Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Thursday, December 31, 2015

KISAH KAMI : BAB 30

RUMAH banglo 3 tingkat itu kelihatan sudah gelap gelita sewaktu kereta BMW putih yang dipandu Rayyan membelok keperkarangannya. Yang kelihatan masih menyala hanya lampu di taman ikan koi dan di pintu masuk utama sahaja. Jam didashboard kukerling sebentar. Patutlah. Sudah pukul 12 tengah malam rupanya.

Aku membuka pintu ditempat duduk belakang dan tubuh Rania kugoyangkan perlahan. "Rania, bangun sayang. Kita dah sampai ni" Beberapa kali juga tubuhnya kugoyangkan sebelum anak kecil itu bangun dan mula menggosok-gosokkan matanya. "Daddy dah balik ke Mummy?" Matanya dikecilkan sambil memandang kesekeliling. "Dah. Daddy tengah keluarkan beg dari bonet kereta tu" Ada senyuman di bibirnya tatkala wajahku dipandang.

"Dah. Jom kita masuk dalam rumah. Sejuk kat luar ni" Rayyan yang sudah membimbit beg pakaiannya, menghampiri aku dan Rania yang baru turun dari kereta. "Hai Daddy" Rania segera meluru mendapatkan Ayahnya. "Hai my princess" Kepala Rania dikucup Rayyan penuh kasih. Beg pakaian diletakkan ke bawah dan anak kecil itu didukungnya. Rania melentukkan kepala kebahu Ayahnya dan mata kembali dipejamkan. Rayyan memberi isyarat mata agar aku turut sama melangkah masuk ke dalam rumah dengan tangan kanannya memegang Rania dan tangan kirinya membimbit beg pakaiannya.

Rania yang sudah lena diletakkan di atas tilam dan dahinya dikucup hangat oleh Rayyan sebelum dia melangkah keluar menuju ke bilik tidur kami. Sempat hidungku dicuitnya sambil tersenyum nakal.  Berkerut dahiku memandangnya sehingga tubuh sasanya hilang di sebalik pintu. Rania kuhampiri dan selimut yang terlipat kemas dikaki katil aku tarik agar menutupi tubuh kecil itu hingga kebahu. Rambutnya kuelus dan dahinya kukucup agak lama. Lampu berbentuk tapak sulaiman berwarna ungu yang terletak didinding aku buka dan lampu utama kupadamkan. Cahaya ungu menerangi bilik Rania. Seperti yang disukainya. Tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap. Tersenyum aku apabila teringatkan keletah anak kecil itu. Pintu bilik kukatupkan perlahan. Langkah kaki kuatur menuju ke bilik aku dan Rayyan.

Tiba di hadapan pintu bilik, aku hanya berdiri kaku. Teragak-agak tangan aku untuk memulas tombol pintu. Entah kenapa malam ini debar didada terasa lain macam sahaja rentaknya.

Entah berapa lama aku ada di situ aku sendiri tak pasti. Baru sahaja tombol pintu hendak kupulas, daun pintu sudah terngaga luas dan wajah Rayyan terpacul di hadapanku. Agak tergamam aku dibuatnya. Rambutnya yang basah tersisir kemas ke belakang menunjukkan yang dia baru selesai mandi. Ternyata dia juga terkejut apabila melihatku berdiri di muka pintu.

"Apa Saf buat kat luar bilik ni? Takkan nak masuk bilik sendiri pun nak ketuk kot" Perlahan-lahan senyuman nakal terukir dibibirnya membuatkan aku menjadi semankin tidak keruan.

"Eh. Mana ada. Saya baru nak buka pintu awak dah buka dululah" Pantas aku menafikan kata-katanya dan memboloskan diri memasuki bilik. Langkah segera kuatur ke dalam biliki air tanpa menoleh kearahnya.

