wajah sembab.

“Boleh I bincang kejap dengan you pasal Adeeb?” Amboi … Straight to the point sungguh. Langsung tak ada mukadimah tanya khabar ke apa. Namun melihat wajahnya yang agak tegang, aku tahu dia mesti hendak membincangkan hal penting.

“Boleh. Tapi janganlah sekarang. Saya tengah kerja ni. Kalau awak nak, kita jumpa, masa lunch nanti okey. Awak tunggu saya kat lobi bawah. Nanti saya turun jumpa awak” aku menjawab dengan gaya tenang.

No. We need to discuss this now” keras nada suara yang digunakannya kini. Aku mula rasa geram. Dia siapa sesuka hati datang ke pejabat aku untuk berjumpa dengan aku begini?

“Maaf la Puan Zuera. Saya ni kerja makan gaji je kat sini. So, kalau awak nak discuss apa-apa pun dengan saya, please respect my time” kali ini aku takkan sewenang-wenangnya hendak membiarkan Zuera membuliku sesuka hatinya.

Fine! I tunggu you kat lobby pukul 1 nanti” Zuera mendengus kuat sebelum bangkit dan terus berlalu keluar. Aku hanya memerhatikannya dengan pandangan mata yang sebal. Tak sudah-sudah suami isteri ini menganggu hidupku. Kali ini, apalah pula tuduhan yang dilemparkan pada aku agaknya. Haila … Memang bikin spoil mood aku satu hari ni la nampak gayanya ni …

Apa yang pelik tentang masa ni, bila dinanti-nanti mesti rasa macam lama sangat nak berlalu. Seminit rasa macam sejam, sehari rasa masa sebulan, sebulan pun boleh rasa macam setahun. Tapi, kalau kita takde pun ternanti-nanti, memang cepat je berlalu. Rasa macam seminit tadi aku bercakap dengan Zuera kat depan pejabat, sekarang ni kami dah duduk berhadapan di kedai makan di seberang jalan bertentangan dengan bangunan pejabatku.

15 minit berlalu dan kami masih diam seribu bahasa. Dia sibuk menguis-nguis mee goreng di pinggannya, aku pula sibuk menyuapkan nasi goreng kampung ke dalam mulutku. Tak adalah lapar mana pun perut aku ni tapi aku tetap menyuap tanpa henti. Entah apa rasanya nasi goreng ni pun aku tak tahu. Tiba-tiba seluruh deria rasa dekat lidah aku ni jadi kebas.

I nak mintak you jangan ganggu Adeeb lagi” suapanku terhenti tatkala kata-kata itu meluncur laju dari mulut Zuera. Aku mengangkat kepala memandang kearah isteri Adeeb itu. Ada sedu yang cuba disembunyikan disebalik pandangan matanya. Sudu kuletakkan di atas pinggan dan nasi yang tinggal separuh itu kutolak ke tepi. Air limau suam kuhirup perlahan sebelum wajah Zuera yang putih kemerahan itu kembaliku tatap.

“Saya dengan Adeeb dah tak ada apa-apa.Tak ada apa pun yang perlu awak risaukan” aku cuba bersuara setenang mungkin. Kedua belah tangan ku silangkan di atas meja.

You jangan tipu I. Sekarang ni, tiap malam Adeeb balik lewat malam. Bila I tanya dia cakap kerja banyak. Tapi I tahu dia jumpa you kan??” Perrggghhh!! Menyirap pula darahku mendengar tuduhan sesedap maggi cukup rasa dari perempuan kat depan aku ni. Aku menghela nafas panjang sebelum membalas balik tuduhannya itu.

“Puan Zuera, as you already know, I’m engaged … ” aku menayangkan cincin emas putih bertatah berlian bermata tiga yang Umi serahkan pada aku minggu lepas dan telah tersarung kemas dijari manisku pada Zuera. “… Dan InsyaAllah, bulan depan kami akan berkahwin. Jadi, saya harap, awak tak perlulah nak fikir yang bukan-bukan lagi pasal saya” sambungku tenang.

Zuera terdiam seolah-olah berfikir sendiri. Wajahnya keruh.

I tak percaya semudah itu you nak lepaskan Adeeb. Mungkin ini cuma helah you saja nak tarik perhatian Adeeb semula. You tau kan, kaum lelaki ni, the harder you run, the higher their desire to have you” Allahuakbar! Kenapalah susah sangat manusia di hadapanku ini ingin memahami kata-kata aku? Rasanya aku cakap bahasa Melayu bukannya Punjabi ataupun Perancis. Tapi, kenapa aku rasa dia masih tak faham? Atau dia memang sengaja tak mahu paham?

“Terserahlah pada awak nak percaya atau tidak. Yang penting, saya memang dah tak ada apa-apa hubungan dengan Adeeb dan I love my fiancée and we’ll getting married next month. Full stop!” Aku segera bangkit sambil mencapai dompet dan  telefon lalu berlalu pergi meninggalkan Zuera yang jelas masih tidak berpuas hati denganku.

