Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Monday, February 23, 2015

GADIS CENGENG : BAB 6

SELESAI perbincangan selama 3 jam dengan Imtiyaz termasuk sejam waktu menunggu tadi, keluar saja dari bilik Bosnya itu, Ammara terus menuju ke pantry. Perutnya yang mula terasa pedih kelaparan perlu diisi secepat mungkin sebelum masuk angin.

Ligat tangannya membancuh air Nescafe 3  dalam 1 dan balang berisi biskut dicapai.

Sedang dia asyik menikmati biskut dicicah air Nescafe, terasa ada makhluk Tuhan yang duduk di hadapannya. Kepala diangkat dan terus saja rasa menyampah memenuhi ruang hatinya apabila wajah berlagak Suraya yang ditatapnya.

“Apa kau buat lama sangat dalam bilik Bos ha?” Keras nada soalan Suraya padanya saat itu. Ammara buat tak tahu dan biskut yang hampir lembek dicicah terlalu lama segera disuakan ke dalam mulut.

“Kau jangan nak berlagak sangat ye dengan aku. Baru kerja dua hari dah pandai nak tunjuk lagak” Ammara masih tayang muka tak bersalah. Malas sungguh dia hendak melayan perempuan bernama Suraya yang tiba-tiba meroyan pagi-pagi buta itu.

“Hei budak! Aku ingatkan kau ye. Jangan sesekali berani nak mengorat Bos. Dia tu aku yang punya! Kalau tak, nahas kau!” Bengang dengan Ammara yang buat tak tahu padanya, Suraya sempat memberi amaran sebelum mendengus kasar dan meninggalkan Ammara semula.

“Gila! Sejak bila entah Bos tu jadi milik dia. Perasan! Dia ingat, Bos hadap sangat la dengan muka tepung gomak dia tuh?!” Gumam Ammara sendirian. “Lagipun aku tak hingin la dengan jantan berlagak kasanova perasan tampan tu” bebel Ammara lagi sebelum menyudahkan hirupan airnya yang sudah tinggal separuh itu.

Habis saja mengisi perut, Ammara meneruskan kerjanya yang sudah diarahkan oleh Imtiyaz sewaktu perbincangan mereka tadi. Memandangkan Kak Ros tiba-tiba mengambil cuti bersalin awal, segala kerja perlu diuruskannya. Mujurlah semalam, Kak Ros sempat memberikan beberapa nota kepadanya yang berkaitan dengan projek-projek syarikat yang sedang berjalan dan juga yang sedang dalam perancangan untuk dibida.

“Hai Ara” hampir melompat dia dibuatnya tatkala sapaan lembut itu kedengaran beserta pandangan romantis dari Haikal yang sudah menongkatkan keduabelah tangannya di atas meja Ammara.

“Awak ni Karl. Buat saya terkejut je. Nasib baik tak terconteng dokumen ni. Kalau tak, puas la saya kena bebel dengan Encik Imtiyaz kita tu” Bulat mata Ammara merenung wajah Haikal yang tersengih nakal di hadapannya itu.

“Tengahari ni kita lunch sama kan? Awak nak belanja saya kan?” Haikal asyik merenung wajah yang menarik perhatiannya sejak pagi tadi penuh minat. Bukan tak pernah dia melihat perempuan-perempuan cantik. Namun, Ammara lain pada pandangannya. Wajahnya hanya dirias dengan bedak nipis dan secalit lip gloss menghiasi bibir mungilnya. Tapi, pada pandangan Haikal ianya sudah cukup sempurna buat gadis secantik Ammara.

“Rasanya hari ni tak bolehlah. Saya ada banyak kerja ni. Semuanya Encik Imtiyaz nak sebelum 5.30 petang” Ammara tidak mempedulikan renungan ala-ala Mat Romeo si Haikal. Jari-jemari runcingnya semankin lincah menari-nari dipapan kekuncinya mengedit tender yang sudah dihantar oleh bahagian Pemasaran sebelum ianya diserahkan kepada Imtiyaz untuk pengesahan.

