Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Friday, February 6, 2015

KISAH KAMI : BAB 25

AKU duduk kaku di dalam kereta. Tersergam indah rumah banglo dua tingkat tidak jauh dari tempat Rayyan memakirkan keretanya. Daripada pintu pagar yang terbuka luas, kelihatan beberapa deretan kereta mewah dari pelbagai jenama di parkirkan di kawasan perkarangan banglo tersebut. Nampak gayanya seperti ada majlis yang sedang berlangsung. Aku sendiri tak pasti majlis apa.

"Ok. Jom" Enjin kereta sudah dimatikan. Cerminmata hitam sudah disangkutkan di kolar baju kemeja lengan pendek yang dipakainya. Pandangannya tertumpu pada aku. "Kita nak pergi rumah siapa ni?" Pandangan aku silih berganti antara banglo itu dan Rayyan. Dia hanya tersengih. "Majlis birthday Katrina" Terkejut aku mendengar jawapannya."Err ... Kenapa bawa saya? Aa ... Awak kan boleh pergi sendiri. Lagipun, saya bukan kenal rapat pun dengan dia" Tergagap-gagap aku bersuara. Rasa kurang selesa kerana dibawa ke majlis orang yang aku sendiri tak berapa kenal. Dia tergelak lagi. Pelik aku melihatnya. Apalah yang kelakar sangat ni?

"Awak dah sampai pun kan kat sini. Dahlah. Jom kita masuk. Lagi cepat kita masuk, lagi cepatlah kita boleh balik" Rayyan sudah turun dari kereta dan menutup pintu disebelah pemandu. Aku menarik nafas dalam dan pintu kereta ku buka, lemah. Dia kulihat sudah mengeluarkan sebuah beg kertas tertulis Harold yang pastinya mengandungi bungkusan hadiah untuk Katrina. Melihat aku yang masih teragak-agak untuk melangkah, dia berjalan kearahku dan mencapai tanganku lalu dipimpinnya menuju ke rumah banglo tersebut. Dalam keterpaksaan aku hanya menuruti langkahnya.

Sebaik sahaja pintu terbuka, Katrina menyambut kedatangan kami dengan wajah yang agak terkejut. Tak pasti pula kenapa. Tapi, melihatkan pandangan tajam matanya padaku, aku dapat agak mungkin dia terkejut kerana tak menyangka yang Rayyan akan membawa aku bersama.

Bungkusan hadiah yang dibawa sudah bertukar tangan. Wajah Katrina pantas berubah riak menjadi sedikit ceria apabila Rayyan mengucapkan Selamat Hari Lahir padanya. Pantas lengan kiri Rayyan di pautnya dan ditarik masuk ke dalam rumah. Nasib baiklah pegangan tangan Rayyan yang sebelah lagi masih erat mengenggam tanganku. Kalau tidak, pasti aku sudah ditinggalkan terpinga-pinga seorang diri di luar. Eeiii ... gediknya perempuan ni! Suka hati dia je nak pegang-pegang suami orang macamtu. Huh! Berbakul-bakul sumpah seranah dalam hatiku buat Katrina.

Di dalam rumah, bunyi muzik yang agak kuat kedengaran. Terkejut juga aku apabila melihat cara para tetamu Katrina berpakaian. Walaupun pada dasarnya aku yakin yang mereka itu semua adalah beragama Islam, dengan rambut yang pelbagai warna dan pakaian yang serba serbi singkat dan sendat di sana sini, membuatkan aku beristighfar beberapa kali di dalam hati.

Dengan iringan lagu On The Floor dari Pitt Bull dan Jennifer Lopez, kelihatan beberapa pasangan sedang menari terkinja-kinja mengikut rentak lagu.

Entah kemana Katrina hendak membawa Rayyan agaknya. Aku sudah rasa mula kurang selesa apabila badanku telah banyak kali dilanggar oleh beberapa orang lelaki yang pada masa yang sama merenung ku dari atas ke bawah dengan renungan yang kurang sopan beserta bibir yang menyunggingkan senyuman yang boleh aku kategorikan dalam kategori 'gatal' a.k.a 'miang'.

Setelah sampai di sekumpulan 3 orang wanita yang sedang berdiri di sebelah kolam mandi sambil memegang gelas-gelas berisi minuman yang aku sendiri takut untuk memikirkan apa isi kandungannya, Katrina menghentikan langkahnya.

"Hey Girls. Meet Rayyan Iskandar. Jejaka terhangat dipasaran yang I selalu ceritakan tu" Katrina memperkenalkan Rayyan kepada kumpulan wanita itu. Tersenyum lebar mereka semuanya sebaik terpandang wajah Rayyan.

"Hi handsome, I'm Maya" Wanita yang berambut pendek ala-ala gaya Victoria Becham menghulurkan tangannya terlebih dahulu pada Rayyan dengan gaya manjanya yang terlampau. Rayyan kulihat teragak-agak untuk menyambut dengan senyuman yang seperti dipaksa-paksa. Dua lagi wanita yang ada di situ turut menghulurkan tangannya pada Rayyan. Pegangan tangannya pada ku sudah dilepaskan. Entah bagaimana, tanpa aku sedar, mereka sudah mengerumuni Rayyan dan sedar-sedar aku sudah tersisih dari kumpulan mereka.

Bosan menjadi pemerhati aksi menggedik 4 sekawan itu, aku terus menuju ke arah meja yang terhidang deretan makanan. Dengan penuh tertib, pinggan ku isikan dengan beberapa jenis kuih yang nampak meneyelerakan. Sedang aku asyik mengambil makanan, terasa bahuku dilanggar seseorang. Mujur pinggan ditanganku tidak terlepas dari pegangan. Aku beristighfar beberapa kali sambil mengurut-ngurut dada untuk menenangkan perasaan sendiri. Agak tersirap darah aku dibuatnya.