Baru hendak menyeberang jalan, langkahku terhenti apabila lenganku ditarik dari arah belakang.

“Kenapa susah sangat you nak mengaku ha?? I tau you berdendam dengan I sebab I rampas Adeeb dari you kan?? Sekarang ni, you nak ambik balik dia dari I kan??!” Aku merentap kasar lenganku dari cengkaman Zuera. Terasa berasap kepalaku dengan kedegilan perempuan ini.

“Zuera!! Awak nak saya cakap macamana lagi ha?! Saya memang TAK ADA APA-APA dengan suami awak tu! FULL STOP!” aku terus berpaling hendak segera berlalu dari situ sebelum tanganku ini ringan untuk mendarat dipipi mulus Zuera.

Entah apa yang jadi selepas itu, aku kurang pasti. Segala-galanya terjadi begitu pantas. Aku terasa tubuhku ditolak dengan kuat dari arah belakang dan terdengar namaku dilaungkan sebelum akhirnya aku sudah jatuh melayang di tepi jalan sehingga kedua belah tapak tanganku berdarah kerana bergesel dengan jalan tar. Kemudian aku dengar kereta brek mengejut dan bunyi dentuman seperti kereta itu merempuh sesuatu.

Buntang mataku apabila terlihat tidak kauh dariku sesusuk tubuh yang sudah aku cam terdampar di tengah jalan berlumuran darah.

“Taaj!!! “ Aku meraung sekuat hati sambil berlari kearah sekujur tubuh yang sudah tidak sedarkan diri itu.

***

WALANGNYA hatiku saat ini hanya Allah saja yang tahu. Melihat keadaan lelaki yang bakal menjadi suamiku tidak lama lagi sedang terbaring lemah tidak bermaya dengan sebelah kaki bersimen sampai ke peha dan kesan luka yang penuh di wajah dan kedua belah tangannya menggamit 1001 rasa sendu dihatiku.

Tanpa aku sedari, lelaki bernama Taaj Iskandar ini sebenarnya sudah bertapak kukuh di dalam hatiku. Andai ada pun nama Adeeb, ianya tak lebih hanya sekadar memori silamku yang akan selama-lamanya tersemadi didalam hatiku.

Masuk hari ini, sudah 3 hari Taaj tidak sedarkan diri. Setiap hari itulah juga aku tidak pernah meninggalkannya. Aku mahu apabila dia sedar nanti, wajah aku adalah yang pertama ditatapnya. Lagipula, keadaan kesihatan Aunty Tiara tidak mengizinkannya untuk menjaga anak bongsunya ini. Hendak harapkan Kak Teja, Kakak sulung Taaj juga tidak mungkin memandangkan bakal Kakak Iparku itu sudah punya keluarga sendiri dan sekarang menetap di Pulau Pinang. Yang ada hanya aku saja yang boleh diharapkan menjaga Taaj dan aku rela.

 Taaj jadi begini pun sebab aku. Sebab nak menyelamatkan aku. Kerisauan aku pada Taaj melebihi rasa marahku pada Zuera. Selepas kejadian itu tempohari, Zuera terus menghilangkan diri. Aku pun tidak berkesempatan untuk menjejaknya. Biarlah. Biar hanya kifarah dari Allah saja yang membalasnya. Aku malas hendak memikirkannya. Apa yang penting sekarang adalah keselamatan Taaj. Itu yang paling utama.

“Assalammualaikum …”

Aku yang sedang memanggung kepala di sisi katil setia menatap wajah Taaj yang bernafas dengan bantuan pernafasan perlahan-lahan memandang kearah datangnya suara yang memberi salam itu.

“Kau?!” Tanpa menjawab salam suaraku bergema lantang. Aku sudah bangkit dari duduk dengan pandangan tajam menusuk jiwa aku berikan pada Adeeb yang berdiri di kaki katil Taaj.

“Maafkan saya Kim …. Saya …”

“Kau keluar dari sini!! Aku taknak tengok muka kau lagi. Keluar!!!” Belum sempat Adeep menghabiskan kata-katanya aku sudah memintas. Sudah tiada lagi bahasa saya-awak antara aku kepada dia. Sebelah tanganku sudah lurus menunjuk ke pintu keluar. Rasa mendidih kepalaku apabila terpandangkan wajah Adeeb yang jelas terkejut mendengar tengkinganku.

Selama kami bersama, mana pernah aku menaikkan suara. Tidak pernah walau sekalipun. Sebab itulah dia mudah saja mengambil keputusan untuk meninggalkan aku dulu. Mungkin dia merasakan aku hanya seorang perempuan yang membosankan dan tak beremosi. Tapi dia silap! Aku hanyalah seorang manusia biasa bernama Kamelia Azra yang masih mempunyai sekeping hati yang sangat rapuh.