“Kesiannya awak. Baru masuk kerja dan kena raging dengan Bos ye. Ada apa yang saya boleh tolong ke?” Tanpa diduga Ammara, Haikal terus menarik kerusi Kak Ros dan dia mengambil tempat duduk rapat dengannya.

“Err … Tak apalah. Saya boleh buat sendiri” terasa kurang selesa dengan jarak kedudukannya dengan Haikal ketika itu. Terlalu rapat sehingga bahu mereka nyaris bersentuhan. Dia cuba menjarakkan sedikit tubuhnya dari Haikal.

“Eheem!!”

Terkejut beruk Ammara dan Haikal apabila terpandang Imtiyaz sedang berdiri di hadapan mereka sambil berdehem kasar. Tajam pandangannya pada Ammara dan Haikal ketika itu.

“Haikal. Kerja awak dah settle semua ke?” Keras nada pertanyaan Imtiyaz.

“Err … Ad … Ada lagi belum settle Encik Im. Emmm … Err … Ni saya nak pergi buat lah ni. Eh, okla Ara. Kita jumpa lagi nanti ye” Tergagap-gagap Haikal menjawab sambil berlalu kembali ke tempat duduknya.

Setelah Haikal berlalu, perhatian Imtiyaz tertumpu pula pada Ammara.

“Saya tak kisah kalau staff saya nak bercinta sesama sendiri. Tapi, saya tak nak awak sibuk bercinta sampai kerja entah kemana. Lagi-lagi kalau staff baru macam awak ni. Kalau agak-agak nak bercinta sangat, kahwin je terus. Senang cerita” berkerut dahi Ammara apabila di sound sebegitu oleh Imtiyaz.

“Eh … Saya dengan Karl .. Err … Haikal, tak ada apa-apa Encik Imtiyaz” Ammara cuba membela diri. Bengang pula dengan pandangan serkap jarang Imtiyaz terhadap dirinya.

Baru duduk dekat begitu dah dituduh bercinta? Habis dia tu?! Bercinta sampai kat dalam office ni bolehlah pulak! Mentang-mentanglah kau tu Bos! Dahlah takda usul periksa, sesuka hati mak bapak dia je nak sound-sound aku ikut sedap mulut dia! Aku cili mulut tu nanti, baru berakal sikit agaknya! Eiiiii … Bencinya!!!! Jerit Ammara dalam hati. Terasa kulit mukanya mula membahang.

“Dah! Saya taknak dengar apa-apa alasan. Apa yang saya tahu, tender TSL ni saya nak dah ada kat atas meja saya tepat pukul 5.30 petang ni” tegas suara Imtiyaz mengingatkan sebelum dia berlalu meninggalkan Ammara yang sudah menayangkan muka bengangnya.

“Dasar cimpanzi punya Bos! Sesuka hati je nak tuduh aku bukan-bukan. Ni semua sebab si Haikal la ni! Huh!” Ammara mendengus geram. Papan  kekunci ditekan kasar tanda protes kecil-kecilan.

Hari itu betul-betul cepat saja masa berlalu buat Ammara. Tengahari itu, setelah menjamah hidangan sebungkus mee segera di pantry dan menunaikan solat Zohor di surau yang berada di tingkat 3, Ammara terus leka dengan tugas menaip, memfotostat dan menscan segala macam dokumen sehingga tidak sedar masa sudah menghampiri waktu balik.

“Ammara, saya nak keluar sekejap. Nanti saya masuk balik. Kalau dah siap, awak letak je tender tu kat atas meja saya” Imtiyaz yang terkocoh-kocoh menghampirinya, laju saja berpesan sebelum berlalu meninggalkan Ammara yang hanya melopong tanpa sempat membalas kata-kata Bosnya.

Tubuh sasa Imtiyaz dipandang sehingga kelibatnya hilang dari pandangan. Ammara menghela nafas panjang.