 "Hi"

Aku terus menoleh kearah suara yang menyapa. Seorang lelaki yang berkulit sawo matang dan rambut tersisir kemas ke belakang yang berdiri betul-betul di sebelah aku melemparkan senyuman manis.

Kacak. Sempat hatiku berbisik. Dengan tulang pipi yang tinggi, membuatkan wajahnya kelihatan sangat maskulin ala model antarabangsa. "Hi .." Dalam nada teragak-agak aku menyahut. Ada sedikit rasa kurang senang dalam hati aku apabila lelaki itu seolah-olah sengaja merapatkan tubuhnya agar bersentuhan denganku ketika dia hendak mencapai makanan yang terhidang di hadapan kami.

"You kawan Kat ke?" Lelaki itu memulakan perbualan. "Tak pernah pula nampak you sebelum ni. By the way, I'm Daniel" Belum sempat aku menjawab, dia sudah menghulurkan tangan.

"Err ... Saya Safiyyah" Aku meletakkan tangan kanan kedada sambil kepala sedikit menunduk dengan harapan jejaka di hadapanku ini memahami maksud disebalik gerak tubuhku itu. "Opps .. Sorry." Tangan yang dihulurkan dibawa ke belakang kepala dan jejaka bernama Daniel itu tersenyum dengan kepalanya turut ditundukkan sedikit.

"Hello Bro!" Baru sahaja Daniel ingin membuka mulut, bahunya sudah ditepuk dari belakang.

" Hei Rayyan!" Dua jejaka di hadapanku sudah bersalaman dan berpelukan ibarat dua sahabat karib yang lama tidak bersua. "Bila kau balik sini?" Muka Rayyan kelihatan sangat ceria ketika itu. "Oh yaa .. Looks like you have meet my wife, Safiyyah" Tanpa aku duga, pinggangku sudah dipaut erat oleh Rayyan dan hampir saja pinggan ditanganku terlepas dari tangan. Dalam keadaan terkejut, aku cuba mengorak senyuman pada Daniel yang kelihatan agak terpinga-pinga.

"Aku dah seminggu balik ke sini. Rehat panjang lah Bro. Penat. So, ini lah wife kau? She so gorgeous. You are damn lucky Bro! Nasib baik aku tak terngorat tadi" Bahu Rayyan ditumbuk lembut. Meledak ketawa antara dua sahabat itu. Terasa panas pipiku dipuji oleh Daniel.

"Tula kau. Aku jemput datang masa majlis aku hari tu kau pula tak ada kat Malaysia" Aku mula rasa agak kurang selesa bila pautan Rayyan semankin erat di pinggangku. Kenapa la dengan dia ni. Selama ni, tak ada la pula nak lebih-lebih pegang aku sampai macam ini. Naik sesak nafas aku dibuatnya.

Almaklumla. Sepanjang kami berkahwin, nak bawa aku pergi ke majlis-majlis seperti ini memang tak pernah pun. Maunya aku terkena culture shock saat ini apabila dengan selambanya, tubuh kecil molek aku ini didakap seerat itu sehinggakan jelas terhidu wangian Hugo Boss yang dipakainya dihidungku.

Daniel dan Rayyan masih rancak berbual. Dari berdiri sampailah kami telah sama-sama mengambil tempat duduk di atas deretan kerusi ditepi kolam mandi, tak putus-putus tajuk yang dibualkan. Aku hanya mendengar sambil mulut tak henti mengunyah. Nasib baiklah makanan yang dihidangkan memang kena dengan selera aku. Katrina pula, aku lihat sedang sibuk melayan tetamu-tetamunya yang tak putus-putus datang sambil sesekali matanya kulihat sempat mencuri pandang kearah Rayyan.

Terdetik di hatiku yang Katrina memang sudah lama menaruh hati pada Rayyan. Tapi, di pihak Rayyan sendiri aku kurang pasti. Melihatkan layanannya pada Katrina, aku tak rasa Rayyan berkongsi perasaan yang sama.

Tapi, siapalah aku untuk menduga. Sedangkan dengan aku, isterinya sendiri pun, dia layan ikut situasi dan keadaan. Di hadapan semua orang, dia melayan aku macamlah kami ini pasangan yang paling romantis. Tapi hakikatnya, bila ada aku dan dia sahaja, masing-masing buat hal sendiri. Macam orang asing lagaknya. Seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir. Entah. Aku sendiri pun kurang pasti tentang halatuju hubungan kami. Sejujurnya aku sendiri pun tak mahu ambil pusing sangat. Almaklumlah. Aku kahwin pun sebab Umi, Babah dan juga Rania.

Tetapi, apa yang aku pasti sekarang ini adalah kelainan pada gerak-geri lelaki bernama Daniel yang duduk di sebelah Rayyan. Semenjak dari tadi, aku perasan sepasang mata yang redup itu kadang-kadang mencuri pandang kearahku.

Apa yang membuatkan aku kehairanan adalah bila matanya akan kembali tertumpu pada Rayyan setiap kali pandangan mata kami bertembung. Adakah aku yang terlebih perasan?Hmmm ... Mungkin juga. Tapi, kalau betul pun dia curi pandang kat aku kenapa pun. Dah memang aku ni comel kan. Ceh! Perasan tak sudah anak Pakcik Hisyam ni!

0 comments:

Post a Comment

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template