Pintu bilik air segera kututup dan badan kusandarkan kepintu dengan tangan kuletakkan kedada untuk meredakan degupan dada yang semankin ketara terasa. Cermin dinding di sisi aku tatap dan jelas terpamer wajahku yang sudah merona merah. Aduh! Malunya jika Rayyan perasan dengan perubahan wajahku ini. Aku menepuk-nepuk dahi berulang kali.

Selepas setengah jam menenangkan diri di dalam bilik air dan menukar pakaian, akhirnya perlahan-lahan badan kuloloskan keluar.

Keadaan bilik yang hanya dilimpahi cahaya lampu dinding membuatkan aku jadi seram sejuk. Ditambah pula dengan suasana sejuk dari penghawa dingin yang entah berapa suhunya ini membuatkan aku sedikit menggigil.

Dalam kesuraman cahaya lampu, dapatku lihat Rayyan sudah berselimut sehingga menutupi kepalanya di atas sofabed. Aku segera berlari ke arah katil dan terus berselubung di bawah selimut tebal untuk menghangatkan tubuh yang hanya dibaluti t-shirt bodysuit berlengan pendek dan seluar tidur kain satin separas lutut memandangkan semua baju tidurku masih lagi tidak dicuci kerana pintu bilik kukunci selama aku berada di rumah Umi menyebabkan Mak Som tidak dapat mencuci semua pakaian yang telah digunakan yang aku letakkan di dalam bilik air.

Badan yang memang sudah kepenatan kukira akan memudahkan aku melelapkan mata malam itu.

Baru sahaja aku hendak terlena, tiba-tiba kedengaran bunyi guruh yang agak kuat mengejutkanku. Pantas aku bangkit dengan badan duduk menegak 90 darjah di atas katil. Serentak dengan itu kedengaran hujan turun mencurah-curah.

Buntang mataku saat itu. Aku bukan boleh bunyi guruh begini. Kecut perut aku dibuatnya. Selama ini, jika guruh begini, Rayyan tiada di rumah dan aku akan tidur bersama Rania. Anak kecil itulah yang selalu menenangkanku. Bunyi macam kelakar. Tapi, itulah hakikatnya. Anak kecil itu jauh lebih berani jika hendak dibandingkan denganku apabila berhadapan dengan situasi begini. Hujan lebat dengan bunyi dentuman guruh yang kuat.

Tunak mataku memandang Rayyan yang masih nyenyak tidur. Langsung tidak terkesan dengan bunyi dentuman guruh yang semankin mengganas di luar. Hati mula berkira-kira untuk tidur di sebelah Rayyan.

Dari kejauhan dapat kulihat ada ruang untukku menyelit tidur di atas Sofabed Harvey Norman yang ditiduri Rayyan. Nanti, lepas hujan reda aku tidurlah balik kat atas katil ni. Aku mula berdialog dalam hati.

Dengan sebiji bantal dan sehelai selimut ditangan, aku menjengkitkan kaki menghampiri Rayyan. Tangan kukibas-kibaskan di hadapan mukanya untuk memastikan yang dia memang sudah benar-benar lena. Setelah yakin, perlahan-lahan bantal kuletakkan di atas Sofabed tidak jauh dari tubuh Rayyan dan dengan penuh hati-hati aku membaringkan tubuhku sambil mengerling ke arah lelaki itu bimbang jika pergerakanku akan mengejutkannya.

Aku menarik nafas lega apabila Rayyan masih lena tak berkalih dari tempat tidurnya. Selimut kutarik menutupi tubuh hingga kedagu. Mata kupejamkan rapat. Cuba mencari kembali mood untuk tidur.

Dentuman guruh kedengaran lagi. Kali ini lebih kuat dari yang sebelumnya. Akibat terkejut, tanpa aku sedari, tubuh Rayyan sudah kudakap erat.

"Saf?"

Suara serak yang keluar dari mulut Rayyan membuatkan aku tersentap lantas tubuh sasa itu kulepaskan. Aku bergerak menjauhinya sedikit seraya mencapai bantal dan selimut, bergegas untuk kembali ke katilku semula.