Jam dinding yang sudah menunjukkan ke pulul 5.20 petang dilirik. Ammara duduk bersandar sambil membuang segala rasa lenguh tubuhnya yang sedari pagi tadi asyik duduk tegak menatap skrin Komputer. Leher dan bahu yang agak terasa tegang diurut perlahan.

Rasa sedikit lega apabila mengetahui Imtiyaz sudah keluar. Sekurang-kurangnya, dia punya lebih masa untuk menyiapkan kerjanya yang masih berbaki lagi separuh untuk disiapkan itu.

“Jangan lewat sangat balik ye sayang. Take care! Kita jumpa lagi esok!” Haikal sempat lagi mengusiknya sebelum berlalu tepat pukul 5.30 petang itu. Ammara hanya membalas dengan senyuman separuh rela. Satu-persatu staff  Muz Holding di tingkat 18 itu pulang meninggalkannya keseorangan.

“Ammara. Nanti nak balik, pastikan semua aircond dengan lampu ditutup. Tinggalkan lampu display kat receptionist area je. Ingat! Jangan buat-buat lupa pulak!” Suraya sempat berpesan sebelum dia turut sama pulang. Wajahnya masih juga begitu. Ketat semedang macam kena suntik botox sekilo. Menyampah Ammara melihatnya.

Suasana hening mula dirasai membuatkan Ammara terasa cuak. Sudahlah dia sememangnya penakut. Oleh kerana itulah genre cerita seram memang sudah dipangkah besar-besar dari senarai filem yang patut ditonton oleh Ammara Saffiya. Jika dipaksa juga menonton, alamatnya, memang tak cukup tidur 7 malam berturut-turutlah dibuatnya nanti.

Kerja-kerja yang tergendala seketika pantas disambung semula. Cepat buat, cepat siap, cepatlah balik. Telah hati kecil Ammara. Mujur pukul 5 tadi dia sudah melunaskan solat Asar. Jika tidak, memang dia solat di sebelah meja sajalah jawabnya. Hendak turun ke tingkat 3 dalam suasana sunyi sepi seperti itu, memang tidaklah jawabnya.

Tepat pukul 7 akhirnya siap juga tender TSL yang diminta Imtiyaz. Ammara menarik nafas lega.

“Alhamdulillah … Settle juga akhirnya” luah Ammara, puas.

Tender yang sudah siap dibinding dikepit dan terus dibawa menuju ke bilik Imtiyaz. Entah ada entah tidak Bosnya itu. Tapi, Ammara lebih suka andai Imtiyaz tiada agar lebih mudah dia hendak meloloskan dirinya untuk segera pulang ke rumah. Bimbang sekiranya lelaki itu ada nanti, mankin panjang pula ceritanya.

Melihat bilik Imtiyaz yang terang benderang memadam harapan Ammara untuk segera pulang. Dibuatnya Imtiyaz ingin terus menyemak tender setebal 200 mukasurat itu satu persatu dihadapannya, memang lewat malam la jawabnya baru dia boleh pulang.

Pintu bilik diketuk. Senyap. Pintu diketuk lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Masih senyap tiada sahutan kedengaran.

Ammara memberanikan diri memulas pintu bilik perlahan-lahan.

Kosong. Suasana sepi menjengah. Yang kedengaran hanyalah bunyi aircond yang terpasang. Berkerut sedikit dahi Ammara dibuatnya. Melilau matanya memandang kesekeliling bilik.

Pelik! Aircond dengan lampu terpasang. Tapi, kenapa tak ada orang? Kepala yang tidak gatal digaru.

Perlahan-lahan Ammara melangkah menuju ke meja Imtiyaz.  Tender dipegangannya diletakkan di atas meja Bosnya itu.

“Ammara?”

“Oh mak kau!!” Bagai hendak tercabut nyawa Ammara dibuatnya apabila dalam keheningan suasana kedengaran namanya bergema dibilik itu. Pantas dia berpaling ke belakang.