“Kim ….” Adeeb masih tidak mahu berganjak. Kemarahanku sudah mula meningkat naik. Tak pernah aku merasa marah sebegini.

Stop it Adeeb! Aku tak mahu dengar apa-apa lagi dari kau ataupun isteri kau! Cukuplah! Aku cintakan Taaj dan aku akan kahwin dengan dia. Samada kau nak terima ke tak, itu terpulang pada kau. Hati aku dah mati untuk kau dan selagi hayat dikandung badan, aku mintak Allah jauhkan dari aku mencintai lelaki seperti engkau ni lagi! You better leave now, before I call the security” mataku sudah terasa berair. Badanku sudah terasa menggigil. Bukan kerana sedih ataupun takut tapi lebih kepada rasa marah yang semankin bergelora.

“Tapi Kim … “

Segera aku layangkan tapak tanganku padanya. Tak mahu dia meneruskan kata-katanya lagi.

Enough! Kalau kau tak nak aku buat report polis pasal isteri kau yang menyebabkan tunang aku masuk Hospital, I think, it is wiser for you to leave now!” Aku melaungkan amaran padanya. Melihat pada reaksinya yang langsung tiada riak terkejut, aku pasti yang dia sudah tahu mengenai perjumpaan antara aku dan Zuera tempohari yang membawa kepada kemalangan yang menyebabkan Taaj dimasukkan ke Hospital.

Dengan langkah perlahan, Adeeb akhirnya melangkah keluar. Aku menghela nafas lega. Ada butir airmata yang jatuh apabila mata ku pejamkan. Rasa sedih dan hiba kerana begini pengakhiran kisah antara aku dan Adeeb.

“Kim …. “

Mataku luas terbuka dan sepantas kilat aku berpaling kearah suara yang memanggil namaku dengan nada yang amat lemah.

“Taaj …. Awak dah sedar” segera aku menerpa kearah Taaj yang sudah menanggalkan alat bantuan pernafasan dan melemparkan senyuman dalam kesakitan.

“Saya pergi panggilkan doktor sekejap …” langkah yang baru hendak kubuka terbantut apabila lenganku sudah diraih oleh Taaj. Aku kembali duduk di atas kerusi di sisi katilnya. Hendakku peluk tubuhnya namun aku sedar antara kami masih belum halal. Lantas, aku hanya menghadiahkannya sebuah senyuman dan pandangan kasih.

“Terima kasih sebab cintakan Abang …” dahiku sedikit berkerut memandangnya. Aku ada cakap aku cintakan dia ke? Atau dia mimpikan aku ucap ‘I love you’ padanya?

“Abang dengar semua yang Kim cakap pada Adeeb tadi …” Dia tersenyum lagi. Perlahan-lahan aku juga mengorak senyuman. Rasa malu pula tiba-tiba. Aku menundukkan kepala tersipu-sipu. Hish … Sejak bila la pula Kamelia Azra ni pandai malu-malu pulak ni? Jawapannya mudah saja … Sejak aku mengenali seorang insan bernama Taaj Iskandar.

Ya! Dia banyak mengajarku tentang cinta. Aku yakin kini yang pilihan Umi ini adalah yang paling tepat untuk aku. Dia datang tak terlalu cepat dan  tak pula terlalu lambat. Allah hadirkan dia dalam hidupku pada masa dan waktu yang sangat sesuai dan tepat. Syukur Ya Allah. Syukur.

“Abang rasa kita nikah tak payah la tunggu bulan depan. Minggu depan juga Abang mintak Umi dan Mummy uruskan pernikahan kita. Akad nikah dekat katil Hospital pun tak apalah janji Kim dapat jadi isteri Abang yang sah secepat mungkin” melongo aku memandang kearah Taaj. Tak padan baru sedar dari koma terus cakap pasal kahwin? Mimpi apalah dia masa koma 3 hari ni ye?

“Kenapa? Kim tak setuju ke?” Melihat wajahku yang menayang riak terkejut dia bertanya. Tanpa menjawab aku segera bangkit dan berlalu ke pintu keluar. Dia hanya memandangku dengan pandangan yang keliru.

“Kim ikutkan aja tapi sebelum apa-apa biar Kim panggilkan doktor dulu ye” aku menoleh memandangnya dan tersenyum sebelum melangkah keluar dengan hati yang sudah berbunga-bunga beraneka jenis. Dapat kulihat tadi, Taaj juga mempamerkan senyuman kelegaan.

Ya Allah, permudahkanlah segalanya untuk kami. Aku tahu jalan yang bakal kami lalui pasti tidak mudah namun aku panjatkan doa pada Allah agar aku dan Taaj akan terus sabar, kuat dan istiqomah dalam menghadapi segala-galanya bersama. InsyaAllah.

 “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
-surah al-Imran ayat 54-

2 comments:

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template