Belum sempat aku bangun, lenganku sudah ditarik secara mengejut dari arah belakang menyebabkan aku hilang pertimbangan badan dan sedar-sedar aku sudah jatuh terlentang di atas Sofabed betul-betul di sebelah Rayyan. Terkebil-kebil mataku memandang Rayyan yang merenung tajam padaku saat itu.

Rambut yang menutupi sebahagian wajahku disekanya perlahan. Terasa hangat tangannya mengelus lembut pipiku. Dalam kesamaran cahaya lampu dapat kulihat wajahnya semankin mendekat. Seakan dipukau, aku dengan rela membiarkan bibirnya singgah didahiku, lama. Aku memejamkan mata. Seolah menghayati kehangatan kucupannya.

Melihat aku diam tak membantah, dia membawa kucupannya ke duabelah pipiku pula, dan kemudian di keduabelah kelopak mataku dan akhir sekali dibibirku. Terasa hangat wajahku ketika itu. Aku semankin hanyut dengan suasana romantis antara kami saat ini.

Tiba-tiba bunyi guruh itu datang lagi menyebabkan aku merungkaikan kucupan dibibir kami. Tubuhnya kudakap dengan lebih erat. Muka kusembamkan kedadanya yang bidang.

Entah apa yang melucukan, tiba-tiba aku terdengar dia ketawa. Tersedar di atas keterlanjuranku, pantas tubuhnya kulepaskan. Kelam kabut aku mencapai bantal dan selimut untuk kembali semula kekatilku. Selimut kuselubungkan hingga kekepala. Masih terdengar tawa Rayyan. Wajahku terasa hangat hingga ke telinga.

Entah berapa lama aku berkelubung begitu, sedar-sedar tawa Rayyan sudah tiada. Yang kedengaran hanya bunyi dentuman guruh dan curahan hujan yang masih lebat.

Perlahan-lahan selimut yang menutupi kepala kutarik. Hampir menjerit aku dibuatnya apabila terpandang wajah Rayyan yang sudah berbaring mengiring di sebelahku dengan tangan menongkat kepalanya sambil tersengih mempamerkan deretan giginya yang putih.

"Awak buat apa kat atas katil ni?" Segera aku bangun dan mengesot menjauhinya. Dia hanya tersenyum. Perlahan tanganku ditarik mendekatinya. Aku cuba untuk meronta untuk melepaskan diri tapi apabila terpandang wajahnya yang seakan merayu, hatiku menjadi cair secara tiba-tiba.

"Takut guruh rupanya isteri Abang ni" Dia menyelinap masuk ke dalam selimutku dan membawa aku ke dalam pelukannya. Perlahan dahiku dikucup lagi. Aku mendongak mencari wajahnya. Dalam kesamaran lampu aku lihat dia tersenyum memandangku. Aku hanyut dalam pandangan matanya saat bibirku dikucupnya lagi. Kali ini lebih lama.

Disaat kucupannya semankin terasa hangat, tiba-tiba dadanya aku tolak menjauhiku. Terpamer riak kaget diwajahnya. "Maaf bang. Saf belum bersedia" perlahan aku bersuara. Bimbang sekiranya dia terasa. Senyuman terukir dibibirnya. "It's ok. Abang akan tunggu sampai Saf dah betul-betul bersedia" serentak dengan bisikan romantis darinya, tubuhku ditarik semula ke dalam dakapannya. "Terima Kasih Abang" dalam keadaan separa sedar panggilanku padanya sudah bertukar.

Mata yang mula terasa mengantuk sempat menangkap segaris senyuman terukir dibibir Rayyan. Sebuah kucupan hangat hinggap di ubun-ubunku sewaktu mata mulaku pejamkan. Terasa diri ini selamat berada di dalam dakapan tubuh sasa suamiku.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sis..bile nak sambng..cerita ni best...

    ReplyDelete