Wajah Imtiyaz yang kelihatan turut sama terkejut mendengar latahannya ditatap dengan mata yang masih terkebil-kebil.

“Awak tak balik lagi ke?” Imtiyaz yang kelihatan santai dan segak mengenakan tshirt polo merah ditegakkan kolarnya dan berseluar jeans serba hitam melangkah masuk menghampiri Ammara yang masih kelihatan terkejut.

“Err … Nak balik lah ni. Hantar tender ni dulu” Ammara tergagap-gagap menjawab sambil menunjuk tender yang diletakkan di atas meja Imtiyaz sebentar tadi.

“Owh ye. Tender TSL tu. Nyaris terlupa pula saya. Nasib baik saya balik semula ke office ni”

Amboiii … Nyaris lupa? Pagi tadi beriya-iya suruh aku siapkan hari ni juga. Ini boleh dia kata dia NYARIS LUPA??!! Maknanya, tender ni takdelah urgent mana pun laaa?? Hurmmm … Rasa macam dah kena buli je aku ni … Ammara rasa tak puas hati dengan kata-kata Imtiyaz.

“Kenapa awak tercegat lagi kat sini? Pergilah balik. Takpe. Kita boleh go through tender ni esok pagi. Lagipun, tender ni nak hantar lagi 2 minggu” selamba saja raut wajah Imtiyaz sewaktu mengucapkan kata-kata yang sudah membakar hati dan jiwa Ammara saat itu.

2 minggu lagi???? Arrrgggghhhhh!!!!! Tensionnya aku dengan mamat ni!!! Habis tu kenapa pepagi buta dia suruh aku datang kerja kalau tender ni ada masa lagi 2 minggu???? Sengal betullah dia ni!!!!

Tajam pandangan Ammara pada Imtiyaz. Namun, Imtiyaz yang sedang sibuk mencari sesuatu di dalam laci mejanya tidak menyedari wajah Ammara yang sudah merah padam menahan marah.

“Ada apa-apa lagi ke yang awak nak cakap? Kalau tak ada, awak boleh balik. Lagipun dalam pejabat ni tinggal kita berdua je. Saya taknaklah nanti tak pasal-pasal saya kena tangkap basah dengan awak. Mahu gelap masa depan saya” mankin membara hati Ammara dibuatnya. Kecil saja Imtiyaz dimatanya ketika dan saat itu.

Ammara tarik nafas dalam-dalam.

Sabar Ara, sabar. Ini semua dugaan je. Dugaan. Ammara memujuk hatinya dan tanpa sebarang kata, dia terus berlalu meninggalkan Imtiyaz untuk kembali ke mejanya mengemas apa yang patut sebelum pulang.

Butang ‘close’ pada lif ditekan berkali-kali. Baru saja pintu hendak tertutup, ada tangan yang sempat menahan. Kepala Ammara kembali panas semacam apabila dilihat Imtiyaz meloloskan badannya ke dalam perut lif.

“Awak balik mana?”

Wajah Imtiyaz yang berdiri di sebelahnya ditatap untuk memastikan yang soalan itu memang ditujukan kepadanya.

“Putrajaya” jawab Ammara pendek selepas pasti soalan itu memang untuknya. Matanya kembali tertumpu pada pintu lif yang terkatup rapat.

“Oh ya? Saya pun duduk kat situ juga. Precint berapa?” Aduh! Kenapalah terlebih ramah pulak mamat ni. Tadi bukan main sakitkan hati aku. Takut kena tangkap basah dengan aku lah, gelap masa depanlah. Dia ingat aku hadap sangat ke nak kahwin free dengan dia?! Huh! Mintak-mintak dijauhkan lah Ya Allah! Ammara membebel dalam hati.

“Ammara? Awak dengar tak saya tanya ni?” Bahunya dicuit.

Hisshhk! Apa main cuit-cuit pulak dia ni. Ammara masih tidah puas hati.

“Precint 18” cepat-cepat dia menjawab sebelum bahagian lain pulak dicuit Imtiyaz. Bimbang pula ada yang berjalan tak lurus bila keluar lif itu nanti di kerjakan Ammara.

Sebaik pintu lif terbuka, Ammara terus melangkah pantas meninggalkan Imtiyaz. Malas rasanya dia hendak terus mengadap lelaki itu lagi. Cukuplah untuk hari ini.

“Hoi! Buta ke apa kau ni ha??!!”

Terkejut Ammara dibuatnya apabila terasa bahunya dirempuh kasar dan diikuti dengan sergahan kuat ibarat Tarzan melalak di hutan Amazon.

Wajah gadis berkulit mulus yang sudah meyeringai kesakitan ditatap Ammara dengan wajah blur. Garang pandangan mata yang bercelak gaya Cleopatra itu memerhatikannya atas ke bawah.

“Jalan tu tak reti ke nak tengok depan ha?! Mata tu lain kali jangan letak kat lutut!” Mankin berbisa ayat yang keluar dari mulut wanita berambut hitam pekat bersanggul tinggi itu membuatkan hati Ammara kembali meluap-luap bak gunung Merapi hendak meletus.

“Cik Kak. Cakap tu biar berlapik karpet merah sikit ye. Siapa yang langgar siapa ni sebenarnya? Siapa yang mata letak kat lutut? Saya ke, Cik?” Selamba saja ayat-ayat itu keluar dari mulut Ammara walaupun wajahnya sudah merah menyala. Silap haribulan boleh keluar asap dari lubang telinga.

“Amboi … Dahla langgar orang, kurang ajar pulak tu!” Wanita itu turut sama naiknya. Dia juga tidak mahu mengalah.

“Sayang? Kenapa ni?”

Baru saja Ammara hendak menjawab, suatu suara garau yang datang dari arah belakang membuatkannya bungkam.

Wajah garang wanita di hadapannya itu terus bertukar 360 darjah.

“B … Tengoklah pompuan gila ni. Dahla langgar I, lepas tu bukan nak mintak maaf. I pulak dimakinya” cair taik telinga Ammara dibuatnya mendengar rengekan bayi tua di hadapannya itu. Bukan main lagi dia berpaut pada lengan sasa yang menghampirinya. Siap menggesel-geselkan tubuhnya ala-ala kucing miang pula tu. Berdiri segala bulu roma Ammara dibuatnya. Pandangannya dibuang jauh-jauh agar tidak terpalit sama dengan dosa maksiat yang sedang berlangsung di hadapannya itu.

Bila masa entah aku maki dia. Kalau ya pun aku maki memang kenalah dengan mulut puaka kau tu! Menyampah betul lah!! Protes Ammara dalam diam.

“Ammara?”

Pantas dia menoleh apabila suara yang tidak asing lagi ditelinganya itu menyebut sebaris namanya yang sememangnya cukup indah itu.

Imtiyaz? Ya Allah!! Kenapa dia ni lagi yang aku jumpa?! Bagai nak menjerit Ammara apabila terpandang wajah Imtiyaz yang berkerut seribu memandangnya.

You kenal ke pompuan kurang ajar ni B?” Wanita di sebelah Imtiyaz menjeleng Ammara yang wajahnya sudah tidak semerah tadi.

“Err … Saya mintak maaf Encik Imtiyaz. Saya minta diri dulu. Assalammualaikum” Belum sempat Imtiyaz menjawab, Ammara sudah meminta diri dan berlari-lari anak meninggalkan pasangan sejoli itu.

Ammara berlalu bukan kerana mengalah. Tapi, sebelum kedua-dua makhluk Tuhan itu memaki hamunnya sehingga dia betul-betul hilang sabar, rasanya lebih baik dia mengundur diri.

Jam yang sudah menghampiri ke pukul 8.15 malam dikerling.

Ya Allah! Layan orang-orang gila ni sampai termiss solat Maghrib aku lah! Allahuakbar!!!

4 comments:

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template